Sunday 13 December 2015

Raikan Anak Sebagai Terapi Diri

Teks : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Ingat lagi dulu masa awal-awal ikut berpindah ke Terengganu. Bila anak selerakkan permainan, perasaan mudah sangat terusik. Berbagai perasaan ada. Marah, geram, stress, sedih dan pelbagai perasaan negatif. Sampai satu tahap, hanya terbaring dan tak semangat nak buat apa-apa.

Bila fikir-fikir semula, nampak ketidakmatangan dan terlebih emosi di situ. Kemudian bila mengandung anak kedua, fikiran dah mula risau. Alahai anak baru seorang, kelam kabut sudah. Bila anak dah dua, macam mana pula agaknya.

Hihi. Tapi bila anak dah dua ni, ok saja. Tak adalah seteruk yang dirisaukan. Mula-mula saja. Lama-lama ok. Alhamdulillah dah makin boleh sesuaikan diri dan mengawal emosi. Tak dinafikan bukan mudah, tapi semangat masih kuat.

Duduk di perantauan, negeri orang, jauh dari keluarga. Duduk di rumah mertua bersama ipar. Rumah saudara mara belah suami, kakak dan pak saudara, mak saudara, tok, semuanya dekat-dekat saja, sebelah menyebelah saja. Alhamdulillah semakin nampak hikmahnya.

Saya pernah terbaca mengenai cara untuk mengurangkan stress jika anak sepahkan permainan di rumah. Salah satu dari caranya ialah membiarkan dahulu sehingga anak habis bermain atau anak tidur, baru kita kemas. Tapi saya rasa cara ni lebih sesuai jika kita tinggal di rumah sendiri.

Kalau kat rumah mertua buat cara macam ni, alamatnya berbulu lah mata mak mertua tengok. Hihi.

Satu lagi, rasa belas ihsan. Saya pun kadang serba salah juga. Jika mertua tak tegur pun, saya masih rasa hormat pada dia. Jadi mengalah sajalah.

Jadi untuk mengekalkan keharmonian, bagi yang ada anak kecil dan tinggal bersama mertua ni, mungkin boleh cuba tips ni.

1) Sediakan bakul, beg atau kotak untuk isi mainan. Jadi senang nak kutip. Sebelum mertua nampak, kemas dahulu.
2) Jika mertua dah nampak, kemas je depan dia, atau sekurangnya tegur anak depan dia
3) Ajar anak sama-sama simpan permainan selepas main
4) Sebelum masuk tidur atau bangun awal sebelum mertua bangun. Jadi sempat meronda periksa dan kemas sebelum mertua kemas.

Hihi. Konsep mudahnya ialah kita sentiasa usaha kemas dulu sebelum mertua sempat kemas. Tunjukkan yang kita memang nak kemas sendiri dan ajar anak untuk kemas. Tapi kalau nak bagi anak serakkan lama-lama dan nak layan anak main puas-puas, ajak anak sepahkan dalam bilik. Hihi.

Sekarang, saya dah boleh tenang bila tengok bilik bersepah. Tak macam dulu lagi. Sebabnya saya pujuk diri sendiri. Yang penting anak gembira. Anak masih kecil, tak tahu apa. Dia sedang dalam proses belajar. Bermain dan buat sepah tu salah satu dari cara dia belajar. Pepatah yang selalu saya gunakan untuk pujuk hati supaya tak mudah stress,

Rumah sepah boleh dikemas.
Baju kotor boleh dibasuh.
Tapi anak terabai kerana kurang didikan dan kasih sayang, macam mana nak perbaiki?

Persoalan ni lah yang selalu saya tekankan. Sebab saya percaya, jika kita betul-betul tumpukan pada usia awal pembesaran anak-anak, InsyaAllah kesannya kita akan lihat sehingga dia dewasa. Biar berpenat dan bersusah dahulu, InsyaAllah puashati dan gembira di kemudian nanti.

Kalau rasa stress, berhenti kejap, tarik nafas dalam-dalam. Atau minum air dahulu dan beristighfar. Ni lah yang saya selalu buat. InsyaAllah tak mudah stress. Kalau stress pun, sekejap je dah boleh reda.

Raikan anak sebagai terapi diri. Lihat wajah anak ketika dia tidur. Ucap Alhamdulillah diberi peluang menjadi ibu.

Moga bermanfaat.


Friday 11 December 2015

Jadikan Target Sebagai Suatu Doa

Teks : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Salah satu dari ciri penting yang perlu ada untuk seseorang itu diiktiraf sebagai orang yang berjaya adalah mempunyai target. Tidak kira dalam apa jua matlamat yang kita ingin capai. Kita perlu set target sebagai tanda aras untuk kita menilai kembali tahap manakah kejayaan kita.

