tag:blogger.com,1999:blog-48094919400418656562024-03-13T15:01:05.145+08:00DIARI SURI ONLINENukilan Dari Hati Seorang Suri..Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.comBlogger72125tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-21922103556016977102016-12-05T08:00:00.000+08:002016-12-05T10:17:42.823+08:00Tips Berbakti Pada Ibubapa Yang Tinggal BerjauhanTeks: Nuraida Binti Mohd Harith
Assalamualaikum w.b.t.
Sedih kan bila lama tak balik kampung. Rindu nak jumpa dengan ibubapa. Ye la orang kata, masa ibubapa masih hidup ni la, kita kena ambil peluang untuk berbakti pada mereka.
Bagi mereka yang bekerja dan punya duit sendiri, mungkin antara cara terbaik ialah dengan menghulurkan sedikit sumbangan dalam bentuk wang ringgit setiap bulan.
Tapi macam mana pula bagi mereka yang tak punya pendapatan tetap seperti suri rumah sepenuh masa. Jangan bersedih ok. Mungkin anda boleh cuba cara seperti di bawah.
1) Tiap kali lepas solat, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah.
2) Doakan kesejahteraan mereka, tak kira di mana pun mereka berada
3) Setiap kali buat amal kebajikan, niatkan dalam hati, nak sedekahkan pahala ni buat kedua ibubapa.
Moga bermanfaat.
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-6882235838249461312016-11-29T16:59:00.000+08:002016-11-29T16:59:56.571+08:00Tips Urus Baju Ketika Musim HujanTeks: Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum w.b.t.
Musim-musim hujan macam ni, yang orang biasa risau bab urus baju ni satu je, takut baju tak sempat kering dan akhirnya berbau. Alahai.
Di bawah ni Aida senaraikan antara alternatif yang boleh dilakukan untuk memudahkan kerja urus baju ketika musim hujan ni.
1) Sediakan tempat jemur baju berbumbung di luar rumah
Cara ni sesuai untuk mereka yang ada kawasan berbumbung yang luas. Contohnya kawasan tempat letak kereta.
Kalau yang guna tempat sidai mudah alih, mudah je. Agak-agak nampak macam dah gelap tu, cepat-cepat tolak ke tempat ada bumbung.
Kalau tak pun, pasang je tali rafia dan ikat kat tiang. Kalau nak tinggi, letak kayu dan ampu kat bahagian tengah. Yela mana tau ada cadar ke atau baju berat, kalau ada kayu, tak lah turun rendah sangat kan. Hihi
2) Pasang tempat sidai baju kat dalam rumah
Kalau kat sini, diorang guna cangkuk, kayu buluh dan tali rafia. Memang kukuh la. Nak pasang pun senang. Caranya pasangkan cangkuk tu kat ceiling. Pastikan pada permukaan yang kukuh ok. Lepas tu, gantungkan tali rafia tu kat cangkuk dan laraskan ikut ketinggian yang kita nak dan ikat dengan kukuh. Gantungkan kayu macam dalam gambar bawah ni. (Lebih kurang sama macam orang biasa buat untuk gantung buai. Bezanya buai guna 1 tali. Yang ni guna 2 tali di kiri dan kanan.)
3) Jangan bagi baju lembab terkempam lama-lama. Paling kurang pun, gantung siap-siap kat hanger dan anginkan kat bilik.
4) Boleh usahakan guna sabun baju yang wangi dan anti hapak. Pakai pewangi baju sekali
5) Tapi tips paling mudah ialah basuh baju macam biasa guna mesin. Lepas tu, hantar dobi untuk keringkan. Tak payah pening nak fikir nak jemur kat mana atau baju berbau sebab lambat kering kan. Haha.
Masa ni lah suami boleh berehsan dengan isteri, sekali sekala hantar dobi. Tak mahal mana pun. Serendah RM4 per trip pun ada kalau kat kawasan Kuala Nerus ni. Hihi.
Oklah sekian dulu tips untuk kali ni. Moga bermanfaat.Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-6728595541269850712016-11-27T17:11:00.000+08:002016-11-29T17:01:16.034+08:003 Sebab Kenapa Perlu Dikelilingi Sahabat Yang Positif Sebagai Rakan FBTeks: Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah. Masih berkesempatan untuk update blog petang ni. Berbalik pada tajuk Aida pada kali ni, bagi Aida memang 'YA'. Sangat penting.
Berikut ni adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman Aida sendiri.
1) Penuh Motivasi
Di saat-saat kita sedang bersedih, ada yang menujukan kata-kata semangat. Pada masa kita tengah buntu, mereka ni banyak bagi nasihat dan kata-kata hikmah. Status mereka ni pun sentiasa dipenuhi dengan doa-doa. Sejuk hati membacanya. Pendek kata, tak sempat nak berduka lama-lama. Hihi
2) Bijaksana dan Berilmu
Mereka yang positif ni, personaliti mereka sangat menarik. Status ringkas tapi padat. Tengah ada masalah, tiba2 ada je yang mencadangkan solusi. Macam-macam tips dikongsikan. Tu belum lagi pengalaman sebenar yang pasti membuatkan sahabat semua pun turut terkesan dan terkena tempias aura positif tu. Memang seronok.
3) Penyokong Yang Hebat
Ni yang paling terbaik. Mereka ni tak pernah jemu atau serik untuk saling sokong menyokong dalam perkara yang baik-baik. Dek kerana dikelilingi yang baik-baik, kita pun terikut sekali. Sentiasa berusaha memperbaiki amalan dan berusaha untuk jadi lebih berjaya.
Kan bagus macam tu. Bersilaturrahim dalam kebaikan. InshaAllah bukan saja beroleh kejayaan di dunia tapi juga di akhirat. Aamiin.
Sebenarnya ada banyak lagi sebab. Tapi Aida kupaskan 3 sebab ni dulu. InshaAllah ada rezeki, kita sambung lagi lain kali ya.
Psst baru teringat, Bulan Disember ni, Batch terakhir untuk pendaftaran GSL. Namanya sangat menarik tau, Batch Vellfire. Memang Aida galakkan sangat untuk mereka yang serius nak tingkatkan penjenamaan di FB untuk sertai.
Apa tu GSL? Jom hubungi Aida di 012-7960804. Kita sembang lebih panjang. Jom. 😊
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-16080326613153108612016-10-08T21:41:00.001+08:002016-11-29T17:02:38.843+08:00Betul ke penyakit boleh diwarisi?Teks: Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum semua.
Dulu-dulu memang selalu dengar dan anggap, kalau kita terkena sakit kulit, tu adalah perkara biasa dan normal. Sebabnya memang keturunan dari mak, ayah, datuk, nenek dulu pun biasa kena gatal-gatal macam tu, ada alergik.
Kalau ibubapa ada penyakit 3 serangkai iaitu tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis, anak pun berkebarangkalian akan mengidap penyakit yang sama.
Tapi bila tertengok iklan Beras FAIZA tu, tiba-tiba aida terfikir sesuatu. Mungkin ya, faktor keturunan ada juga mainkan peranan. Tapi ada faktor lain yang boleh jadi lebih penting untuk kita fokuskan iaitu faktor pemakanan dan cara hidup.
Dalam erti kata lain, bukan sebab DNA atau jenis darah semata-mata tapi tabiat makan, cara kita menjalani kehidupan dan cara kita jaga kesihatan.
Macam mana tu?
