Monday 5 December 2016

Tips Berbakti Pada Ibubapa Yang Tinggal Berjauhan

Teks: Nuraida Binti Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Sedih kan bila lama tak balik kampung. Rindu nak jumpa dengan ibubapa. Ye la orang kata, masa ibubapa masih hidup ni la, kita kena ambil peluang untuk berbakti pada mereka.

Bagi mereka yang bekerja dan punya duit sendiri, mungkin antara cara terbaik ialah dengan menghulurkan sedikit sumbangan dalam bentuk wang ringgit setiap bulan.

Tapi macam mana pula bagi mereka yang tak punya pendapatan tetap seperti suri rumah sepenuh masa. Jangan bersedih ok. Mungkin anda boleh cuba cara seperti di bawah.

1) Tiap kali lepas solat, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah.

2) Doakan kesejahteraan mereka, tak kira di mana pun mereka berada

3) Setiap kali buat amal kebajikan, niatkan dalam hati, nak sedekahkan pahala ni buat kedua ibubapa.

Moga bermanfaat.

Tuesday 29 November 2016

Tips Urus Baju Ketika Musim Hujan

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Musim-musim hujan macam ni, yang orang biasa risau bab urus baju ni satu je, takut baju tak sempat kering dan akhirnya berbau. Alahai.

Di bawah ni Aida senaraikan antara alternatif yang boleh dilakukan untuk memudahkan kerja urus baju ketika musim hujan ni.

1) Sediakan tempat jemur baju berbumbung di luar rumah

Cara ni sesuai untuk mereka yang ada kawasan berbumbung yang luas. Contohnya kawasan tempat letak kereta.
Kalau yang guna tempat sidai mudah alih, mudah je. Agak-agak nampak macam dah gelap tu, cepat-cepat tolak ke tempat ada bumbung.
Kalau tak pun, pasang je tali rafia dan ikat kat tiang. Kalau nak tinggi, letak kayu dan ampu kat bahagian tengah. Yela mana tau ada cadar ke atau baju berat, kalau ada kayu, tak lah turun rendah sangat kan. Hihi

2) Pasang tempat sidai baju kat dalam rumah

Kalau kat sini, diorang guna cangkuk, kayu buluh dan tali rafia. Memang kukuh la. Nak pasang pun senang. Caranya pasangkan cangkuk tu kat ceiling. Pastikan pada permukaan yang kukuh ok. Lepas tu, gantungkan tali rafia tu kat cangkuk dan laraskan ikut ketinggian yang kita nak dan ikat dengan kukuh. Gantungkan kayu macam dalam gambar bawah ni. (Lebih kurang sama macam orang biasa buat untuk gantung buai. Bezanya buai guna 1 tali. Yang ni guna 2 tali di kiri dan kanan.)



3) Jangan bagi baju lembab terkempam lama-lama. Paling kurang pun, gantung siap-siap kat hanger dan anginkan kat bilik.

4) Boleh usahakan guna sabun baju yang wangi dan anti hapak. Pakai pewangi baju sekali

5) Tapi tips paling mudah ialah basuh baju macam biasa guna mesin. Lepas tu, hantar dobi untuk keringkan. Tak payah pening nak fikir nak jemur kat mana atau baju berbau sebab lambat kering kan. Haha.
Masa ni lah suami boleh berehsan dengan isteri, sekali sekala hantar dobi. Tak mahal mana pun. Serendah RM4 per trip pun ada kalau kat kawasan Kuala Nerus ni. Hihi.

Oklah sekian dulu tips untuk kali ni. Moga bermanfaat.

Sunday 27 November 2016

3 Sebab Kenapa Perlu Dikelilingi Sahabat Yang Positif Sebagai Rakan FB

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. Masih berkesempatan untuk update blog petang ni. Berbalik pada tajuk Aida pada kali ni, bagi Aida memang 'YA'. Sangat penting.

Berikut ni adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman Aida sendiri.

1) Penuh Motivasi

Di saat-saat kita sedang bersedih, ada yang menujukan kata-kata semangat. Pada masa kita tengah buntu, mereka ni banyak bagi nasihat dan kata-kata hikmah. Status mereka ni pun sentiasa dipenuhi dengan doa-doa. Sejuk hati membacanya. Pendek kata, tak sempat nak berduka lama-lama. Hihi

2) Bijaksana dan Berilmu

Mereka yang positif ni, personaliti mereka sangat menarik. Status ringkas tapi padat. Tengah ada masalah, tiba2 ada je yang mencadangkan solusi. Macam-macam tips dikongsikan. Tu belum lagi pengalaman sebenar yang pasti membuatkan sahabat semua pun turut terkesan dan terkena tempias aura positif tu. Memang seronok.