Walaubagaimanapun, set target sahaja tidak mencukupi. Beberapa langkah perlu diambil agar target itu menjadi keutamaan dalam rutin seharian kita.

Antaranya ialah memastikan target itu ditulis dengan spesifik dan jelas. Ini bagi memastikan agar matlamat dapat dilihat dengan lebih jelas agar perancangan yang lebih teliti dapat dirangka dan disusun. Selain itu, ia juga berfungsi membantu sebagai 'Reminder' dan mengingatkan kita agar tidak tersasar dari target yang ingin dicapai.

Sebagai contoh, target saya dalam penyusuan anak kedua ini ialah berjaya menyusukannya sepenuhnya dengan susu ibu sehingga sekurangnya berumur 2 tahun. Ini adalah misi saya dalam penyusuan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa target kecil yang saya senaraikan bagi mencapai misi tersebut seperti berikut:

1) Berjaya menghasilkan susu ibu sejak akhir kehamilan lagi - Tercapai
2) Berjaya menyusukan bayi seawal 1 jam pertama selepas kelahiran - Tercapai

3) Berjaya menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu selama 44 hari berpantang - Tercapai
4) Berjaya menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu sehingga bayi berumur 3 bulan dan berat bayi mencecah 6kg - Tercapai

Target seterusnya ialah berjaya menyusukan bayi sehingga berumur 6 bulan dengan susu ibu sepenuhnya

Alhamdulillah. Target-target kecil ini lah yang menjadi pembakar semangat untuk saya terus berjaya dalam penyusuan. Raikan kejayaan yang kecil. InsyaAllah kejayaan yang besar akan jadi lebih mudah.

Satu lagi target saya yang utama pada masa ini ialah target untuk berjaya menjana pendapatan hanya dari rumah.

Pakar menyarankan agar kita memulis dan meletakkan target kita di tempat yang jelas dan mudah dilihat setiap hari. Sebagai contoh, kita boleh menampalnya di dinding bilik, di atas meja kerja, di peti ais dan juga di papan putih/hijau di rumah.

Secara ringkasnya, di mana sahaja yang dapat membantu kita agar sentiasa terbaca dan ingat pada target kita.

Pilihan saya ialah menulis target dan menyimpannya di telefon bimbit. Saya jadikan target saya sebagai 'Wallpaper' di telefon saya. Sebabnya saya memang sering melihat telefon setiap hari. Selain itu, saya juga rasakan yang ianya lebih sesuai bagi saya bagi menjaga privasi. Maklumlah tinggal di rumah mertua. Segan pula jika mertua atau ipar terbaca target saya itu. Hihi.

Jadi setiap kali saya melihat telefon, saya akan baca semula target secara tidak langsung. Setiap hari baca dan tekadkan dalam diri untuk capai azam tu. Bila hari-hari sebut, hari-hari baca, ia seakan menjadi satu doa.

InsyaAllah siapa yang berusaha, dia akan berjaya. Moga Allah makbulkan usaha ini.

Jadi pembaca yang nak cuba, bolehlah cuba tips ni ya. Catat dan setkan sebagai wallpaper. Saya doakan moga pembaca yang sedang baca penulisan saya ini juga berjaya mencapai target yang diimpikan. Aamiin.

Moga bermanfaat dan jumpa lagi.

Nak cari baju menyusu jenis selak yang sopan, mudah dipakai dan selesa pada harga jimat?
Sekarang tengah ada promosi Year End Sale,
Jemput ke Page FB : Baju Muslimah Menyusu atau Whatsapp 012-7960804

Friday 20 November 2015

Koleksi Doa dan Zikir Untuk Banyakkan Susu

Teks : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Entri kali ini, saya kongsikan koleksi doa dan zikir untuk banyakkan susu. Koleksi ini dipetik dari pelbagai sumber dari carian google.

Saya terpanggil untuk kumpulkan koleksi ini kerana saya pernah mengalami kegagalan dalam perjalanan penyusuan anak pertama. Sebab utama adalah kurang ilmu dan persediaan.

Kenapa saya kata begitu? Kerana saya tak tahu pun wujudnya beberapa doa dan zikir yang boleh diamalkan ketika menyusukan bayi. Jadi saya harap koleksi ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk lebih bersemangat menyusukan bayi.

Tak mengapa jika perjalanan penyusuan kita kurang lancar. Yang penting jangan patah semangat atau berputus asa. Kita usahakan. Moga-moga Allah memberkati usaha kita dan makbulkan doa kita. Aamiin.







