Saturday 3 September 2016

Usah Gadaikan Sihat Untuk Cantik

Teks: Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum semua.

Dah lama sebenarnya nak buat perkongsian tentang ni. Sebabnya risau dengan trend anak muda terutamanya yang terlalu ghairah ingin kelihatan cantik persis model sehingga sanggup membelanjakan duit yang banyak untuk membeli produk dan meletakkan diri dalam risiko yang boleh membahayakan kesihatan.

Tak dinafikan, tak salah untuk kita berusaha menjaga penampilan diri. Cumanya sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk, kita seharusnya mempertimbangkan beberapa perkara. Ini bagi mengelakkan terjadinya sesuatu yang tidak diingini, sekaligus mendatangkan kesan sampingan kepada si pemakai.

Antaranya:

1) Faktor genetik
Semestinya faktor genetik memang mempengaruhi rupa dan bentuk badan seseorang. Kulit cerah atau gelap, badan kurus atau gempal, tinggi atau rendah. Semua itu harus diteliti dahulu dan letakkan target yang rasional, agar tidak kecewa di kemudian hari.

2) Latih diri selidik label
Pilihan terbaik adalah berasaskan bahan semulajadi. Kurangkan atau kalau boleh elakkan produk yang mengandungi 3P iaitu pewarna, perasa dan pengawet. Jika ada nama bahan yang kita rasa sangsi atau tak faham, boleh cuba cari bahan bacaan untuk tahu serba sedikit tentangnya. Atau paling mudah, pilih yang ada pengiktirafan Halal, JAKIM atau diluluskan oleh KKM.

3) Tambah Ilmu
Belajar ilmu petua atau tips kesihatan mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Belajar tanam sayur atau tumbuhan herba di rumah. Jimat pun jimat. Selamat pulak tu. Hihi

Bersyukur apa yang ada. Sederhana itu yang terbaik.

Cantik tak semestinya SIHAT.
Tapi kalau SIHAT, InshaAllah cantik.

InshaAllah. Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment