Foto : Google
Assalamualaikum w.b.t.
Saya percaya, setiap pasangan pengantin dan tuan rumah, sudah pasti menginginkan yang terbaik supaya majlis berjalan dengan lancar.
Saya pernah mempunyai pengalaman terlibat dalam majlis yang berada di dewan dan juga di rumah. Menggunakan kidmat rewang dan juga katering. Setiap pilihan pasti mempunyai pro dan kontranya masing-masing.
Di sini saya kongsikan hasil analisa saya mengapa pilihan ini dibuat.
Majlis 1 : Di dewan
Kelebihan
- Mempunyai kawasan meletak kereta yang lebih luas
- Tidak perlu mengemas dan mengalih barang di rumah
- Tiada risiko kehilangan barang di rumah
- Pelamin dan meja beradab di tempat yang sama
- Masa yang terhad. Lazimnya makanan dan meja dikemas lebih awal bagi tujuan mengosongkan dewan
- Biasanya lebihan makanan atau minuman tidak boleh dibawa balik oleh tuan rumah
- Sekiranya berlaku kerosakan, mungkin perlu dibayar gantirugi
- Perlu pengurusan yang lebih teliti supaya majlis berjalan lancar tanpa ada barang yang tertinggal
- Menggunakan dewan yang masih belum dibuka secara rasmi, caj lebih murah
- Mengambil pakej yang disediakan bersama dewan
- Membuat tempahan awal
- Mengkaji harga bagi mendapatkan caj paling murah
- Mereka yang mempunyai kawasan rumah yang sempit
- Kawasan penempatan yang padat dan boleh mengakibatkan kesesakan
- Pasangan yang merancang untuk menjemput tetamu bagi pihak lelaki dan perempuan dalam 1 majlis yang sama
- Mereka yang suka pada privasi
Kelebihan
- Mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Pastinya kenangan yang istimewa.
- Tidak perlu pergi ke tempat lain
- Masa yang lebih fleksibel untuk mengemas dan bersembang
- Jimat kos menyewa tempat
- Tempat yang sempit mungkin berlaku kesesakan dan tidak cukup tempat untuk tetamu
- Tempat meletak kereta yang terhad dan mungkin tetamu perlu berhenti jauh
- Tuan rumah perlu lebih berhati-hati untuk elak berlaku kes kecurian
- Melibatkan masa dan tenaga yang lebih untuk siap mengemas selepas majlis
- Rumah yang mempunyai ruang meletak kereta berbumbung yang luas dapat mengurangkan penggunaan khemah semasa majlis perkahwinan
- Menggunakan khidmat bantuan dari jiran tetangga untuk kerja rewang
- Membuat pelaburan untuk membeli speaker bersaiz besar yang mempunyai fungsi bluetooth. Hanya perlu memuatturun lagu yang ingin diperdengarkan dan dipasang pada majlis. Boleh jimat kos DJ dan sistem PA
- Mereka yang mempunyai saudara mara yang tinggal berdekatan dan jiran yang terdiri dari mereka yang mempunyai waktu kerja yang fleksibel
- Mensasarkan bajet yang rendah dan majlis kecil-kecilan
- Ingin mengabadikan kenangan di rumah
- Mempunyai lokasi yang sesuai dan tidak menyebabkan kesesakan
Kelebihan
- Tidak perlu menyediakan peralatan memasak, semua diuruskan oleh katering
- Terdapat pelayan yang menguruskan makanan dan minuman dan mengemas meja
- Memberi peluang saudara mara yang datang dari jauh untuk meluangkan masa sepenuhnya untuk bersembang dan menikmati juadah
- Tuan rumah lebih fleksibel untuk melayan tetamu
- Pelbagai pilihan makanan, minuman dan pencuci mulut
- Servis professional menghasilkan kualiti masakan yang sedap, berkualiti dan hiasan yang menarik
- Belanja yang agak tinggi
- Menggunakan khidmat katerer yang dikenali berulang kali, boleh dapat diskaun
- Memilih dalam bentuk pakej
- Mereka yang bekerja dan mempunyai masa yang terhad untuk memasak sendiri
- Mereka yang tidak mempunyai peralatan dan kemahiran yang cukup untuk memasak dalam kuantiti yang besar
- Melibatkan saudara mara yang duduk berjauhan, memerlukan pembantu untuk membuat persiapan ketika majlis berlangsung
Majlis 4 : Khidmat rewang/kendarat
Kelebihan
- Mengeratkan silaturrahim sesama jiran dan sanak saudara
- Melatih sikap kerjasama dan saling membantu antara ahli keluarga
- Menambah kemahiran dalam bidang pengurusan majlis dan bisnes makanan
- Bajet yang kurang kadangkala menyebabkan kualiti masakan kurang memuaskan
- Kadangkala berlaku keracunan makanan akibat kurang dari segi penjagaan kebersihan
- Terlalu ramai pihak yang terlibat menyebabkan berlaku masalah kehilangan peralatan masakan
- Terdapat segelintir ahli kendarat yang memberikan imej kurang baik kepada tetamu dengan banyak berbual kosong dan melepak
- Menggunakan peralatan memasak sendiri
- Membeli dan menyembelih sendiri daging untuk dimasak
- Membeli bahan-bahan masakan dan memasak sendiri
- Menggunakan khidmat rewang atau kendarat yang disediakan oleh AJK kampung atau masjid
- Jiran yang terdiri dari ahli keluarga terdekat, surirumah
- Mempunyai ahli keluarga yang mengusahakan ternakan lembu dan kambing, mempunyai sijil untuk menyembelih binatang ternak
- Mempunyai peralatan yang cukup seperti periuk bersaiz besar, lori dan van untuk membawa peralatan, pisau khas untuk memotong
- Kawasan rumah yang luas untuk sama-sama melakukan aktiviti rewang
- Tinggal berdekatan dan tidak melibatkan ramai saudara yang tinggal berjauhan
- Kemahiran yang cukup, ahli yang memang berkecimpung dalam bidang masakan untuk majlis perkahwinan
Setiap majlis dan setiap keluarga mempunyai latarbelakang yang berbeza. Saya senaraikan 'sesuai untuk' bagi membuka minda kita supaya bersikap lebih terbuka dalam melihat sesuatu situasi. Ini kerana ia sebenarnya bergantung pada keadaan dan kemampuan masing-masing.
Mari kita berlapang dada di majlis perkahwinan. Hormati pemilihan yang dibuat oleh tuan rumah. Cukuplah mendoakan yang terbaik buat pasangan dan ahli keluarganya.
No comments:
Post a Comment