Nak cari baju muslimah yang mesra penyusuan, jenis selak pada harga jimat?
Jemput ke page FB: Baju Muslimah Menyusu

Thursday 19 November 2015

Hebatnya Aura Emas Powergold

Teks dan Foto : Nuraida Mohd Harith


Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya dah siap pun bisnes kad saya. :)

Di awal-awal pengenalan bisnes ni, memang ramai yang akan tertanya-tanya. Ok ke Powergold ni. Antara sebab utama yang mereka risaukan ialah tentang ketulenan emas dan juga sistem MLM.

Untuk permulaan, biar saya perkenalkan pembekal emas atau pengilang emas untuk Powergold. Produk Powergold adalah dari syarikat Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (AGCSB).

Serba sedikit kaitan antara Powergold dan kilang AGCSB ini.

Kilang AGCSB telah ditubuhkan dan bertapak di Pulau Pinang 15 tahun lalu. Kilang AGCSB dah jadi pembekal barang kemas kepada banyak kedai emas sekitar Pulau Pinang dan Kedah. Pada 1/7/2013, Powergold pula ditubuhkan sebagai syarikat pemasaran sah kepada AGCSB. Kedua-dua syarikat ini adalah syarikat Bumiputera.

Antara pelanggan tetap emas dari keluaran Amethyst ini ialah kedai emas terkenal Poh Kong.

Tak perlu risau ya. Emas keluaran Ametyhst ini diperakui tulen. Ada Certicate dan Serial no. Ia diterima untuk dipajak tanpa perlu ditanggalkan seal. Jadi memang terbukti tulen. Selain itu, ia juga diterima untuk dipajak gadai di Ar-Rahnu.

Saya boleh selitkan beberapa contoh testimoni sebagai bukti. Tapi cadangan saya adalah lebih baik jika anda sendiri memilikinya dan membawanya untuk diuji di kedai emas atau Ar-Rahnu. Dengan cara begitu, saya yakin anda akan dapat lebih banyak kelebihan. Antaranya ialah dapat melihat sendiri secara langsung cara emas diuji, peralatan yang digunakan dan memahami prosedur yang terlibat. Pasti lebih puas hati, dapat tengok depan mata dan tambah ilmu. :)

Sebab yang kedua pula ialah mereka risau jika terlibat dengan syarikat MLM dan dikecewakan. Maklumlah, sejak akhir-akhir ini, pelbagai syarikat MLM muncul bak cendawan tumbuh. Lihat saja iklan di FB, pelbagai nama syarikat ada.

Kerana risau, pernah ada seorang ini mengatakan pada saya. "Tak payah la sertai Powergold ni. Nanti tak dapat apa-apa. Membazir masa saja. Ramai yang bagitahu macam tu".

Terus terang saya katakan. Saya tak rasa marah malah simpati dengan mereka. Soalan pertama yang buat saya tertanya-tanya adalah niatnya semasa sertai syarikat Powergold ni.

Sebab bagi saya, niat tu yang paling penting. Apa niat kita, itu lah yang kita akan dapat. Niat juga yang akan menentukan sama ada apa yang kita buat itu akan dikira sebagai untung atau membazir.

Kenapa saya kata begitu?

Sebab saya bukanlah jenis yang suka mencuba-cuba tanpa usul periksa. Sebelum saya mengambil keputusan untuk menyertai sesuatu, saya akan selidik dahulu, bertanya apa-apa soalan yang saya belum jelas. Niat utama saya untuk sertai syarikat Powergold ni ialah untuk menjadi celik emas. Saya nak jadi seorang penyimpan emas di samping belajar dan tambah ilmu mengenai logam paling berharga ini. Logam istimewa yang turut disebutkan di dalam Al-Quran. Saya percaya, setiap benda yang ada disebutkan dalam Al-Quran, pasti ada kelebihan.

Apabila saya sudah sertai, saya dapat rasakan kemanisannya dan auranya yang tersendiri. Semakin lama semakin suka dan rasa berbaloi. Saya bukan saja didedahkan dengan ilmu mengenai emas, saya juga mendapat kekuatan dalaman. Majoriti ahli di Powergold mempunyai beberapa ciri dan personaliti yang menarik yang sesuai dengan jiwa saya yang sukakan ketenangan. Tak percaya? Cuba tengok kualiti yang ada pada mereka ni.