Cuba kita tengok balik dan buat analisa. Apa yang sering kita makan setiap hari? Makanan berkhasiat ke? Ada kawal pengambilan gula, garam, minyak dan bahan lain yang boleh menjejaskan tahap kesihatan kita tak?
Makin lama fikir, makin rasa yakin dengan fakta ni. Sebab bila aida sendiri tengok apa yang berlaku pada diri aida, aida dapat rasa perbezaannya dan kesannya.
Contoh paling mudah. Bila aida kawal pengambilan gula, minum air masak secukupnya, aida kurang rasa gatal. Kulit pun elok, tak ada gatal-gatal. Tapi bila tak jaga, mudah sangat timbul gatal. Mungkin darah jadi kurang bersih, atau organ perkumuhan perlu bekerja lebih keras untuk buang toksin. Sebab tu tempoh penyembuhan pun ambil masa lebih lama.
Jadi pembaca semua. Apakata cuba pada diri sendiri, betul tak apa yang aida cakap tu. Lepas tu boleh sama-sama kongsi cerita. Hihi.
InshaAllah entri akan datang, aida cuba kongsikan fakta atau artikel berkaitan ilmu perubatan dan kesihatan pula ya.Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-56034683299063105732016-09-27T07:00:00.000+08:002016-09-27T07:00:18.780+08:003 perbezaan antara Poslaju Prabayar dan FlyerTeks dan Foto : Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum w.b.t.
Ha info ni mesti para peniaga online terutamanya newbie nak tahu kan.
Ok jom kita semak ciri-cirinya.
1) Harga
Poslaju Prabayar harganya tetap dan sudah termasuk kos pos. Harga terkini ialah RM7 untuk saiz S (berat maksimum 500g) dan Saiz L RM10 (Berat maksimum 1kg)
Flyer pulak lebih murah kerana harga yang dikenakan bergantung pada kuantiti belian kita. Lagi banyak, lagi murah. Ada yang serendah 30 sen sehelai. Flyer juga belum termasuk kos pos. Jadi, semasa kita berurusan di pejabat pos, berat barang yang ingin di pos akan ditimbang dan tambahan kos akan dikenakan.
2) Tarikh Luput
Prabayar mempunyai tarikh luput manakala flyer tidak.
Prabayar biasanya akan diberikan tarikh guna selewatnya akhir bulan bagi setiap bulan. Tapi jangan risau, setakat artikel ni ditulis, pihak pos masih membenarkan penggunaan sampul prabayar tu walaupun sudah melebihi tempoh.
3) Masa Menunggu
Oleh kerana prabayar bermaksud bayar dahulu, maka peniaga online yang nak jimat masa, adalah digalakkan untuk menggunakan sampul prabayar. Sebabnya tak perlu menunggu lama ketika berurusan di pejabat pos.
Berbanding flyer, anda perlu menunggu lebih lama kerana setiap barang perlu ditimbang dan ditentukan harga pos.
Ok semoga bermanfaat.
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-966524433965296612016-09-26T17:49:00.003+08:002016-09-26T17:49:58.966+08:00Ziarah Jiran Yang Kembali ke RahmatullahTeks: Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum w.b.t.
Tadi pagi sempat ziarah jiran yang tinggal berdekatan. Beliau adalah waris dan ada hubungan persaudaraan belah suami.
Pergi berdua dengan mak mertua. Hihi. Oleh kerana Afi dan Arfa masih kecik, memang tak bawak la budak berdua ni. Tinggalkan kejap dengan pak saudara dia kat rumah.
Sampai kat rumah jiran tu, terus salam dengan yang ada, sempat lah juga capai kitab Yasin yang disediakan. Bacakan surah Al-Fatihah dan surah Yasin.
Lepas tu, duduk kejap kat bahagian ruang tamu rumah. Sambil tu tengok jemaah perempuan tengah sibuk sediakan dan susun kain dan bahan-bahan lain untuk kafankan jenazah.
Antaranya beberapa helai kain putih, tuala, kertas minyak, kapas. Lepas dah bentang kain putih tu, nampak makcik tu tabur-tabur serbuk warna coklat kat lain.
Terus tanya mak mertua, rupanya serbuk kayu. Adeh biasa belajar teori je, jadi memang jakun la sikit. Tak pernah lagi terlibat secara langsung dari awal hingga akhir dalam bab urus jenazah. Memang banyak lagi kena belajar ni.
Dalam hati sebenarnya teringin jugak nak perhati sampai habis, tapi kakak ipar n mak mertua pun macam faham. Takut duduk laa situ, anak nangis pulak, kena tinggal lama. Anak pulak masih menyusu badan. Jadi Aida pun beransur la balik dulu.
Jadi petang ni ada masa terluang, google tentang serbuk kayu tu. Lepas tu jumpa la artikel ni. Rupanya tu serbuk kayu cendana yang telah dihaluskan. Hihi.
Oklah, aida sertakan artikel lengkapnya kat bawah ni ya. Moga bermanfaat. 😊
Tata-cara-mengkafani-jenazah
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-9941677821578445092016-09-23T06:39:00.000+08:002016-09-26T17:54:54.710+08:00Segera Berdoa Bila Terdengar Ayam BerkokokTeks: Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum w.b.t.
Wah kenapa pulak Aida pesan macam tu ea. Hihi. Mungkin ada yang dah tahu. Tapi bagi yang belum tahu, sebenarnya ada hadith sahih tentang mustajabnya berdoa pada waktu ini.
Pagi ni Alhamdulillah, Aida dapat bangun awal. Pagi ni jugak, kerap kali terdengar ayam berkokok.
Tiba2 teringat hadith yang ada kaitan antara waktu ayam berkokok dengan waktu yang mustajab untuk berdoa.
Jom kita hayati petikan hadith ini.
Assalamualaikum semua pembaca.
Aida nak ajak pembaca tengok 3 jenis situasi ni dan berfikir secara rasional.
Situasi 1:
Kerosakan gigi
Situasi 2:
Penyakit kulit seperti eczema, psiorasis
Situasi 3:
Diabetes dan kegemukan
Ini adalah contoh masalah kesihatan yang dialami oleh kebanyakan kanak-kanak pada zaman kini. Dan masyarakat majoriti akan mengaitkannya dengan faktor keturunan sebagai penyebabnya.
Ya ia mungkin boleh jadi salah satu faktor. Tapi ada faktor yang lebih penting, yang perlu kita ambil berat dan beri penekanan iaitu faktor pemakanan.
Apa yang membuatkan saya tersedar ialah bila saya tengok iklan beras dari syarikat Faiza.
Bagaimana tabiat pemakanan sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi tahap kesihatan mereka. Bayangkan jika dibiasakan dengan makanan dan minuman manis setiap hari, makanan segera dan jajan, sejak kecil. Sudah pasti ia akan mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan.
Faktor pemakanan lebih logik dan rasional dari sekadar faktor genetik.
Sebab itu, sebagai ibubapa, amat penting untuk kita mendidik diri dan keluarga untuk mengamalkan pemakanan secara sihat sejak dari awal lagi.
Saya percaya, jika amalan pemakanan dijaga, inshaAllah risiko untuk terkena masalah kesihatan dapat dikurangkan.
Kita sebagai ibubapa haruslah menjadi contoh yang baik pada anak-anak. Moga kita semua dapat menjaga kesihatan keluarga dengan baik dan penuh tanggungjawab. InshaAllah.
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-44133028764080953642016-09-03T17:01:00.001+08:002016-09-26T17:52:28.449+08:00Usah Gadaikan Sihat Untuk CantikTeks: Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum semua.