3) Penyokong Yang Hebat

Ni yang paling terbaik. Mereka ni tak pernah jemu atau serik untuk saling sokong menyokong dalam perkara yang baik-baik. Dek kerana dikelilingi yang baik-baik, kita pun terikut sekali. Sentiasa berusaha memperbaiki amalan dan berusaha untuk jadi lebih berjaya.

Kan bagus macam tu. Bersilaturrahim dalam kebaikan. InshaAllah bukan saja beroleh kejayaan di dunia tapi juga di akhirat. Aamiin.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab. Tapi Aida kupaskan 3 sebab ni dulu. InshaAllah ada rezeki, kita sambung lagi lain kali ya.

Psst baru teringat, Bulan Disember ni, Batch terakhir untuk pendaftaran GSL. Namanya sangat menarik tau, Batch Vellfire. Memang Aida galakkan sangat untuk mereka yang serius nak tingkatkan penjenamaan di FB untuk sertai.

Apa tu GSL? Jom hubungi Aida di 012-7960804. Kita sembang lebih panjang. Jom. 😊








Saturday 8 October 2016

Betul ke penyakit boleh diwarisi?

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum semua.

Dulu-dulu memang selalu dengar dan anggap, kalau kita terkena sakit kulit, tu adalah perkara biasa dan normal. Sebabnya memang keturunan dari mak, ayah, datuk, nenek dulu pun biasa kena gatal-gatal macam tu, ada alergik.

Kalau ibubapa ada penyakit 3 serangkai iaitu tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis, anak pun berkebarangkalian akan mengidap penyakit yang sama.

Tapi bila tertengok iklan Beras FAIZA tu, tiba-tiba aida terfikir sesuatu. Mungkin ya, faktor keturunan ada juga mainkan peranan. Tapi ada faktor lain yang boleh jadi lebih penting untuk kita fokuskan iaitu faktor pemakanan dan cara hidup.

Dalam erti kata lain, bukan sebab DNA atau jenis darah semata-mata tapi tabiat makan, cara kita menjalani kehidupan dan cara kita jaga kesihatan.

Macam mana tu?

Cuba kita tengok balik dan buat analisa. Apa yang sering kita makan setiap hari? Makanan berkhasiat ke? Ada kawal pengambilan gula, garam, minyak dan bahan lain yang boleh menjejaskan tahap kesihatan kita tak?

Makin lama fikir, makin rasa yakin dengan fakta ni. Sebab bila aida sendiri tengok apa yang berlaku pada diri aida, aida dapat rasa perbezaannya dan kesannya.

Contoh paling mudah. Bila aida kawal pengambilan gula, minum air masak secukupnya, aida kurang rasa gatal. Kulit pun elok, tak ada gatal-gatal. Tapi bila tak jaga, mudah sangat timbul gatal. Mungkin darah jadi kurang bersih, atau organ perkumuhan perlu bekerja lebih keras untuk buang toksin. Sebab tu tempoh penyembuhan pun ambil masa lebih lama.

Jadi pembaca semua. Apakata cuba pada diri sendiri, betul tak apa yang aida cakap tu. Lepas tu boleh sama-sama kongsi cerita. Hihi.

InshaAllah entri akan datang, aida cuba kongsikan fakta atau artikel berkaitan ilmu perubatan dan kesihatan pula ya.

Tuesday 27 September 2016

3 perbezaan antara Poslaju Prabayar dan Flyer

Teks dan Foto : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Ha info ni mesti para peniaga online terutamanya newbie nak tahu kan.

Ok jom kita semak ciri-cirinya.

1) Harga

Poslaju Prabayar harganya tetap dan sudah termasuk kos pos. Harga terkini ialah RM7 untuk saiz S (berat maksimum 500g) dan Saiz L RM10 (Berat maksimum 1kg)

Flyer pulak lebih murah kerana harga yang dikenakan bergantung pada kuantiti belian kita. Lagi banyak, lagi murah. Ada yang serendah 30 sen sehelai. Flyer juga belum termasuk kos pos. Jadi, semasa kita berurusan di pejabat pos, berat barang yang ingin di pos akan ditimbang dan tambahan kos akan dikenakan.