1) Motivasi untuk berjaya yang tinggi- pernah menghadiri kursus anjuran Dr Azizan Osman
2) Suka mengkaji - sebelum sertai powergold, membuat perbandingan dahulu
3) Disiplin dalam simpanan - impian untuk ada aset secara tunai
4) Menitikberatkan hukum agama - ilmu pemasaran bisnes disertai redha Allah
5) Personaliti yang positif - ada perkongsian yang memberikan inspirasi
6) Gemar membantu - perkongsian ilmu dan pengalaman mentor dari kalangan tokey kedai emas

Ni antara sebahagian kualiti yang membuatkan saya rasa selesa. Tiada kuantiti minimum belian untuk setiap bulan. Tiada paksaan untuk mencari ahli. Semuanya dilakukan dengan santai, tanpa tekanan.

Memang berbeza dengan MLM. Target utama kami bukan menggandakan wang. Bukan duduk goyang kaki tunggu duit masuk setiap bulan. Tiada juga 'Upline' yang sering bertanya dan memeriksa jumlah jualan sama ada capai target atau tidak. Powergold ada produk sendiri. Produk emas yang dibeli dan dipegang sendiri. Bukan perjanjian di atas kertas. Bukan diserahkan pada pihak bank untuk dicagar atau dilaburkan. Urusniaganya jelas.

Yang paling penting, saya semakin nampak, apa itu yang dimaksudkan sebagai inflasi, apa kepentingan menyimpan dalam bentuk emas fizikal. Saya semakin celik untuk mengetahui emas yang bagaimana yang paling baik untuk disimpan dan bagaimana untuk elak dari ditipu semasa jualbeli emas. Dan saya baru sedar, kita sudah banyak ketinggalan. Bangsa lain sudah lama menyimpan emas dan menggunakan hasil simpanan emas untuk membeli rumah, kereta, perkahwinan, pelajaran secara tunai!

Semua kelebihan ni membuatkan saya tersedar. Saya juga bertanggungjawab untuk menyedarkan semula masyarakat terutamanya orang kita untuk mula menyimpan emas. Beli aset secara tunai, bebas hutang dan bebas riba'. Itu antara impian saya.

Dulu, emas bersaiz besar. Hanya segelintir sahaja dari orang kita mampu membeli. Tapi sekarang Powergold dan Amethyst bekerjasama membuat inisiatif mengeluarkan emas sekecil 0.5g dan 1 gram yang lebih mampumilik. Lebih kurang RM100-RM200 sahaja.

Sebab itu, saya yakin Powergold antara pilihan terbaik saya. Moga artikel ini memberi manfaat dan memberi gambaran lebih jelas buat pembaca di luar sana.

Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba bantu. :)
Nuraida Mohd Harith
012-7960804
Web : SuriRichGold15

Monday 16 November 2015

Tips Mendapatkan Sokongan Suami Untuk Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Google



Assalamualaikum w.b.t.

Isteri mana yang tak suka kalau perjuangannya untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu disokong kuat oleh suami kan. Tapi apakan daya, tak semua bertuah mempunyai suami yang begitu. Jadi apa yang boleh dilakukan ya? Jom cuba ikuti tips berikut. Mana tahu suami berubah hati kan.

Tips ni hasil dari pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah selepas mengamalkan tips ini, nampak perubahan dari pihak suami. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat di antara tips yang boleh cuba dipraktikkan.

1) Maklumkan pada suami target/matlamat kita dalam penyusuan

Orang lelaki akan lebih mudah faham apabila diberitahu secara terus terang. Jadi apa target kita, apa yang kita nak, apa yang kita harapkan dari pihak dia, semuanya kita beritahu pada suami kita. Jangan mengharapkan suami tahu sendiri jika kita tak maklumkan. Jangan simpan sendiri, nanti kita juga yang rugi. ;)

2) Kongsi ilmu penyusuan

Ada segelintir suami yang memang siap sedia mencari info berkaitan tanpa perlu disuruh. Ada pula jenis yang kurang ambil kisah. Jadi kita ambil peranan lebih sedikit. Apa-apa info yang kita tahu, kita kumpul dan kongsikan pada suami kita. Jika suami bukan jenis minat membaca, kita buat dalam bentuk point penting atau kongsikan dalam bentuk infografik. Pasti dia akan lebih tertarik untuk baca. Hantarkan dalam whatsapp peribadi. Kalau nak tag di Facebook, pastikan info adalah jelas dan tidak mendatangkan aib atau kata sindiran. Ingat ya,biar santai tapi mesejnya sampai. :)

3) Tunjukkan kesungguhan

Buktikan pada suami yang kita memang benar-benar seorang ibu yang tegar. Sanggup buat apa sahaja agar berjaya dalam penyusuan susu ibu ini. Biar dia nampak segala usaha kita. Biar dia tahu yang kita bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Biar dia nampak kita bangun malam untuk menyusukan anak atau mengepam susu dan kita sanggup menahan rasa untuk menikmati makanan atau minuman kegemaran semata-mata nak jaga agar anak tidak terkena alahan atau sakit perut. Jika dia ada belikan makanan atau minuman untuk kita dalam usaha membanyakkan susu ibu, pastikan habis dan tidak membazir.