Dah lama sebenarnya nak buat perkongsian tentang ni. Sebabnya risau dengan trend anak muda terutamanya yang terlalu ghairah ingin kelihatan cantik persis model sehingga sanggup membelanjakan duit yang banyak untuk membeli produk dan meletakkan diri dalam risiko yang boleh membahayakan kesihatan.
Tak dinafikan, tak salah untuk kita berusaha menjaga penampilan diri. Cumanya sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk, kita seharusnya mempertimbangkan beberapa perkara. Ini bagi mengelakkan terjadinya sesuatu yang tidak diingini, sekaligus mendatangkan kesan sampingan kepada si pemakai.
Antaranya:
1) Faktor genetik
Semestinya faktor genetik memang mempengaruhi rupa dan bentuk badan seseorang. Kulit cerah atau gelap, badan kurus atau gempal, tinggi atau rendah. Semua itu harus diteliti dahulu dan letakkan target yang rasional, agar tidak kecewa di kemudian hari.
2) Latih diri selidik label
Pilihan terbaik adalah berasaskan bahan semulajadi. Kurangkan atau kalau boleh elakkan produk yang mengandungi 3P iaitu pewarna, perasa dan pengawet. Jika ada nama bahan yang kita rasa sangsi atau tak faham, boleh cuba cari bahan bacaan untuk tahu serba sedikit tentangnya. Atau paling mudah, pilih yang ada pengiktirafan Halal, JAKIM atau diluluskan oleh KKM.
3) Tambah Ilmu
Belajar ilmu petua atau tips kesihatan mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Belajar tanam sayur atau tumbuhan herba di rumah. Jimat pun jimat. Selamat pulak tu. Hihi
Bersyukur apa yang ada. Sederhana itu yang terbaik.
Cantik tak semestinya SIHAT.
Tapi kalau SIHAT, InshaAllah cantik.
InshaAllah. Moga bermanfaat.Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-80179255662395838422016-09-02T16:59:00.001+08:002016-09-26T17:51:37.523+08:00Bisnes oh Bisnes. Di sini segalanya bermula. Teks: Nuraida Mohd Harith
Alhamdulillah syukur.
Kalau 10 tahun dulu, bila orang berbual ngan Aida pasal bisnes, ajak sertai bisnes, sejujurnya Aida rasa macam 'Oh tidak, bukan saya orangnya'.
Sebab kurang minat. Masa lepas habis belajar, nak cari kerja, bahagian 'SALE' mungkin bahagian paling akhir yang jadi pilihan. Hihi
Maklumlah dibesarkan dalam keluarga bukan dalam bidang bisnes. Masa sambung belajar dulu pun ambil kursus kejuruteraan.
Tapi sekarang, makin lama makin seronok berbisnes. Memang betul kata pepatah 'Tak kenal, maka tak cinta'. Dengan zaman teknologi serba canggih ni, dengan modal yang sangat minima pun dah boleh mula belajar menjual. Tak perlu ada produk sendiri pun.
Lagi seronok, ada banyak syarikat yang menawarkan latihan dan menyediakan katalog untuk mula berniaga. Semudah ABC.
Antara nak dan taknak je.
Alhamdulillah. Walaupun mungkin ambil masa sikit, tapi berbaloi.
Dapat ilmu dan pengalaman berniaga.
InshaAllah doakan agar Aida terus istiqamah menimba ilmu, dapat perbaiki dari masa ke semasa, dan paling penting, Aida dapat berkongsi manfaat dan rezeki dengan orang lain. InshaAllah.Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-344084415763060252016-09-01T23:33:00.001+08:002016-09-01T23:33:34.788+08:00Azam September - Semangat baruTeks: Nuraida Mohd Harith
Foto: Google
Assalamualaikum w.b.t.
Sekejap je dah masuk bulan September. Bulan baru, azam baru, semangat baru. InshaAllah mudah-mudahan, tolong doakan ya.
Azam memang kena selalu diperbaharui setiap hari kan. Hihi. Yang lebih penting, apa pun terjadi, semangat kena selalu kuat.
Penting sangat ke semangat ni?
Bagi Aida, YA sangat penting!
Sebabnya, dengan berbekalkan semangat la, yang susah boleh dibuat, yang jauh boleh sampai, yang sakit boleh bangun. Kata kuncinya, PAKSA DIRI.
Bila semangat ada, ngantuk ke, penat ke, kurang sihat ke, tetap tak dapat halang dari kita jayakan apa yang kita rancang nak buat. Dengan izin Allah, pasti kita akan berjaya capai.
Tapi kalau semangat tak ada, badan sihat pun, tetap tak menjamin kita dapat buat dengan jayanya, walau untuk perkara yang mudah. Kalau dapat buat pun, hasilnya gitu-gitu saja.
Sebab tu, 2 amalan yang Aida sedang cuba istiqamah lakukan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersemangat ialah istighfar dan baca kata2 atau status berunsur motivasi. Memang cepat kesan dia. Alhamdulillah.
Ok bersambung di entri akan datang. InshaAllah. 😊
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-54111303972692118692016-08-03T08:00:00.000+08:002016-08-03T08:00:26.391+08:00Jom Jadi Muslimah Yang Sihat dan FitTeks : Nuraida Mohd Harith
Harini dah masuk penghujung bulan Syawal. Ada yang dah mula pasang azam untuk turunkan semula berat badan.
Kalau orang lain, berazam nak berdiet untuk turunkan berat badan. Aida pulak nak berdiet untuk tambahkan berat badan. Haha.
Eh tapi memang betul tau. Ingat yang berisi je kena berdiet? Yang terlebih slim macam Aida ni pun kena berdiet. Hihi.
Sebab orang kita selalu kalau sebut 'diet', mesti ingat kena kurangkan makan. Tapi sebenarnya maksud tu kurang tepat. Yang lebih tepat sebenarnya, kita buat perancangan menu atau senarai bagaimana untuk makan secara sihat dan seimbang.
Ha ni semua perlukan ilmu. Ilmu kira kalori ikut jenis makanan, ilmu kira keperluan kalori yang digunakan ikut jenis aktiviti dan sebagainya. Kiranya ilmu berkaitan pemakanan jugak la.
Bulan Ramadhan lepas, berat badan Aida turun dengan banyaknya. Berapa berat badan sekarang, usah ditanya. Sensitif. 😂
Selain puasa, salah satu faktor lain mungkin sebab Aida menyusukan Arfa. Tapi tak apalah. Kita teruskan perancangan kita untuk 'Keep Fit'.
Antara strateginya selain jaga makan ialah senaman. Ada 1 gambar, cadangan senaman yang pada Aida, sangat menarik untuk cuba dipraktikkan untuk jadi Fit, sesuai untuk muslimah.
Best sebab senaman asas, tak perlu pakai dumbell. Boleh buat sorang2 masa terluang. Buat senyap2 dalam bilik pun boleh, orang tak tahu. 😂
InshaAllah Aida akan kongsikan dalam entri akan datang ya.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua insan hebat. 😊Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-21930617981747605142016-08-02T19:02:00.000+08:002016-08-02T19:02:30.225+08:00Selamat Datang Bulan OgosTeks : Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Maaf sangat dah lama tak update blog ni. Tapi kalau siapa yang dah jadi kawan saya di Facebook, pasti perasan yang sekarang saya lebih aktif kemaskini status di FB.
Alhamdulillah. Ada peningkatan sebenarnya tau. Gembira rasa. hihi
Kalau dulu, nak tulis ayat punyalah lama sebab macam tak ada idea. Sekarang, lebih laju keluar idea2 tu. Cuma dari segi masa je agak terbatas sikit.
