Tuesday 27 September 2016

3 perbezaan antara Poslaju Prabayar dan Flyer

Teks dan Foto : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Ha info ni mesti para peniaga online terutamanya newbie nak tahu kan.

Ok jom kita semak ciri-cirinya.

1) Harga

Poslaju Prabayar harganya tetap dan sudah termasuk kos pos. Harga terkini ialah RM7 untuk saiz S (berat maksimum 500g) dan Saiz L RM10 (Berat maksimum 1kg)

Flyer pulak lebih murah kerana harga yang dikenakan bergantung pada kuantiti belian kita. Lagi banyak, lagi murah. Ada yang serendah 30 sen sehelai. Flyer juga belum termasuk kos pos. Jadi, semasa kita berurusan di pejabat pos, berat barang yang ingin di pos akan ditimbang dan tambahan kos akan dikenakan.

2) Tarikh Luput

Prabayar mempunyai tarikh luput manakala flyer tidak.

Prabayar biasanya akan diberikan tarikh guna selewatnya akhir bulan bagi setiap bulan. Tapi jangan risau, setakat artikel ni ditulis, pihak pos masih membenarkan penggunaan sampul prabayar tu walaupun sudah melebihi tempoh.

3) Masa Menunggu

Oleh kerana prabayar bermaksud bayar dahulu, maka peniaga online yang nak jimat masa, adalah digalakkan untuk menggunakan sampul prabayar. Sebabnya tak perlu menunggu lama ketika berurusan di pejabat pos.

Berbanding flyer, anda perlu menunggu lebih lama kerana setiap barang perlu ditimbang dan ditentukan harga pos.

Ok semoga bermanfaat.


Monday 26 September 2016

Ziarah Jiran Yang Kembali ke Rahmatullah

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Tadi pagi sempat ziarah jiran yang tinggal berdekatan. Beliau adalah waris dan ada hubungan persaudaraan belah suami.

Pergi berdua dengan mak mertua. Hihi. Oleh kerana Afi dan Arfa masih kecik, memang tak bawak la budak berdua ni. Tinggalkan kejap dengan pak saudara dia kat rumah.

Sampai kat rumah jiran tu, terus salam dengan yang ada, sempat lah juga capai kitab Yasin yang disediakan. Bacakan surah Al-Fatihah dan surah Yasin.

Lepas tu, duduk kejap kat bahagian ruang tamu rumah. Sambil tu tengok jemaah perempuan tengah sibuk sediakan dan susun kain dan bahan-bahan lain untuk kafankan jenazah.

Antaranya beberapa helai kain putih, tuala, kertas minyak, kapas. Lepas dah bentang kain putih tu, nampak makcik tu tabur-tabur serbuk warna coklat kat lain.

Terus tanya mak mertua, rupanya serbuk kayu. Adeh biasa belajar teori je, jadi memang jakun la sikit. Tak pernah lagi terlibat secara langsung dari awal hingga akhir dalam bab urus jenazah. Memang banyak lagi kena belajar ni.

Dalam hati sebenarnya teringin jugak nak perhati sampai habis, tapi kakak ipar n mak mertua pun macam faham. Takut duduk laa situ, anak nangis pulak, kena tinggal lama. Anak pulak masih menyusu badan. Jadi Aida pun beransur la balik dulu.

Jadi petang ni ada masa terluang, google tentang serbuk kayu tu. Lepas tu jumpa la artikel ni. Rupanya tu serbuk kayu cendana yang telah dihaluskan. Hihi.

Oklah, aida sertakan artikel lengkapnya kat bawah ni ya. Moga bermanfaat. 😊





Tata-cara-mengkafani-jenazah

Friday 23 September 2016

Segera Berdoa Bila Terdengar Ayam Berkokok

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Wah kenapa pulak Aida pesan macam tu ea. Hihi. Mungkin ada yang dah tahu. Tapi bagi yang belum tahu, sebenarnya ada hadith sahih tentang mustajabnya berdoa pada waktu ini.

Pagi ni Alhamdulillah, Aida dapat bangun awal. Pagi ni jugak, kerap kali terdengar ayam berkokok.

Tiba2 teringat hadith yang ada kaitan antara waktu ayam berkokok dengan waktu yang mustajab untuk berdoa.

Jom kita hayati petikan hadith ini.

Rasulullah Saw. bersabda: “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya karena ayam itu melihat malaikat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Jadi, pembaca-pembaca yang Aida kasihi sekalian, jom kita sama-sama ambil peluang ni. Bila terdengar je ayam berkokok, berdoalah dengan sungguh-sungguh, rendah hati dan penuh kasih sayang. 

Moga-moga Allah makbulkan. Aamiin

Salam Jumaat penuh Barokah. 😊

Sunday 4 September 2016

Pentingnya makan secara sihat sejak kecil

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum semua pembaca.

Aida nak ajak pembaca tengok 3 jenis situasi ni dan berfikir secara rasional.

Situasi 1:
Kerosakan gigi

Situasi 2:
Penyakit kulit seperti eczema, psiorasis

Situasi 3:
Diabetes dan kegemukan

Ini adalah contoh masalah kesihatan yang dialami oleh kebanyakan kanak-kanak pada zaman kini. Dan masyarakat majoriti akan mengaitkannya dengan faktor keturunan sebagai penyebabnya.

Ya ia mungkin boleh jadi salah satu faktor. Tapi ada faktor yang lebih penting, yang perlu kita ambil berat dan beri penekanan iaitu faktor pemakanan.

Apa yang membuatkan saya tersedar ialah bila saya tengok iklan beras dari syarikat Faiza.