4) Maklumkan kelebihan

Ada segelintir suami menjadi kurang ambil kisah kerana masih tidak jelas dengan kelebihan penyusuan susu ibu. Mungkin dia kurang pendedahan atau tiada pengalaman dari ahli keluarga yang berjaya menyusukan dengan susu ibu sepenuhnya. Jadi kita mainkan peranan sebaik mungkin. Biasanya wanita mempunyai kelebihan dari segi sikap teliti dan lebih prihatin. Kita usaha lebih sedikit, beri pendedahan, jelaskan pada suami kelebihan yang akan diperolehi jika berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Bukan sahaja anak membesar dengan sihat, 'bonding' dengan keluarga akan jadi lebih rapat, dan dapat jimatkan perbelanjaan untuk membeli susu formula. Sebab terakhir tu pasti akan menarik perhatian dia. Hihi

5) Libatkan suami

Apabila kita perlukan makanan yang boleh membantu membanyakkan susu, kita maklumkan pada suami. Bila ada makanan atau minuman yang kita perlu elakkan, juga kita maklumkan pada suami. Bila pergi pemeriksaan berat anak di klinik, berat anak naik dengan cantik, kita kongsikan pada suami. Kalau ada terjumpa video mengenai urutan yang membantu melancarkan pengeluaran susu ibu, kita tunjukkan pada suami. Apa-apa sahaja ilmu atau aktiviti yang boleh membantu, kita libatkan sekali suami. Biar dia sedar bahawa kita memang memerlukan dan menghargai sokongan dari suami.

6) Doa agar dilembutkan hati

Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya. Sebagai salah satu usaha, kita mohon moga hati suami kita menjadi lembut, mudah untuk membantu kita, menyokong usaha kita agar target dan matlamat kita dalam menjayakan penyusuan susu ibu tercapai dan berjalan dengan lancar.

Moga tips ini bermanfaat.

Untuk mendapatkan baju muslimah menyusu jenis selak pada harga murah, boleh hubungi saya seperti di bawah.

Nuraida Mohd Harith
SMS/Whatapp : 012-7960804
FB Page :  Baju Muslimah Menyusu

Wednesday 28 October 2015

6 Tips Untuk Uji Emas Anda

Teks : Nuraida Mohd Harith 

Menyimpan emas adalah salah satu alternatif yang baik untuk kita menyimpan aset dengan kos yang minima bagi keuntungan jangkamasa panjang.

Oleh itu, adalah amat penting bagi para penyimpan emas untuk ambil tahu tentang tip-tip berkaitan emas agar tidak mudah tertipu atau mengalami kerugian.

Untuk perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan beberapa tip untuk menguji sama ada emas itu palsu atau tidak.

1) Gunakan magnet

Emas tidak melekat pada magnet. Jika melekat itu bukan emas.Tetapi magnet yang digunakan bukan magnet biasa. Ia magnet khas untuk uji emas. Ia mampu menarik beban sehingga melebihi 2kg. Magnet biasa tidak berkesan bagi tujuan ini.

2) Uji bau 

Emas tiada bau. Gosok pada seluar jeans jika emas ia tiada bau. Jika ada bau seakan bau besi atau bau logam lain itu bukan emas.

3) Lihat cop

Emas berbentuk barang kemas lazimnya mempunyai cop mngikut gred emas. Namun ada juga barang kemas emas yang tiada cop tetapi emas tulen.
Kadang yang ada cop pun boleh jadi emas palsu.

4) Gores emas

Jika timbul warna lain pada bahagian yg digores kemungkinan itu bukan emas. Cara ini boleh mencacatkan emas itu kerana kesan goresan.

5) Gigit emas.

Emas logam yg lembut. Gigit dengan tekanan perlahan akan meninggalkan bekas. Cara ini juga boleh mencacatkan sedikit emas terbabit.

6) Bawa ke Ar-Rahnu atau Kedai Emas 

Cara terbaik dan paling tepat untuk menguji emas anda, bawa ke Ar-Rahnu atau kedai emas dan mintalah kakitangan disitu uji ketulenan emas anda. Tiada bayaran dikenakan.

Sumber : Nota Powergold

Sekian perkongsian untuk kali ini.
Moga Bermanfaat.

Nuraida Mohd Harith
012-7960804
Agen Sah Powergold 

Friday 23 October 2015

Jom Belajar Tentang Dinar Emas

Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Powergold.biz

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat.