InshaAllah lepas ni lebih baik sebab anak kedua pun dah makin besar. Dah pandai main sendiri. Jadi nak gunakan manfaat setting untuk set tarikh dan buffer supaya lebih teratur dan konsisten update blog.
Tolong doakan ya.
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-90688596163152950832015-12-13T07:30:00.000+08:002015-12-13T20:43:38.650+08:00Raikan Anak Sebagai Terapi DiriTeks : Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum w.b.t.
Ingat lagi dulu masa awal-awal ikut berpindah ke Terengganu. Bila anak selerakkan permainan, perasaan mudah sangat terusik. Berbagai perasaan ada. Marah, geram, stress, sedih dan pelbagai perasaan negatif. Sampai satu tahap, hanya terbaring dan tak semangat nak buat apa-apa.
Bila fikir-fikir semula, nampak ketidakmatangan dan terlebih emosi di situ. Kemudian bila mengandung anak kedua, fikiran dah mula risau. Alahai anak baru seorang, kelam kabut sudah. Bila anak dah dua, macam mana pula agaknya.
Hihi. Tapi bila anak dah dua ni, ok saja. Tak adalah seteruk yang dirisaukan. Mula-mula saja. Lama-lama ok. Alhamdulillah dah makin boleh sesuaikan diri dan mengawal emosi. Tak dinafikan bukan mudah, tapi semangat masih kuat.
Duduk di perantauan, negeri orang, jauh dari keluarga. Duduk di rumah mertua bersama ipar. Rumah saudara mara belah suami, kakak dan pak saudara, mak saudara, tok, semuanya dekat-dekat saja, sebelah menyebelah saja. Alhamdulillah semakin nampak hikmahnya.
Saya pernah terbaca mengenai cara untuk mengurangkan stress jika anak sepahkan permainan di rumah. Salah satu dari caranya ialah membiarkan dahulu sehingga anak habis bermain atau anak tidur, baru kita kemas. Tapi saya rasa cara ni lebih sesuai jika kita tinggal di rumah sendiri.
Kalau kat rumah mertua buat cara macam ni, alamatnya berbulu lah mata mak mertua tengok. Hihi.
Satu lagi, rasa belas ihsan. Saya pun kadang serba salah juga. Jika mertua tak tegur pun, saya masih rasa hormat pada dia. Jadi mengalah sajalah.
Jadi untuk mengekalkan keharmonian, bagi yang ada anak kecil dan tinggal bersama mertua ni, mungkin boleh cuba tips ni.
1) Sediakan bakul, beg atau kotak untuk isi mainan. Jadi senang nak kutip. Sebelum mertua nampak, kemas dahulu.
2) Jika mertua dah nampak, kemas je depan dia, atau sekurangnya tegur anak depan dia
3) Ajar anak sama-sama simpan permainan selepas main
4) Sebelum masuk tidur atau bangun awal sebelum mertua bangun. Jadi sempat meronda periksa dan kemas sebelum mertua kemas.
Hihi. Konsep mudahnya ialah kita sentiasa usaha kemas dulu sebelum mertua sempat kemas. Tunjukkan yang kita memang nak kemas sendiri dan ajar anak untuk kemas. Tapi kalau nak bagi anak serakkan lama-lama dan nak layan anak main puas-puas, ajak anak sepahkan dalam bilik. Hihi.
Sekarang, saya dah boleh tenang bila tengok bilik bersepah. Tak macam dulu lagi. Sebabnya saya pujuk diri sendiri. Yang penting anak gembira. Anak masih kecil, tak tahu apa. Dia sedang dalam proses belajar. Bermain dan buat sepah tu salah satu dari cara dia belajar. Pepatah yang selalu saya gunakan untuk pujuk hati supaya tak mudah stress,
Rumah sepah boleh dikemas.
Baju kotor boleh dibasuh.
Tapi anak terabai kerana kurang didikan dan kasih sayang, macam mana nak perbaiki?
Persoalan ni lah yang selalu saya tekankan. Sebab saya percaya, jika kita betul-betul tumpukan pada usia awal pembesaran anak-anak, InsyaAllah kesannya kita akan lihat sehingga dia dewasa. Biar berpenat dan bersusah dahulu, InsyaAllah puashati dan gembira di kemudian nanti.
Kalau rasa stress, berhenti kejap, tarik nafas dalam-dalam. Atau minum air dahulu dan beristighfar. Ni lah yang saya selalu buat. InsyaAllah tak mudah stress. Kalau stress pun, sekejap je dah boleh reda.
Raikan anak sebagai terapi diri. Lihat wajah anak ketika dia tidur. Ucap Alhamdulillah diberi peluang menjadi ibu.
Moga bermanfaat.
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-61127224054686365292015-12-11T07:30:00.000+08:002015-12-11T07:30:01.818+08:00Jadikan Target Sebagai Suatu DoaTeks : Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum w.b.t.
Salah satu dari ciri penting yang perlu ada untuk seseorang itu diiktiraf sebagai orang yang berjaya adalah mempunyai target. Tidak kira dalam apa jua matlamat yang kita ingin capai. Kita perlu set target sebagai tanda aras untuk kita menilai kembali tahap manakah kejayaan kita.
Walaubagaimanapun, set target sahaja tidak mencukupi. Beberapa langkah perlu diambil agar target itu menjadi keutamaan dalam rutin seharian kita.
Antaranya ialah memastikan target itu ditulis dengan spesifik dan jelas. Ini bagi memastikan agar matlamat dapat dilihat dengan lebih jelas agar perancangan yang lebih teliti dapat dirangka dan disusun. Selain itu, ia juga berfungsi membantu sebagai 'Reminder' dan mengingatkan kita agar tidak tersasar dari target yang ingin dicapai.
Sebagai contoh, target saya dalam penyusuan anak kedua ini ialah berjaya menyusukannya sepenuhnya dengan susu ibu sehingga sekurangnya berumur 2 tahun. Ini adalah misi saya dalam penyusuan.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa target kecil yang saya senaraikan bagi mencapai misi tersebut seperti berikut:
1) Berjaya menghasilkan susu ibu sejak akhir kehamilan lagi - Tercapai
2) Berjaya menyusukan bayi seawal 1 jam pertama selepas kelahiran - Tercapai
3) Berjaya menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu selama 44 hari berpantang - Tercapai
4) Berjaya menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu sehingga bayi berumur 3 bulan dan berat bayi mencecah 6kg - Tercapai
Target seterusnya ialah berjaya menyusukan bayi sehingga berumur 6 bulan dengan susu ibu sepenuhnya
Alhamdulillah. Target-target kecil ini lah yang menjadi pembakar semangat untuk saya terus berjaya dalam penyusuan. Raikan kejayaan yang kecil. InsyaAllah kejayaan yang besar akan jadi lebih mudah.
Satu lagi target saya yang utama pada masa ini ialah target untuk berjaya menjana pendapatan hanya dari rumah.
Pakar menyarankan agar kita memulis dan meletakkan target kita di tempat yang jelas dan mudah dilihat setiap hari. Sebagai contoh, kita boleh menampalnya di dinding bilik, di atas meja kerja, di peti ais dan juga di papan putih/hijau di rumah.
Secara ringkasnya, di mana sahaja yang dapat membantu kita agar sentiasa terbaca dan ingat pada target kita.