2) Tarikh Luput

Prabayar mempunyai tarikh luput manakala flyer tidak.

Prabayar biasanya akan diberikan tarikh guna selewatnya akhir bulan bagi setiap bulan. Tapi jangan risau, setakat artikel ni ditulis, pihak pos masih membenarkan penggunaan sampul prabayar tu walaupun sudah melebihi tempoh.

3) Masa Menunggu

Oleh kerana prabayar bermaksud bayar dahulu, maka peniaga online yang nak jimat masa, adalah digalakkan untuk menggunakan sampul prabayar. Sebabnya tak perlu menunggu lama ketika berurusan di pejabat pos.

Berbanding flyer, anda perlu menunggu lebih lama kerana setiap barang perlu ditimbang dan ditentukan harga pos.

Ok semoga bermanfaat.


Monday 26 September 2016

Ziarah Jiran Yang Kembali ke Rahmatullah

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Tadi pagi sempat ziarah jiran yang tinggal berdekatan. Beliau adalah waris dan ada hubungan persaudaraan belah suami.

Pergi berdua dengan mak mertua. Hihi. Oleh kerana Afi dan Arfa masih kecik, memang tak bawak la budak berdua ni. Tinggalkan kejap dengan pak saudara dia kat rumah.

Sampai kat rumah jiran tu, terus salam dengan yang ada, sempat lah juga capai kitab Yasin yang disediakan. Bacakan surah Al-Fatihah dan surah Yasin.

Lepas tu, duduk kejap kat bahagian ruang tamu rumah. Sambil tu tengok jemaah perempuan tengah sibuk sediakan dan susun kain dan bahan-bahan lain untuk kafankan jenazah.

Antaranya beberapa helai kain putih, tuala, kertas minyak, kapas. Lepas dah bentang kain putih tu, nampak makcik tu tabur-tabur serbuk warna coklat kat lain.

Terus tanya mak mertua, rupanya serbuk kayu. Adeh biasa belajar teori je, jadi memang jakun la sikit. Tak pernah lagi terlibat secara langsung dari awal hingga akhir dalam bab urus jenazah. Memang banyak lagi kena belajar ni.

Dalam hati sebenarnya teringin jugak nak perhati sampai habis, tapi kakak ipar n mak mertua pun macam faham. Takut duduk laa situ, anak nangis pulak, kena tinggal lama. Anak pulak masih menyusu badan. Jadi Aida pun beransur la balik dulu.

Jadi petang ni ada masa terluang, google tentang serbuk kayu tu. Lepas tu jumpa la artikel ni. Rupanya tu serbuk kayu cendana yang telah dihaluskan. Hihi.

Oklah, aida sertakan artikel lengkapnya kat bawah ni ya. Moga bermanfaat. 😊





Tata-cara-mengkafani-jenazah

Friday 23 September 2016

Segera Berdoa Bila Terdengar Ayam Berkokok

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Wah kenapa pulak Aida pesan macam tu ea. Hihi. Mungkin ada yang dah tahu. Tapi bagi yang belum tahu, sebenarnya ada hadith sahih tentang mustajabnya berdoa pada waktu ini.

Pagi ni Alhamdulillah, Aida dapat bangun awal. Pagi ni jugak, kerap kali terdengar ayam berkokok.

Tiba2 teringat hadith yang ada kaitan antara waktu ayam berkokok dengan waktu yang mustajab untuk berdoa.

Jom kita hayati petikan hadith ini.

Rasulullah Saw. bersabda: “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya karena ayam itu melihat malaikat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Jadi, pembaca-pembaca yang Aida kasihi sekalian, jom kita sama-sama ambil peluang ni. Bila terdengar je ayam berkokok, berdoalah dengan sungguh-sungguh, rendah hati dan penuh kasih sayang. 

Moga-moga Allah makbulkan. Aamiin

Salam Jumaat penuh Barokah. 😊

Sunday 4 September 2016

Pentingnya makan secara sihat sejak kecil

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum semua pembaca.

Aida nak ajak pembaca tengok 3 jenis situasi ni dan berfikir secara rasional.

Situasi 1:
Kerosakan gigi

Situasi 2:
Penyakit kulit seperti eczema, psiorasis

Situasi 3:
Diabetes dan kegemukan

Ini adalah contoh masalah kesihatan yang dialami oleh kebanyakan kanak-kanak pada zaman kini. Dan masyarakat majoriti akan mengaitkannya dengan faktor keturunan sebagai penyebabnya.