Hari ni nak kongsi lagi tentang ilmu berkaitan emas. Jemput baca ya.

🌼DINAR ADALAH UNIT TIMBANGAN🌼
*********************************

Dinar Emas
******************

📌Masyarakat sering mengungkap perkataan dinar dan hanya mengetahui ianya adalah suatu emas. Malangnya mereka kurang memahami secara terperinci apakah itu dinar. Entri kali ini akan kami kongsikan mengenai dinar yang di keluarkan oleh syarikat yang menjual emas dinar.

📋Dinar unit ukuran bagi berat?
***************************

📌Didalam fizik menyatakan berat adalah suatu kuantiti skala yang mana ia hanya mempunyai magnitud sahaja dan tidak mempunyai arah pergerakan magnitude tersebut. Lazimnya unit berat yang sering kita dengar adalah gram, kilogram bagi sistem metrik atau ounce(oz),pound(lb) dan slug bagi sistem imperial (british system).

📌Begitu juga dengan dinar, ia melambangkan suatu kadar kuantiti berat yang tetap bagi logam emas. Apabila kita ada 1 syiling Dinar, bermakna kita mempunyai emas seberat 1 dinar. Tetapi berapakah berat 1 Dinar di dalam unit gram? Kita sukar membayangkan berapa banyak 1 Dinar itu sehinggalah kita tahu kesetaraan 1 Dinar dalam unit gram.

✒4.25 gram
**********

📌Dinar adalah berbentuk syiling atau coin yang di perbuat daripada emas. Berat bagi 1 syiling Dinar adalah 4.25gram. Maka dengan mengetahui berat tersebut dapatlah kita bayangkan berapa nilai syiling 1 Dinar dalam matawang Malaysia (atau matawang dunia umumnya).

10sen, 20sen, 50sen
******************

📌Seperti duit syiling Malaysia yang bernilai 10sen, 20 sen dan 50sen, syiling dinar juga ditempa dalam pelbagai nilai pada masa kini. Kebanyakannya emas dinar yang dijual di pasaran adalah dalam nilai 1 dan 2.

Variasi Dinar yang terdapat di pasaran

🔮Kualiti Dinar
************

📌Harus di ingat, terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan dinar emas yang berlainan kualiti emasnya. Nilai Dinar emas yang tinggi adalah dinar yang mempunyai kualiti yang tinggi. Antara kualiti emas yang berada di pasaran adalah 999.9, 916 dan lain-lain. Nombor-nombor ini menunjukkan peratusan kandungan emas yang terkandung dalam syiling dinar. Lagi tinggi peratusannya, lebih mahal nilai syiling dinar tersebut. Di ringkaskan 1 Dinar emas (999.9) lebih tinggi nilai harganya berbanding dengan 1 Dinar (916).

Monday 12 October 2015

8 Sebab Mengapa Anda Patut Cuba Aplikasi Telegram

Teks : Nuraida Mohd Harith


Dulu, ramai rakan bisnes yang memilih aplikasi WhatsApp untuk menubuhkan kumpulan sokongan bagi berbincang atau mendapatkan maklumbalas terkini.

Terbaru, aplikasi baru yang dinamakan sebagai 'Telegram' dilihat telah mendominasi sebagai pesaing hebat bagi applikasi WhatsApp.

Aplikasi percuma ini disifatkan lebih praktikal.

Jom kita lihat beberapa kelebihan menggunakan Telegram.

1. Boleh muat turun fail yang lebih besar

2. Foto yang kita muat turun tak perlu disimpan di dalam telefon. Ia disimpan di server Telegram, jadi tiada masalah memori cepat penuh seperti yang biasa dihadapi di Whatsapp walaupun kita selalu kosongkan memori (tapi masih ada problem telefon 'hang' bila terlalu byk mesej dan foto.

3. Telegram juga boleh digunakan di komputer. Maksudnya masih boleh online di komputer dan kurang masalah berbanding laman sesawang Whatsapp.

4. Boleh 'search' untuk rujuk apa-apa topik lama. Contohnya topik 'montessori', cuma taip sahaja montessori di ruangan 'search' di Telegram. Akan keluar 'conversation' lama.

5. Boleh guna hashtag. Contoh, kalau guna hashtag #montessori. Bila klik hashtag tu, akan keluar semua perbualan lama.

6. Mesej-mesej lama semua boleh dilihat semula. Ini tiada di apps Whatsapp kerana jumlah conversation history agak terhad.

7. Maksimum ahli yang boleh disertai di grup di Telegram juga lebih ramai. Jumlah ahli maksimum di Telegram ialah 200 orang berbanding di WhatsApp ialah 100 orang.