Pilihan saya ialah menulis target dan menyimpannya di telefon bimbit. Saya jadikan target saya sebagai 'Wallpaper' di telefon saya. Sebabnya saya memang sering melihat telefon setiap hari. Selain itu, saya juga rasakan yang ianya lebih sesuai bagi saya bagi menjaga privasi. Maklumlah tinggal di rumah mertua. Segan pula jika mertua atau ipar terbaca target saya itu. Hihi.
Jadi setiap kali saya melihat telefon, saya akan baca semula target secara tidak langsung. Setiap hari baca dan tekadkan dalam diri untuk capai azam tu. Bila hari-hari sebut, hari-hari baca, ia seakan menjadi satu doa.
InsyaAllah siapa yang berusaha, dia akan berjaya. Moga Allah makbulkan usaha ini.
Jadi pembaca yang nak cuba, bolehlah cuba tips ni ya. Catat dan setkan sebagai wallpaper. Saya doakan moga pembaca yang sedang baca penulisan saya ini juga berjaya mencapai target yang diimpikan. Aamiin.
Moga bermanfaat dan jumpa lagi.
Nak cari baju menyusu jenis selak yang sopan, mudah dipakai dan selesa pada harga jimat?
Sekarang tengah ada promosi Year End Sale,
Jemput ke Page FB : Baju Muslimah Menyusu atau Whatsapp 012-7960804
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-75895679704501211722015-11-20T15:19:00.001+08:002015-11-20T15:19:26.851+08:00Koleksi Doa dan Zikir Untuk Banyakkan SusuTeks : Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum w.b.t.
Entri kali ini, saya kongsikan koleksi doa dan zikir untuk banyakkan susu. Koleksi ini dipetik dari pelbagai sumber dari carian google.
Saya terpanggil untuk kumpulkan koleksi ini kerana saya pernah mengalami kegagalan dalam perjalanan penyusuan anak pertama. Sebab utama adalah kurang ilmu dan persediaan.
Kenapa saya kata begitu? Kerana saya tak tahu pun wujudnya beberapa doa dan zikir yang boleh diamalkan ketika menyusukan bayi. Jadi saya harap koleksi ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk lebih bersemangat menyusukan bayi.
Tak mengapa jika perjalanan penyusuan kita kurang lancar. Yang penting jangan patah semangat atau berputus asa. Kita usahakan. Moga-moga Allah memberkati usaha kita dan makbulkan doa kita. Aamiin.
Nak cari baju muslimah yang mesra penyusuan, jenis selak pada harga jimat?
Jemput ke page FB: Baju Muslimah Menyusu
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-76792546835695432572015-11-19T16:48:00.001+08:002015-11-20T14:48:30.755+08:00Hebatnya Aura Emas PowergoldTeks dan Foto : Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum w.b.t.
Akhirnya dah siap pun bisnes kad saya. :)
Di awal-awal pengenalan bisnes ni, memang ramai yang akan tertanya-tanya. Ok ke Powergold ni. Antara sebab utama yang mereka risaukan ialah tentang ketulenan emas dan juga sistem MLM.
Untuk permulaan, biar saya perkenalkan pembekal emas atau pengilang emas untuk Powergold. Produk Powergold adalah dari syarikat Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (AGCSB).
Serba sedikit kaitan antara Powergold dan kilang AGCSB ini.
Kilang AGCSB telah ditubuhkan dan bertapak di Pulau Pinang 15 tahun lalu. Kilang AGCSB dah jadi pembekal barang kemas kepada banyak kedai emas sekitar Pulau Pinang dan Kedah. Pada 1/7/2013, Powergold pula ditubuhkan sebagai syarikat pemasaran sah kepada AGCSB. Kedua-dua syarikat ini adalah syarikat Bumiputera.
Antara pelanggan tetap emas dari keluaran Amethyst ini ialah kedai emas terkenal Poh Kong.
Tak perlu risau ya. Emas keluaran Ametyhst ini diperakui tulen. Ada Certicate dan Serial no. Ia diterima untuk dipajak tanpa perlu ditanggalkan seal. Jadi memang terbukti tulen. Selain itu, ia juga diterima untuk dipajak gadai di Ar-Rahnu.
Saya boleh selitkan beberapa contoh testimoni sebagai bukti. Tapi cadangan saya adalah lebih baik jika anda sendiri memilikinya dan membawanya untuk diuji di kedai emas atau Ar-Rahnu. Dengan cara begitu, saya yakin anda akan dapat lebih banyak kelebihan. Antaranya ialah dapat melihat sendiri secara langsung cara emas diuji, peralatan yang digunakan dan memahami prosedur yang terlibat. Pasti lebih puas hati, dapat tengok depan mata dan tambah ilmu. :)
Sebab yang kedua pula ialah mereka risau jika terlibat dengan syarikat MLM dan dikecewakan. Maklumlah, sejak akhir-akhir ini, pelbagai syarikat MLM muncul bak cendawan tumbuh. Lihat saja iklan di FB, pelbagai nama syarikat ada.
Kerana risau, pernah ada seorang ini mengatakan pada saya. "Tak payah la sertai Powergold ni. Nanti tak dapat apa-apa. Membazir masa saja. Ramai yang bagitahu macam tu".
Terus terang saya katakan. Saya tak rasa marah malah simpati dengan mereka. Soalan pertama yang buat saya tertanya-tanya adalah niatnya semasa sertai syarikat Powergold ni.
Sebab bagi saya, niat tu yang paling penting. Apa niat kita, itu lah yang kita akan dapat. Niat juga yang akan menentukan sama ada apa yang kita buat itu akan dikira sebagai untung atau membazir.
Kenapa saya kata begitu?
Sebab saya bukanlah jenis yang suka mencuba-cuba tanpa usul periksa. Sebelum saya mengambil keputusan untuk menyertai sesuatu, saya akan selidik dahulu, bertanya apa-apa soalan yang saya belum jelas. Niat utama saya untuk sertai syarikat Powergold ni ialah untuk menjadi celik emas. Saya nak jadi seorang penyimpan emas di samping belajar dan tambah ilmu mengenai logam paling berharga ini. Logam istimewa yang turut disebutkan di dalam Al-Quran. Saya percaya, setiap benda yang ada disebutkan dalam Al-Quran, pasti ada kelebihan.
Apabila saya sudah sertai, saya dapat rasakan kemanisannya dan auranya yang tersendiri. Semakin lama semakin suka dan rasa berbaloi. Saya bukan saja didedahkan dengan ilmu mengenai emas, saya juga mendapat kekuatan dalaman. Majoriti ahli di Powergold mempunyai beberapa ciri dan personaliti yang menarik yang sesuai dengan jiwa saya yang sukakan ketenangan. Tak percaya? Cuba tengok kualiti yang ada pada mereka ni.
1) Motivasi untuk berjaya yang tinggi- pernah menghadiri kursus anjuran Dr Azizan Osman
2) Suka mengkaji - sebelum sertai powergold, membuat perbandingan dahulu
3) Disiplin dalam simpanan - impian untuk ada aset secara tunai
4) Menitikberatkan hukum agama - ilmu pemasaran bisnes disertai redha Allah
5) Personaliti yang positif - ada perkongsian yang memberikan inspirasi
6) Gemar membantu - perkongsian ilmu dan pengalaman mentor dari kalangan tokey kedai emas
Ni antara sebahagian kualiti yang membuatkan saya rasa selesa. Tiada kuantiti minimum belian untuk setiap bulan. Tiada paksaan untuk mencari ahli. Semuanya dilakukan dengan santai, tanpa tekanan.
