Teks : Nuraida Mohd Harith
Diperkenalkan oleh : Nur Balqis Qahira
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Kelas ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad untuk belajar membina blog dan fanpage. Masanya yang fleksibel membolehkan kita belajar dalam suasana yang selesa mengikut kesesuaian masa kita.
Terdapat nota-nota yang dilengkapi gambar langkah demi langkah yang mudah dirujuk untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun kita hanya belajar secara online, setiap tugasan kita akan dikawalselia oleh seorang guru. Ini bermakna, tugasan kita itu akan disemak bagi tujuan penambahbaikan.
Dengan yuran hanya sekali seumur hidup, pakej yang ditawarkan adalah amat berbaloi kerana kita akan dibimbing sehingga berjaya.
Antara ilmu yang boleh dipelajari dari kelas ini ialah ilmu pemasaran menggunakan media secara percuma. Antaranya ialah bagaimana untuk membina sebuah blog yang disukai pembaca dan menukarkan pembaca kepada pembeli. Selain dari belajar membina blog, kita juga akan diajar bagaimana untuk membina fanpage dan seterusnya membuat pautan antara blog, fanpage dan juga Facebook.
Antara ilmu baru yang amat menarik untuk dipelajari ialah bagaimana kita
boleh setkan tarikh dan masa untuk entri atau status keluar atau
diterbitkan pada masa yang kita inginkan. Terdapat aplikasi khas untuk
menjadualkan status Facebook. Ini bermakna, walaupun kita jarang dapat
online, status kita masih sentiasa aktif dengan bantuan aplikasi ini.
Aplikasi ini dinamakan sebagai 'Buffer'.
Bagi mereka yang mempunyai minat untuk menjana pendapatan tetapi masih
belum mempunyai produk, terdapat urusniaga online yang boleh dipilih
sebagai produk. Antaranya ialah produk sunnah, buku, ebook, ruang iklan dan juga peluang menjadi pembantu kelas. Antara kelebihan lain ialah ia mempunyai
jaringan bisnes secara online yang terdiri dari jemaah ABDR. Jadi kita
berpeluang untuk berkenalan dengan pengedar dan kenalan baru seterusnya
membuka peluang bisnes yang lebih besar.
Antara topik kegemaran saya ialah tips 40 kata kunci carian di Google.
Ia membolehkan entri yang diterbitkan keluar di muka pertama carian
google. Seandainya kita dapat menguasai tips ini dan entri kita sudah
dapat dicari di muka pertama, ia menunjukkan tanda aras bahawa kita
telah berjaya menguasai penjenamaan diri secara professional.
Alhamdulillah. Walaupun masih baru dalam dunia bisnes, dengan mengikuti kelas ini, saya dapat menjana pendapatan dari rumah dengan membuat pemasaran secara percuma melalui blog, fanpage dan Facebook.
Showing posts with label Tip Terjemahan. Show all posts
Showing posts with label Tip Terjemahan. Show all posts
Saturday, 3 October 2015
Tuesday, 21 April 2015
Entri 6 : Tip Mudah Untuk Terjemahan
Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Nuraida Mohd Harith
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Pagi ini saya ingin kongsikan 3 tip mudah yang boleh dipraktikkan untuk memulakan kerja-kerja penterjemahan.
1) Sediakan kamus
Pastikan kamus sentiasa berada di tempat yang mudah dicari. Supaya apabila perlu menggunakannya, hanya perlu dicapai sahaja. Secara logiknya, ramai yang ada kamus dan ramai yang tahu tip ni. Tapi hasil pemerhatian saya, ramai juga yang kurang berjaya mengamalkan tip ini hanya kerana terlupa kamus letak di mana dan tiada masa ingin mencari. Jadi, mulakan dengan langkah memberikan kamus 'tempat istimewa'. :)
Kelebihan :
2) Guna applikasi Google Translate
Nak cari terjemahan perkataan dengan lebih mudah? Gunakan aplikasi ini. Hanya perlu pilih bahasa dan taip sahaja nama perkataan yang ingin dicari. Secara automatik, perkataan akan keluar. Tapi anda perlu berhati-hati jika ingin terus menggunakan aplikasi seperti ini untuk menyiapkan sebuah ayat yang lengkap. Ini kerana ia lebih sesuai untuk terjemahan perkataan demi perkataan. Jika anda taip ayat yang lengkap, terjemahan yang tertera biasanya kurang tepat dan mempunyai kesalahan tatabahasa.