8. Kita juga boleh membalas mesej secara individu bagi setiap mesej di dalam Telegram seperti dalam gambar di bawah ni.





Moga bermanfaat :)

Kredit : Ainini Zainal

Sunday 11 October 2015

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Emas Fizikal

Teks : Nuraida Mohd Harith

Perkongsian berkaitan emas saya mulakan dengan mengenali apa itu emas fizikal.

APA ITU EMAS FIZIKAL?

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kpd 3 kategori iaitu;
💡Syiling emas
💡Jongkong emas
💡Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ni, syiling emas dan jongkong emas sahaja yang boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Sebab, syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus utk tujuan pelaburan.

Barang kemas pula bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu, susut nilai (spread) bagi barang kemas adalah tinggi (25% - 40%).

Moga bermanfaat utk semua.

Untuk entri seterusnya, InsyaAllah saya akan kongsikan jenis-jenis emas serta kandungannya. Untuk peminat setia emas, nantikan ya.

Tuesday 6 October 2015

Emas oh Emas

Teks : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Dulu kalau cakap pasal emas, mesti terbayang tentang barang kemas yang di perbuat dari emas. Wanita dan barang kemas kan tak dapat dipisahkan. Yang kata kurang minat pakai barang kemas pun, paling kurang mesti ada cincin atau anting-anting emas. Betul tak? Berapa % ketulenan emas tu belakang kira. Janji ada unsur emas.

Kalau sembang jongkong emas pulak, terbayang jongkong besar, bilik rahsia dan peti besi. Ala macam dalam filem kat tv tu. Tak ambil kisah sangat pasal emas dalam bentuk jongkong ni. Ya la. Nak buat apa. Benda tak boleh dipakai. Lagipun mahal. Kalau ada pun, saiznya besar, susah nak simpan.

Tapi sejak nilai matawang jadi makin rendah nilainya, minda dah mula terbuka untuk kaji lebih mendalam tentang logam berharga ni. Risau jugak kan.

Selain dari menyimpan dalam bentuk wang, perlu juga simpanan dalam bentuk aset kan. Tapi aset apa. Nak kumpul aset tanah atau rumah, masih belum mampu.

Satu hari terbaca perkongsian dari sorang kawan ni. Banyak yang dia kongsikan tentang kelebihan emas. Bagaimana dengan ilmu yang betul, kita bukan sahaja boleh membuat simpanan emas, ia juga boleh menjadi aset berharga kerana sifatnya yang kalis inflasi.

Sejak hari tu, berazam pada diri sendiri. Saya nak tambah ilmu mengenai emas. Ilmu yang ada nanti, saya akan cuba kongsikan kat sini untuk manfaat bersama. InsyaAllah

Saturday 3 October 2015

Ulasan : Kelas Asas Blog bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks : Nuraida Mohd Harith

Diperkenalkan oleh : Nur Balqis Qahira
Guru Online : Anys Idayu Zakaria

Kelas ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad untuk belajar membina blog  dan fanpage. Masanya yang fleksibel membolehkan kita belajar dalam suasana yang selesa mengikut kesesuaian masa kita.

Terdapat nota-nota yang dilengkapi gambar langkah demi langkah yang mudah dirujuk untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun kita hanya belajar secara online, setiap tugasan kita akan dikawalselia oleh seorang guru. Ini bermakna, tugasan kita itu akan disemak bagi tujuan penambahbaikan.

Dengan yuran hanya sekali seumur hidup, pakej yang ditawarkan adalah amat berbaloi kerana kita akan dibimbing sehingga berjaya.

Antara ilmu yang boleh dipelajari dari kelas ini ialah ilmu pemasaran menggunakan media secara percuma. Antaranya ialah bagaimana untuk membina sebuah blog yang disukai pembaca dan menukarkan pembaca kepada pembeli. Selain dari belajar membina blog, kita juga akan diajar bagaimana untuk membina fanpage dan seterusnya membuat pautan antara blog, fanpage dan juga Facebook.

Antara ilmu baru yang amat menarik untuk dipelajari ialah bagaimana kita boleh setkan tarikh dan masa untuk entri atau status keluar atau diterbitkan pada masa yang kita inginkan. Terdapat aplikasi khas untuk menjadualkan status Facebook. Ini bermakna, walaupun kita jarang dapat online, status kita masih sentiasa aktif dengan bantuan aplikasi ini. Aplikasi ini dinamakan sebagai 'Buffer'.