Memang berbeza dengan MLM. Target utama kami bukan menggandakan wang. Bukan duduk goyang kaki tunggu duit masuk setiap bulan. Tiada juga 'Upline' yang sering bertanya dan memeriksa jumlah jualan sama ada capai target atau tidak. Powergold ada produk sendiri. Produk emas yang dibeli dan dipegang sendiri. Bukan perjanjian di atas kertas. Bukan diserahkan pada pihak bank untuk dicagar atau dilaburkan. Urusniaganya jelas.
Yang paling penting, saya semakin nampak, apa itu yang dimaksudkan sebagai inflasi, apa kepentingan menyimpan dalam bentuk emas fizikal. Saya semakin celik untuk mengetahui emas yang bagaimana yang paling baik untuk disimpan dan bagaimana untuk elak dari ditipu semasa jualbeli emas. Dan saya baru sedar, kita sudah banyak ketinggalan. Bangsa lain sudah lama menyimpan emas dan menggunakan hasil simpanan emas untuk membeli rumah, kereta, perkahwinan, pelajaran secara tunai!
Semua kelebihan ni membuatkan saya tersedar. Saya juga bertanggungjawab untuk menyedarkan semula masyarakat terutamanya orang kita untuk mula menyimpan emas. Beli aset secara tunai, bebas hutang dan bebas riba'. Itu antara impian saya.
Dulu, emas bersaiz besar. Hanya segelintir sahaja dari orang kita mampu membeli. Tapi sekarang Powergold dan Amethyst bekerjasama membuat inisiatif mengeluarkan emas sekecil 0.5g dan 1 gram yang lebih mampumilik. Lebih kurang RM100-RM200 sahaja.
Sebab itu, saya yakin Powergold antara pilihan terbaik saya. Moga artikel ini memberi manfaat dan memberi gambaran lebih jelas buat pembaca di luar sana.
Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba bantu. :)
Nuraida Mohd Harith
012-7960804
Web : SuriRichGold15
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-86046911028106453302015-11-16T07:30:00.000+08:002015-11-16T07:30:00.154+08:00Tips Mendapatkan Sokongan Suami Untuk Penyusuan Susu Ibu Secara EksklusifTeks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Google
Assalamualaikum w.b.t.
Isteri mana yang tak suka kalau perjuangannya untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu disokong kuat oleh suami kan. Tapi apakan daya, tak semua bertuah mempunyai suami yang begitu. Jadi apa yang boleh dilakukan ya? Jom cuba ikuti tips berikut. Mana tahu suami berubah hati kan.
Tips ni hasil dari pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah selepas mengamalkan tips ini, nampak perubahan dari pihak suami. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat di antara tips yang boleh cuba dipraktikkan.
1) Maklumkan pada suami target/matlamat kita dalam penyusuan
Orang lelaki akan lebih mudah faham apabila diberitahu secara terus terang. Jadi apa target kita, apa yang kita nak, apa yang kita harapkan dari pihak dia, semuanya kita beritahu pada suami kita. Jangan mengharapkan suami tahu sendiri jika kita tak maklumkan. Jangan simpan sendiri, nanti kita juga yang rugi. ;)
2) Kongsi ilmu penyusuan
Ada segelintir suami yang memang siap sedia mencari info berkaitan tanpa perlu disuruh. Ada pula jenis yang kurang ambil kisah. Jadi kita ambil peranan lebih sedikit. Apa-apa info yang kita tahu, kita kumpul dan kongsikan pada suami kita. Jika suami bukan jenis minat membaca, kita buat dalam bentuk point penting atau kongsikan dalam bentuk infografik. Pasti dia akan lebih tertarik untuk baca. Hantarkan dalam whatsapp peribadi. Kalau nak tag di Facebook, pastikan info adalah jelas dan tidak mendatangkan aib atau kata sindiran. Ingat ya,biar santai tapi mesejnya sampai. :)
3) Tunjukkan kesungguhan
Buktikan pada suami yang kita memang benar-benar seorang ibu yang tegar. Sanggup buat apa sahaja agar berjaya dalam penyusuan susu ibu ini. Biar dia nampak segala usaha kita. Biar dia tahu yang kita bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Biar dia nampak kita bangun malam untuk menyusukan anak atau mengepam susu dan kita sanggup menahan rasa untuk menikmati makanan atau minuman kegemaran semata-mata nak jaga agar anak tidak terkena alahan atau sakit perut. Jika dia ada belikan makanan atau minuman untuk kita dalam usaha membanyakkan susu ibu, pastikan habis dan tidak membazir.
4) Maklumkan kelebihan
Ada segelintir suami menjadi kurang ambil kisah kerana masih tidak jelas dengan kelebihan penyusuan susu ibu. Mungkin dia kurang pendedahan atau tiada pengalaman dari ahli keluarga yang berjaya menyusukan dengan susu ibu sepenuhnya. Jadi kita mainkan peranan sebaik mungkin. Biasanya wanita mempunyai kelebihan dari segi sikap teliti dan lebih prihatin. Kita usaha lebih sedikit, beri pendedahan, jelaskan pada suami kelebihan yang akan diperolehi jika berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Bukan sahaja anak membesar dengan sihat, 'bonding' dengan keluarga akan jadi lebih rapat, dan dapat jimatkan perbelanjaan untuk membeli susu formula. Sebab terakhir tu pasti akan menarik perhatian dia. Hihi
5) Libatkan suami
Apabila kita perlukan makanan yang boleh membantu membanyakkan susu, kita maklumkan pada suami. Bila ada makanan atau minuman yang kita perlu elakkan, juga kita maklumkan pada suami. Bila pergi pemeriksaan berat anak di klinik, berat anak naik dengan cantik, kita kongsikan pada suami. Kalau ada terjumpa video mengenai urutan yang membantu melancarkan pengeluaran susu ibu, kita tunjukkan pada suami. Apa-apa sahaja ilmu atau aktiviti yang boleh membantu, kita libatkan sekali suami. Biar dia sedar bahawa kita memang memerlukan dan menghargai sokongan dari suami.
6) Doa agar dilembutkan hati
Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya. Sebagai salah satu usaha, kita mohon moga hati suami kita menjadi lembut, mudah untuk membantu kita, menyokong usaha kita agar target dan matlamat kita dalam menjayakan penyusuan susu ibu tercapai dan berjalan dengan lancar.
Moga tips ini bermanfaat.
Untuk mendapatkan baju muslimah menyusu jenis selak pada harga murah, boleh hubungi saya seperti di bawah.
Nuraida Mohd Harith
SMS/Whatapp : 012-7960804
FB Page : Baju Muslimah Menyusu
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-6016900403433705082015-10-28T11:49:00.001+08:002015-10-28T11:51:19.265+08:006 Tips Untuk Uji Emas Anda Teks : Nuraida Mohd Harith
Menyimpan emas adalah salah satu alternatif yang baik untuk kita menyimpan aset dengan kos yang minima bagi keuntungan jangkamasa panjang.
Oleh itu, adalah amat penting bagi para penyimpan emas untuk ambil tahu tentang tip-tip berkaitan emas agar tidak mudah tertipu atau mengalami kerugian.
Untuk perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan beberapa tip untuk menguji sama ada emas itu palsu atau tidak.
1) Gunakan magnet
Emas tidak melekat pada magnet. Jika melekat itu bukan emas.Tetapi magnet yang digunakan bukan magnet biasa. Ia magnet khas untuk uji emas. Ia mampu menarik beban sehingga melebihi 2kg. Magnet biasa tidak berkesan bagi tujuan ini.