Kelebihan :
Ini cuma salah satu contoh aplikasi yang boleh membantu anda mendapatkan terjemahan perkataan tanpa menggunakan kamus. Terdapat juga aplikasi lain yang anda boleh gunakan. Sungguh mudah sekarang kan. Segalanya di hujung jari.
3) Rajin Membaca
Tip ini yang paling penting dan paling asas. Mereka yang rajin membaca biasanya lebih mudah untuk menyiapkan kerja penterjemahan dalam masa yang singkat. Ini kerana, aktiviti membaca dapat melatih otak untuk memproses maklumat dengan lebih cepat. Jika terbaca terjemahan di kaca televisyen, mereka dapat 'menangkap' perkataan mana yang sesuai dan yang tidak sesuai digunakan. Jadi, pastikan anda meningkatkan lagi kemahiran dengan menjadikan aktiviti membaca sebagai hobi.
**Tip tambahan
Bagi yang bekerja, anda boleh bawa kamus dari rumah ke pejabat dan letakkan di salah satu sudut meja anda. Alternatif lain, cadangkan syarikat laburkan sedikit untuk beli kamus khas untuk digunakan di pejabat. Bagi yang bawa dari rumah, boleh beramal jariah juga. Setiap kali ada rakan sekerja yang pinjam, anda akan beroleh ganjaran pahala.
Selamat mencuba.
Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini. Moga bermanfaat.

- Perkataan lengkap dengan maksud
- Disertakan contoh cara menggunakan ayat
- Mempunyai alternatif pilihan perkataan
- Agak sukar dibawa kemana-mana
- Risiko ambil masa yang lama
2) Guna applikasi Google Translate
Nak cari terjemahan perkataan dengan lebih mudah? Gunakan aplikasi ini. Hanya perlu pilih bahasa dan taip sahaja nama perkataan yang ingin dicari. Secara automatik, perkataan akan keluar. Tapi anda perlu berhati-hati jika ingin terus menggunakan aplikasi seperti ini untuk menyiapkan sebuah ayat yang lengkap. Ini kerana ia lebih sesuai untuk terjemahan perkataan demi perkataan. Jika anda taip ayat yang lengkap, terjemahan yang tertera biasanya kurang tepat dan mempunyai kesalahan tatabahasa.
Kelebihan :
- Terjemahan tertera dengan mudah
- Boleh digunakan dimana-mana, hanya perlu ada talian internet
- Terhad kepada satu perkataan sahaja
- Risiko kesalahan tatabahasa
Ini cuma salah satu contoh aplikasi yang boleh membantu anda mendapatkan terjemahan perkataan tanpa menggunakan kamus. Terdapat juga aplikasi lain yang anda boleh gunakan. Sungguh mudah sekarang kan. Segalanya di hujung jari.
3) Rajin Membaca
Tip ini yang paling penting dan paling asas. Mereka yang rajin membaca biasanya lebih mudah untuk menyiapkan kerja penterjemahan dalam masa yang singkat. Ini kerana, aktiviti membaca dapat melatih otak untuk memproses maklumat dengan lebih cepat. Jika terbaca terjemahan di kaca televisyen, mereka dapat 'menangkap' perkataan mana yang sesuai dan yang tidak sesuai digunakan. Jadi, pastikan anda meningkatkan lagi kemahiran dengan menjadikan aktiviti membaca sebagai hobi.
**Tip tambahan
Bagi yang bekerja, anda boleh bawa kamus dari rumah ke pejabat dan letakkan di salah satu sudut meja anda. Alternatif lain, cadangkan syarikat laburkan sedikit untuk beli kamus khas untuk digunakan di pejabat. Bagi yang bawa dari rumah, boleh beramal jariah juga. Setiap kali ada rakan sekerja yang pinjam, anda akan beroleh ganjaran pahala.
Selamat mencuba.
Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini. Moga bermanfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)