Ya ia mungkin boleh jadi salah satu faktor. Tapi ada faktor yang lebih penting, yang perlu kita ambil berat dan beri penekanan iaitu faktor pemakanan.

Apa yang membuatkan saya tersedar ialah bila saya tengok iklan beras dari syarikat Faiza.

Bagaimana tabiat pemakanan sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi tahap kesihatan mereka. Bayangkan jika dibiasakan dengan makanan dan minuman manis setiap hari, makanan segera dan jajan, sejak kecil. Sudah pasti ia akan mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan.

Faktor pemakanan lebih logik dan rasional dari sekadar faktor genetik.

Sebab itu, sebagai ibubapa, amat penting untuk kita mendidik diri dan keluarga untuk mengamalkan pemakanan secara sihat sejak dari awal lagi.

Saya percaya, jika amalan pemakanan dijaga, inshaAllah risiko untuk terkena masalah kesihatan dapat dikurangkan.

Kita sebagai ibubapa haruslah menjadi contoh yang baik pada anak-anak. Moga kita semua dapat menjaga kesihatan keluarga dengan baik dan penuh tanggungjawab. InshaAllah.

Saturday 3 September 2016

Usah Gadaikan Sihat Untuk Cantik

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum semua.

Dah lama sebenarnya nak buat perkongsian tentang ni. Sebabnya risau dengan trend anak muda terutamanya yang terlalu ghairah ingin kelihatan cantik persis model sehingga sanggup membelanjakan duit yang banyak untuk membeli produk dan meletakkan diri dalam risiko yang boleh membahayakan kesihatan.

Tak dinafikan, tak salah untuk kita berusaha menjaga penampilan diri. Cumanya sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk, kita seharusnya mempertimbangkan beberapa perkara. Ini bagi mengelakkan terjadinya sesuatu yang tidak diingini, sekaligus mendatangkan kesan sampingan kepada si pemakai.

Antaranya:

1) Faktor genetik
Semestinya faktor genetik memang mempengaruhi rupa dan bentuk badan seseorang. Kulit cerah atau gelap, badan kurus atau gempal, tinggi atau rendah. Semua itu harus diteliti dahulu dan letakkan target yang rasional, agar tidak kecewa di kemudian hari.

2) Latih diri selidik label
Pilihan terbaik adalah berasaskan bahan semulajadi. Kurangkan atau kalau boleh elakkan produk yang mengandungi 3P iaitu pewarna, perasa dan pengawet. Jika ada nama bahan yang kita rasa sangsi atau tak faham, boleh cuba cari bahan bacaan untuk tahu serba sedikit tentangnya. Atau paling mudah, pilih yang ada pengiktirafan Halal, JAKIM atau diluluskan oleh KKM.

3) Tambah Ilmu
Belajar ilmu petua atau tips kesihatan mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Belajar tanam sayur atau tumbuhan herba di rumah. Jimat pun jimat. Selamat pulak tu. Hihi

Bersyukur apa yang ada. Sederhana itu yang terbaik.

Cantik tak semestinya SIHAT.
Tapi kalau SIHAT, InshaAllah cantik.

InshaAllah. Moga bermanfaat.

Friday 2 September 2016

Bisnes oh Bisnes. Di sini segalanya bermula.

Teks: Nuraida Mohd Harith

Alhamdulillah syukur.

Kalau 10 tahun dulu, bila orang berbual ngan Aida pasal bisnes, ajak sertai bisnes, sejujurnya Aida rasa macam 'Oh tidak, bukan saya orangnya'.

Sebab kurang minat. Masa lepas habis belajar, nak cari kerja, bahagian 'SALE' mungkin bahagian paling akhir yang jadi pilihan. Hihi

Maklumlah dibesarkan dalam keluarga bukan dalam bidang bisnes. Masa sambung belajar dulu pun ambil kursus kejuruteraan.

Tapi sekarang, makin lama makin seronok berbisnes. Memang betul kata pepatah 'Tak kenal, maka tak cinta'. Dengan zaman teknologi serba canggih ni, dengan modal yang sangat minima pun dah boleh mula belajar menjual. Tak perlu ada produk sendiri pun.

Lagi seronok, ada banyak syarikat yang menawarkan latihan dan menyediakan katalog untuk mula berniaga. Semudah ABC.

Antara nak dan taknak je.
Alhamdulillah. Walaupun mungkin ambil masa sikit, tapi berbaloi.
Dapat ilmu dan pengalaman berniaga.