2) Uji bau
Emas tiada bau. Gosok pada seluar jeans jika emas ia tiada bau. Jika ada bau seakan bau besi atau bau logam lain itu bukan emas.
3) Lihat cop
Emas berbentuk barang kemas lazimnya mempunyai cop mngikut gred emas. Namun ada juga barang kemas emas yang tiada cop tetapi emas tulen.
Kadang yang ada cop pun boleh jadi emas palsu.
4) Gores emas
Jika timbul warna lain pada bahagian yg digores kemungkinan itu bukan emas. Cara ini boleh mencacatkan emas itu kerana kesan goresan.
5) Gigit emas.
Emas logam yg lembut. Gigit dengan tekanan perlahan akan meninggalkan bekas. Cara ini juga boleh mencacatkan sedikit emas terbabit.
6) Bawa ke Ar-Rahnu atau Kedai Emas
Cara terbaik dan paling tepat untuk menguji emas anda, bawa ke Ar-Rahnu atau kedai emas dan mintalah kakitangan disitu uji ketulenan emas anda. Tiada bayaran dikenakan.
Sumber : Nota Powergold
Sekian perkongsian untuk kali ini.
Moga Bermanfaat.
Nuraida Mohd Harith
012-7960804
Agen Sah Powergold Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-84891063685360621522015-10-23T11:41:00.001+08:002015-10-23T11:41:45.959+08:00Jom Belajar Tentang Dinar Emas Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Powergold.biz
Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat.
Hari ni nak kongsi lagi tentang ilmu berkaitan emas. Jemput baca ya.
🌼DINAR ADALAH UNIT TIMBANGAN🌼
Dinar Emas
📌Masyarakat sering mengungkap perkataan dinar dan hanya mengetahui ianya adalah suatu emas. Malangnya mereka kurang memahami secara terperinci apakah itu dinar. Entri kali ini akan kami kongsikan mengenai dinar yang di keluarkan oleh syarikat yang menjual emas dinar.
📋Dinar unit ukuran bagi berat?
📌Didalam fizik menyatakan berat adalah suatu kuantiti skala yang mana ia hanya mempunyai magnitud sahaja dan tidak mempunyai arah pergerakan magnitude tersebut. Lazimnya unit berat yang sering kita dengar adalah gram, kilogram bagi sistem metrik atau ounce(oz),pound(lb) dan slug bagi sistem imperial (british system).
📌Begitu juga dengan dinar, ia melambangkan suatu kadar kuantiti berat yang tetap bagi logam emas. Apabila kita ada 1 syiling Dinar, bermakna kita mempunyai emas seberat 1 dinar. Tetapi berapakah berat 1 Dinar di dalam unit gram? Kita sukar membayangkan berapa banyak 1 Dinar itu sehinggalah kita tahu kesetaraan 1 Dinar dalam unit gram.
✒4.25 gram
📌Dinar adalah berbentuk syiling atau coin yang di perbuat daripada emas. Berat bagi 1 syiling Dinar adalah 4.25gram. Maka dengan mengetahui berat tersebut dapatlah kita bayangkan berapa nilai syiling 1 Dinar dalam matawang Malaysia (atau matawang dunia umumnya).
10sen, 20sen, 50sen
📌Seperti duit syiling Malaysia yang bernilai 10sen, 20 sen dan 50sen, syiling dinar juga ditempa dalam pelbagai nilai pada masa kini. Kebanyakannya emas dinar yang dijual di pasaran adalah dalam nilai 1 dan 2.
Variasi Dinar yang terdapat di pasaran
🔮Kualiti Dinar
📌Harus di ingat, terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan dinar emas yang berlainan kualiti emasnya. Nilai Dinar emas yang tinggi adalah dinar yang mempunyai kualiti yang tinggi. Antara kualiti emas yang berada di pasaran adalah 999.9, 916 dan lain-lain. Nombor-nombor ini menunjukkan peratusan kandungan emas yang terkandung dalam syiling dinar. Lagi tinggi peratusannya, lebih mahal nilai syiling dinar tersebut. Di ringkaskan 1 Dinar emas (999.9) lebih tinggi nilai harganya berbanding dengan 1 Dinar (916).Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-34163400355638534082015-10-12T10:00:00.000+08:002015-10-12T10:00:02.031+08:008 Sebab Mengapa Anda Patut Cuba Aplikasi Telegram Teks : Nuraida Mohd Harith
Dulu, ramai rakan bisnes yang memilih aplikasi WhatsApp untuk menubuhkan kumpulan sokongan bagi berbincang atau mendapatkan maklumbalas terkini.
Terbaru, aplikasi baru yang dinamakan sebagai 'Telegram' dilihat telah mendominasi sebagai pesaing hebat bagi applikasi WhatsApp.
Aplikasi percuma ini disifatkan lebih praktikal.
Jom kita lihat beberapa kelebihan menggunakan Telegram.
1. Boleh muat turun fail yang lebih besar
2. Foto yang kita muat turun tak perlu disimpan di dalam telefon. Ia disimpan di server Telegram, jadi tiada masalah memori cepat penuh seperti yang biasa dihadapi di Whatsapp walaupun kita selalu kosongkan memori (tapi masih ada problem telefon 'hang' bila terlalu byk mesej dan foto.
3. Telegram juga boleh digunakan di komputer. Maksudnya masih boleh online di komputer dan kurang masalah berbanding laman sesawang Whatsapp.
4. Boleh 'search' untuk rujuk apa-apa topik lama. Contohnya topik 'montessori', cuma taip sahaja montessori di ruangan 'search' di Telegram. Akan keluar 'conversation' lama.
5. Boleh guna hashtag. Contoh, kalau guna hashtag #montessori. Bila klik hashtag tu, akan keluar semua perbualan lama.
6. Mesej-mesej lama semua boleh dilihat semula. Ini tiada di apps Whatsapp kerana jumlah conversation history agak terhad.
7. Maksimum ahli yang boleh disertai di grup di Telegram juga lebih ramai. Jumlah ahli maksimum di Telegram ialah 200 orang berbanding di WhatsApp ialah 100 orang.
8. Kita juga boleh membalas mesej secara individu bagi setiap mesej di dalam Telegram seperti dalam gambar di bawah ni.
Moga bermanfaat :)
Kredit : Ainini ZainalNuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-45953320089182071702015-10-11T10:21:00.000+08:002015-10-11T11:42:52.306+08:00Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Emas FizikalTeks : Nuraida Mohd Harith
Perkongsian berkaitan emas saya mulakan dengan mengenali apa itu emas fizikal.
APA ITU EMAS FIZIKAL?
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kpd 3 kategori iaitu;
💡Syiling emas
💡Jongkong emas
💡Barang kemas
Daripada 3 kategori emas fizikal ni, syiling emas dan jongkong emas sahaja yang boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Sebab, syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus utk tujuan pelaburan.
Barang kemas pula bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu, susut nilai (spread) bagi barang kemas adalah tinggi (25% - 40%).
Moga bermanfaat utk semua.
Untuk entri seterusnya, InsyaAllah saya akan kongsikan jenis-jenis emas serta kandungannya. Untuk peminat setia emas, nantikan ya.Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-56711832813202032452015-10-06T08:50:00.000+08:002015-10-07T04:57:28.170+08:00Emas oh Emas Teks : Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum w.b.t.
Dulu kalau cakap pasal emas, mesti terbayang tentang barang kemas yang di perbuat dari emas. Wanita dan barang kemas kan tak dapat dipisahkan. Yang kata kurang minat pakai barang kemas pun, paling kurang mesti ada cincin atau anting-anting emas. Betul tak? Berapa % ketulenan emas tu belakang kira. Janji ada unsur emas.
