Showing posts with label Bisnes online. Show all posts
Showing posts with label Bisnes online. Show all posts

Monday, 5 December 2016

Tips Berbakti Pada Ibubapa Yang Tinggal Berjauhan

Teks: Nuraida Binti Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Sedih kan bila lama tak balik kampung. Rindu nak jumpa dengan ibubapa. Ye la orang kata, masa ibubapa masih hidup ni la, kita kena ambil peluang untuk berbakti pada mereka.

Bagi mereka yang bekerja dan punya duit sendiri, mungkin antara cara terbaik ialah dengan menghulurkan sedikit sumbangan dalam bentuk wang ringgit setiap bulan.

Tapi macam mana pula bagi mereka yang tak punya pendapatan tetap seperti suri rumah sepenuh masa. Jangan bersedih ok. Mungkin anda boleh cuba cara seperti di bawah.

1) Tiap kali lepas solat, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah.

2) Doakan kesejahteraan mereka, tak kira di mana pun mereka berada

3) Setiap kali buat amal kebajikan, niatkan dalam hati, nak sedekahkan pahala ni buat kedua ibubapa.

Moga bermanfaat.

Sunday, 27 November 2016

3 Sebab Kenapa Perlu Dikelilingi Sahabat Yang Positif Sebagai Rakan FB

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. Masih berkesempatan untuk update blog petang ni. Berbalik pada tajuk Aida pada kali ni, bagi Aida memang 'YA'. Sangat penting.

Berikut ni adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman Aida sendiri.

1) Penuh Motivasi

Di saat-saat kita sedang bersedih, ada yang menujukan kata-kata semangat. Pada masa kita tengah buntu, mereka ni banyak bagi nasihat dan kata-kata hikmah. Status mereka ni pun sentiasa dipenuhi dengan doa-doa. Sejuk hati membacanya. Pendek kata, tak sempat nak berduka lama-lama. Hihi

2) Bijaksana dan Berilmu

Mereka yang positif ni, personaliti mereka sangat menarik. Status ringkas tapi padat. Tengah ada masalah, tiba2 ada je yang mencadangkan solusi. Macam-macam tips dikongsikan. Tu belum lagi pengalaman sebenar yang pasti membuatkan sahabat semua pun turut terkesan dan terkena tempias aura positif tu. Memang seronok.

3) Penyokong Yang Hebat

Ni yang paling terbaik. Mereka ni tak pernah jemu atau serik untuk saling sokong menyokong dalam perkara yang baik-baik. Dek kerana dikelilingi yang baik-baik, kita pun terikut sekali. Sentiasa berusaha memperbaiki amalan dan berusaha untuk jadi lebih berjaya.

Kan bagus macam tu. Bersilaturrahim dalam kebaikan. InshaAllah bukan saja beroleh kejayaan di dunia tapi juga di akhirat. Aamiin.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab. Tapi Aida kupaskan 3 sebab ni dulu. InshaAllah ada rezeki, kita sambung lagi lain kali ya.

Psst baru teringat, Bulan Disember ni, Batch terakhir untuk pendaftaran GSL. Namanya sangat menarik tau, Batch Vellfire. Memang Aida galakkan sangat untuk mereka yang serius nak tingkatkan penjenamaan di FB untuk sertai.

Apa tu GSL? Jom hubungi Aida di 012-7960804. Kita sembang lebih panjang. Jom. 😊








Tuesday, 27 September 2016

3 perbezaan antara Poslaju Prabayar dan Flyer

Teks dan Foto : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Ha info ni mesti para peniaga online terutamanya newbie nak tahu kan.

Ok jom kita semak ciri-cirinya.

1) Harga

Poslaju Prabayar harganya tetap dan sudah termasuk kos pos. Harga terkini ialah RM7 untuk saiz S (berat maksimum 500g) dan Saiz L RM10 (Berat maksimum 1kg)

Flyer pulak lebih murah kerana harga yang dikenakan bergantung pada kuantiti belian kita. Lagi banyak, lagi murah. Ada yang serendah 30 sen sehelai. Flyer juga belum termasuk kos pos. Jadi, semasa kita berurusan di pejabat pos, berat barang yang ingin di pos akan ditimbang dan tambahan kos akan dikenakan.

2) Tarikh Luput

Prabayar mempunyai tarikh luput manakala flyer tidak.

Prabayar biasanya akan diberikan tarikh guna selewatnya akhir bulan bagi setiap bulan. Tapi jangan risau, setakat artikel ni ditulis, pihak pos masih membenarkan penggunaan sampul prabayar tu walaupun sudah melebihi tempoh.

3) Masa Menunggu

Oleh kerana prabayar bermaksud bayar dahulu, maka peniaga online yang nak jimat masa, adalah digalakkan untuk menggunakan sampul prabayar. Sebabnya tak perlu menunggu lama ketika berurusan di pejabat pos.

Berbanding flyer, anda perlu menunggu lebih lama kerana setiap barang perlu ditimbang dan ditentukan harga pos.

Ok semoga bermanfaat.