Bagaimana tabiat pemakanan sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi tahap kesihatan mereka. Bayangkan jika dibiasakan dengan makanan dan minuman manis setiap hari, makanan segera dan jajan, sejak kecil. Sudah pasti ia akan mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan.

Faktor pemakanan lebih logik dan rasional dari sekadar faktor genetik.

Sebab itu, sebagai ibubapa, amat penting untuk kita mendidik diri dan keluarga untuk mengamalkan pemakanan secara sihat sejak dari awal lagi.

Saya percaya, jika amalan pemakanan dijaga, inshaAllah risiko untuk terkena masalah kesihatan dapat dikurangkan.

Kita sebagai ibubapa haruslah menjadi contoh yang baik pada anak-anak. Moga kita semua dapat menjaga kesihatan keluarga dengan baik dan penuh tanggungjawab. InshaAllah.

Saturday 3 September 2016

Usah Gadaikan Sihat Untuk Cantik

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum semua.

Dah lama sebenarnya nak buat perkongsian tentang ni. Sebabnya risau dengan trend anak muda terutamanya yang terlalu ghairah ingin kelihatan cantik persis model sehingga sanggup membelanjakan duit yang banyak untuk membeli produk dan meletakkan diri dalam risiko yang boleh membahayakan kesihatan.

Tak dinafikan, tak salah untuk kita berusaha menjaga penampilan diri. Cumanya sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk, kita seharusnya mempertimbangkan beberapa perkara. Ini bagi mengelakkan terjadinya sesuatu yang tidak diingini, sekaligus mendatangkan kesan sampingan kepada si pemakai.

Antaranya:

1) Faktor genetik
Semestinya faktor genetik memang mempengaruhi rupa dan bentuk badan seseorang. Kulit cerah atau gelap, badan kurus atau gempal, tinggi atau rendah. Semua itu harus diteliti dahulu dan letakkan target yang rasional, agar tidak kecewa di kemudian hari.

2) Latih diri selidik label
Pilihan terbaik adalah berasaskan bahan semulajadi. Kurangkan atau kalau boleh elakkan produk yang mengandungi 3P iaitu pewarna, perasa dan pengawet. Jika ada nama bahan yang kita rasa sangsi atau tak faham, boleh cuba cari bahan bacaan untuk tahu serba sedikit tentangnya. Atau paling mudah, pilih yang ada pengiktirafan Halal, JAKIM atau diluluskan oleh KKM.

3) Tambah Ilmu
Belajar ilmu petua atau tips kesihatan mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Belajar tanam sayur atau tumbuhan herba di rumah. Jimat pun jimat. Selamat pulak tu. Hihi

Bersyukur apa yang ada. Sederhana itu yang terbaik.

Cantik tak semestinya SIHAT.
Tapi kalau SIHAT, InshaAllah cantik.

InshaAllah. Moga bermanfaat.

Friday 2 September 2016

Bisnes oh Bisnes. Di sini segalanya bermula.

Teks: Nuraida Mohd Harith

Alhamdulillah syukur.

Kalau 10 tahun dulu, bila orang berbual ngan Aida pasal bisnes, ajak sertai bisnes, sejujurnya Aida rasa macam 'Oh tidak, bukan saya orangnya'.

Sebab kurang minat. Masa lepas habis belajar, nak cari kerja, bahagian 'SALE' mungkin bahagian paling akhir yang jadi pilihan. Hihi

Maklumlah dibesarkan dalam keluarga bukan dalam bidang bisnes. Masa sambung belajar dulu pun ambil kursus kejuruteraan.

Tapi sekarang, makin lama makin seronok berbisnes. Memang betul kata pepatah 'Tak kenal, maka tak cinta'. Dengan zaman teknologi serba canggih ni, dengan modal yang sangat minima pun dah boleh mula belajar menjual. Tak perlu ada produk sendiri pun.

Lagi seronok, ada banyak syarikat yang menawarkan latihan dan menyediakan katalog untuk mula berniaga. Semudah ABC.

Antara nak dan taknak je.
Alhamdulillah. Walaupun mungkin ambil masa sikit, tapi berbaloi.
Dapat ilmu dan pengalaman berniaga.

InshaAllah doakan agar Aida terus istiqamah menimba ilmu, dapat perbaiki dari masa ke semasa, dan paling penting, Aida dapat berkongsi manfaat dan rezeki dengan orang lain. InshaAllah.

Thursday 1 September 2016

Azam September - Semangat baru

Teks: Nuraida Mohd Harith
Foto: Google

Assalamualaikum w.b.t.

Sekejap je dah masuk bulan September. Bulan baru, azam baru, semangat baru. InshaAllah mudah-mudahan, tolong doakan ya.

Azam memang kena selalu diperbaharui setiap hari kan. Hihi. Yang lebih penting, apa pun terjadi, semangat kena selalu kuat.

Penting sangat ke semangat ni?
Bagi Aida, YA sangat penting!

Sebabnya, dengan berbekalkan semangat la, yang susah boleh dibuat, yang jauh boleh sampai, yang sakit boleh bangun. Kata kuncinya, PAKSA DIRI.

Bila semangat ada, ngantuk ke, penat ke, kurang sihat ke, tetap tak dapat halang dari kita jayakan apa yang kita rancang nak buat. Dengan izin Allah, pasti kita akan berjaya capai.

Tapi kalau semangat tak ada, badan sihat pun, tetap tak menjamin kita dapat buat dengan jayanya, walau untuk perkara yang mudah. Kalau dapat buat pun, hasilnya gitu-gitu saja.

Sebab tu, 2 amalan yang Aida sedang cuba istiqamah lakukan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersemangat ialah istighfar dan baca kata2 atau status berunsur motivasi. Memang cepat kesan dia. Alhamdulillah.

Ok bersambung di entri akan datang. InshaAllah. 😊