Kalau sembang jongkong emas pulak, terbayang jongkong besar, bilik rahsia dan peti besi. Ala macam dalam filem kat tv tu. Tak ambil kisah sangat pasal emas dalam bentuk jongkong ni. Ya la. Nak buat apa. Benda tak boleh dipakai. Lagipun mahal. Kalau ada pun, saiznya besar, susah nak simpan.
Tapi sejak nilai matawang jadi makin rendah nilainya, minda dah mula terbuka untuk kaji lebih mendalam tentang logam berharga ni. Risau jugak kan.
Selain dari menyimpan dalam bentuk wang, perlu juga simpanan dalam bentuk aset kan. Tapi aset apa. Nak kumpul aset tanah atau rumah, masih belum mampu.
Satu hari terbaca perkongsian dari sorang kawan ni. Banyak yang dia kongsikan tentang kelebihan emas. Bagaimana dengan ilmu yang betul, kita bukan sahaja boleh membuat simpanan emas, ia juga boleh menjadi aset berharga kerana sifatnya yang kalis inflasi.
Sejak hari tu, berazam pada diri sendiri. Saya nak tambah ilmu mengenai emas. Ilmu yang ada nanti, saya akan cuba kongsikan kat sini untuk manfaat bersama. InsyaAllahNuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-56753883456892059542015-10-03T13:49:00.004+08:002015-10-03T13:49:37.828+08:00Ulasan : Kelas Asas Blog bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)Teks : Nuraida Mohd Harith
Diperkenalkan oleh : Nur Balqis Qahira
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Kelas ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad untuk belajar membina blog dan fanpage. Masanya yang fleksibel membolehkan kita belajar dalam suasana yang selesa mengikut kesesuaian masa kita.
Terdapat nota-nota yang dilengkapi gambar langkah demi langkah yang mudah dirujuk untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun kita hanya belajar secara online, setiap tugasan kita akan dikawalselia oleh seorang guru. Ini bermakna, tugasan kita itu akan disemak bagi tujuan penambahbaikan.
Dengan yuran hanya sekali seumur hidup, pakej yang ditawarkan adalah amat berbaloi kerana kita akan dibimbing sehingga berjaya.
Antara ilmu yang boleh dipelajari dari kelas ini ialah ilmu pemasaran menggunakan media secara percuma. Antaranya ialah bagaimana untuk membina sebuah blog yang disukai pembaca dan menukarkan pembaca kepada pembeli. Selain dari belajar membina blog, kita juga akan diajar bagaimana untuk membina fanpage dan seterusnya membuat pautan antara blog, fanpage dan juga Facebook.
Antara ilmu baru yang amat menarik untuk dipelajari ialah bagaimana kita
boleh setkan tarikh dan masa untuk entri atau status keluar atau
diterbitkan pada masa yang kita inginkan. Terdapat aplikasi khas untuk
menjadualkan status Facebook. Ini bermakna, walaupun kita jarang dapat
online, status kita masih sentiasa aktif dengan bantuan aplikasi ini.
Aplikasi ini dinamakan sebagai 'Buffer'.
Bagi mereka yang mempunyai minat untuk menjana pendapatan tetapi masih
belum mempunyai produk, terdapat urusniaga online yang boleh dipilih
sebagai produk. Antaranya ialah produk sunnah, buku, ebook, ruang iklan dan juga peluang menjadi pembantu kelas. Antara kelebihan lain ialah ia mempunyai
jaringan bisnes secara online yang terdiri dari jemaah ABDR. Jadi kita
berpeluang untuk berkenalan dengan pengedar dan kenalan baru seterusnya
membuka peluang bisnes yang lebih besar.
Antara topik kegemaran saya ialah tips 40 kata kunci carian di Google.
Ia membolehkan entri yang diterbitkan keluar di muka pertama carian
google. Seandainya kita dapat menguasai tips ini dan entri kita sudah
dapat dicari di muka pertama, ia menunjukkan tanda aras bahawa kita
telah berjaya menguasai penjenamaan diri secara professional.
Alhamdulillah. Walaupun masih baru dalam dunia bisnes, dengan mengikuti kelas ini, saya dapat menjana pendapatan dari rumah dengan membuat pemasaran secara percuma melalui blog, fanpage dan Facebook.
Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4809491940041865656.post-85308398905624050292015-10-02T11:19:00.000+08:002015-10-02T14:30:40.634+08:00Ulasan : Ebook Belajar Asas BlogTeks : Nuraida Mohd Harith
Ebook ini sangat sesuai dijadikan sebagai langkah permulaan bagi memasuki dunia blog. Ia berfungsi sebagai nota yang menerangkan pembelajaran dari segi teori bagi mempelajari asas membina sebuah blog. Ebook ini menekankan perkara penting yang harus diketahui bagi membina penjenamaan diri melalui blog.
Sebelum penjenamaan diri dapat dibina, beberapa maklumat penting diperlukan bagi membuat analisa. Antaranya ialah latarbelakang akademik, pengalaman dan kemahiran. Menerusi soalan analisa yang disenaraikan, pembaca diajak berfikir, mengenal dan menilai kelebihan yang ada pada diri bagi menonjolkan kemahiran yang ada dan menumpukan matlamat yang ingin dicapai.
Antara intipati penting yang ditekankan adalah pentingnya menggunakan nama penuh bagi email, blog dan facebook. Ia akan memberi impak penjenamaan yang lebih profesional.
Selain itu, Ebook ini juga mengupas tentang ciri-ciri blog yang disukai pembaca. Antaranya ialah blog mesti mempunyai fokus, konsisten dengan penulisan, santai dalam penyusunan perkataan, menjaga tips penulisan yang berpengaruh, berinformasi dan mempunyai pembaca sasaran. Ini amat penting supaya kita dapat mengumpul pembaca tetap, seterusnya mendapatkan kepercayaan dari pembaca. Apabila kepercayaan pembaca diperolehi, lebih mudah lagi kita untuk melangkah ke tahap seterusnya yang lebih tinggi iaitu menjana pendapatan melalui blog.
Melalui Ebook ini juga, kita dapat mempelajari gaya tips penulisan yang betul, kepentingan untuk tidak bercampur aduk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mengelakkan dari menggunakan bahasa pasar, kepentingan menggunakan ejaan penuh dan tanda bacaan yang betul serta menjaga tatabahasa asas. Kelebihan ini dapat membantu kita menyediakan blog yang mudah dibaca oleh pembaca, seterusnya membuka peluang untuk menambah bilangan pembaca setia sedia ada.
Ebook ini juga dapat membantu kita menajamkan lagi kemahiran penulisan. Dengan adanya kemahiran dalam bidang penulisan, kita boleh kembangkan lagi dengan memilih salah satu sebagai fokus utama kita sama ada entri penulisan, entri pengiklanan atau menerbitkan Ebook sebagai salah satu dari sumber untuk menjana pendapatan.
Kesimpulannya, Ebook ini merupakan sumber yang baik untuk dirujuk bagi mereka yang ingin belajar asas blog. Harganya yang berpatutan amat berbaloi untuk dijadikan sebagai pelaburan ilmu bagi memantapkan lagi ilmu dalam bidang penulisan dan ilmu menjana pendapatan melalui media secara percuma. Nuraida Mohd Harithhttp://www.blogger.com/profile/12033485815455196163noreply@blogger.com0