InshaAllah doakan agar Aida terus istiqamah menimba ilmu, dapat perbaiki dari masa ke semasa, dan paling penting, Aida dapat berkongsi manfaat dan rezeki dengan orang lain. InshaAllah.

Thursday 1 September 2016

Azam September - Semangat baru

Teks: Nuraida Mohd Harith
Foto: Google

Assalamualaikum w.b.t.

Sekejap je dah masuk bulan September. Bulan baru, azam baru, semangat baru. InshaAllah mudah-mudahan, tolong doakan ya.

Azam memang kena selalu diperbaharui setiap hari kan. Hihi. Yang lebih penting, apa pun terjadi, semangat kena selalu kuat.

Penting sangat ke semangat ni?
Bagi Aida, YA sangat penting!

Sebabnya, dengan berbekalkan semangat la, yang susah boleh dibuat, yang jauh boleh sampai, yang sakit boleh bangun. Kata kuncinya, PAKSA DIRI.

Bila semangat ada, ngantuk ke, penat ke, kurang sihat ke, tetap tak dapat halang dari kita jayakan apa yang kita rancang nak buat. Dengan izin Allah, pasti kita akan berjaya capai.

Tapi kalau semangat tak ada, badan sihat pun, tetap tak menjamin kita dapat buat dengan jayanya, walau untuk perkara yang mudah. Kalau dapat buat pun, hasilnya gitu-gitu saja.

Sebab tu, 2 amalan yang Aida sedang cuba istiqamah lakukan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersemangat ialah istighfar dan baca kata2 atau status berunsur motivasi. Memang cepat kesan dia. Alhamdulillah.

Ok bersambung di entri akan datang. InshaAllah. 😊



Wednesday 3 August 2016

Jom Jadi Muslimah Yang Sihat dan Fit

Teks : Nuraida Mohd Harith

Harini dah masuk penghujung bulan Syawal. Ada yang dah mula pasang azam untuk turunkan semula berat badan.

Kalau orang lain, berazam nak berdiet untuk turunkan berat badan. Aida pulak nak berdiet untuk tambahkan berat badan. Haha.

Eh tapi memang betul tau. Ingat yang berisi je kena berdiet? Yang terlebih slim macam Aida ni pun kena berdiet. Hihi.

Sebab orang kita selalu kalau sebut 'diet', mesti ingat kena kurangkan makan. Tapi sebenarnya maksud tu kurang tepat. Yang lebih tepat sebenarnya, kita buat perancangan menu atau senarai bagaimana untuk makan secara sihat dan seimbang.

Ha ni semua perlukan ilmu. Ilmu kira kalori ikut jenis makanan, ilmu kira keperluan kalori yang digunakan ikut jenis aktiviti dan sebagainya. Kiranya ilmu berkaitan pemakanan jugak la.

Bulan Ramadhan lepas, berat badan Aida turun dengan banyaknya. Berapa berat badan sekarang, usah ditanya. Sensitif. 😂

Selain puasa, salah satu faktor lain mungkin sebab Aida menyusukan Arfa. Tapi tak apalah. Kita teruskan perancangan kita untuk 'Keep Fit'.

Antara strateginya selain jaga makan ialah senaman. Ada 1 gambar, cadangan senaman yang pada Aida, sangat menarik untuk cuba dipraktikkan untuk jadi Fit, sesuai untuk muslimah.

Best sebab senaman asas, tak perlu pakai dumbell. Boleh buat sorang2 masa terluang. Buat senyap2 dalam bilik pun boleh, orang tak tahu. 😂

InshaAllah Aida akan kongsikan dalam entri akan datang ya.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua insan hebat. 😊

Tuesday 2 August 2016

Selamat Datang Bulan Ogos

Teks : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Maaf sangat dah lama tak update blog ni. Tapi kalau siapa yang dah jadi kawan saya di Facebook, pasti perasan yang sekarang saya lebih aktif kemaskini status di FB.

Alhamdulillah. Ada peningkatan sebenarnya tau. Gembira rasa. hihi

Kalau dulu, nak tulis ayat punyalah lama sebab macam tak ada idea. Sekarang, lebih laju keluar idea2 tu. Cuma dari segi masa je agak terbatas sikit.

InshaAllah lepas ni lebih baik sebab anak kedua pun dah makin besar. Dah pandai main sendiri. Jadi nak gunakan manfaat setting untuk set tarikh dan buffer supaya lebih teratur dan konsisten update blog.

Tolong doakan ya.
😊