Bagi mereka yang mempunyai minat untuk menjana pendapatan tetapi masih belum mempunyai produk, terdapat urusniaga online yang boleh dipilih sebagai produk. Antaranya ialah produk sunnah, buku, ebook, ruang iklan dan juga peluang menjadi pembantu kelas. Antara kelebihan lain ialah ia mempunyai jaringan bisnes secara online yang terdiri dari jemaah ABDR. Jadi kita berpeluang untuk berkenalan dengan pengedar dan kenalan baru seterusnya membuka peluang bisnes yang lebih besar.

Antara topik kegemaran saya ialah tips 40 kata kunci carian di Google. Ia membolehkan entri yang diterbitkan keluar di muka pertama carian google. Seandainya kita dapat menguasai tips ini dan entri kita sudah dapat dicari di muka pertama, ia menunjukkan tanda aras bahawa kita telah berjaya menguasai penjenamaan diri secara professional.

Alhamdulillah. Walaupun masih baru dalam dunia bisnes, dengan mengikuti kelas ini, saya dapat menjana pendapatan dari rumah dengan membuat pemasaran secara percuma melalui blog, fanpage dan Facebook.
















































Friday 2 October 2015

Ulasan : Ebook Belajar Asas Blog

Teks : Nuraida Mohd Harith

Ebook ini sangat sesuai dijadikan sebagai langkah permulaan bagi memasuki dunia blog. Ia berfungsi sebagai nota yang menerangkan pembelajaran dari segi teori bagi mempelajari asas membina sebuah blog. Ebook ini menekankan perkara penting yang harus diketahui bagi membina penjenamaan diri melalui blog.

Sebelum penjenamaan diri dapat dibina, beberapa maklumat penting diperlukan bagi membuat analisa. Antaranya ialah latarbelakang akademik, pengalaman dan kemahiran. Menerusi soalan analisa yang disenaraikan, pembaca diajak berfikir, mengenal dan menilai kelebihan yang ada pada diri bagi menonjolkan kemahiran yang ada dan menumpukan matlamat yang ingin dicapai.
Antara intipati penting yang ditekankan adalah pentingnya menggunakan nama penuh bagi email, blog dan facebook. Ia akan memberi impak penjenamaan yang lebih profesional.

Selain itu, Ebook ini juga mengupas tentang ciri-ciri blog yang disukai pembaca. Antaranya ialah blog mesti mempunyai fokus, konsisten dengan penulisan, santai dalam penyusunan perkataan, menjaga tips penulisan yang berpengaruh, berinformasi dan mempunyai pembaca sasaran. Ini amat penting supaya kita dapat mengumpul pembaca tetap, seterusnya mendapatkan kepercayaan dari pembaca. Apabila kepercayaan pembaca diperolehi, lebih mudah lagi kita untuk melangkah ke tahap seterusnya yang lebih tinggi iaitu menjana pendapatan melalui blog.

Melalui Ebook ini juga, kita dapat mempelajari gaya tips penulisan yang betul, kepentingan untuk tidak bercampur aduk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mengelakkan dari menggunakan bahasa pasar, kepentingan menggunakan ejaan penuh dan tanda bacaan yang betul serta menjaga tatabahasa asas. Kelebihan ini dapat membantu kita menyediakan blog yang mudah dibaca oleh pembaca, seterusnya membuka peluang untuk menambah bilangan pembaca setia sedia ada.

Ebook ini juga dapat membantu kita menajamkan lagi kemahiran penulisan. Dengan adanya kemahiran dalam bidang penulisan, kita boleh kembangkan lagi dengan memilih salah satu sebagai fokus utama kita sama ada entri penulisan, entri pengiklanan atau menerbitkan Ebook sebagai salah satu dari sumber untuk menjana pendapatan.

Kesimpulannya, Ebook ini merupakan sumber yang baik untuk dirujuk bagi mereka yang ingin belajar asas blog. Harganya yang berpatutan amat berbaloi untuk dijadikan sebagai pelaburan ilmu bagi memantapkan lagi ilmu dalam bidang penulisan dan ilmu menjana pendapatan melalui media secara percuma.

Thursday 1 October 2015

Tidak Hidup Dek Pujian Tidak Mati Dek Kejian

Teks : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Entah kenapa pepatah ini seringkali terngiang-ngiang dalam diri saya setiap kali menerima komen yang agak negatif mengenai diri saya.

Pernah suatu ketika, seorang rakan sekerja lelaki yang baru sahaja menimang cahayamata, memberikan pendapatnya mengenai saya. Katanya apabila saya mengandung dan akan bersalin nanti, pasti saya akan dibedah. Ini kerana saya mempunyai fizikal yang kecil.

Walaupun terasa hati, saya tidak membalas kata-katanya. Cuma berlaku dialog hebat dalam diri samada adakah ia sebuah fakta yang benar.

Sampai di rumah, saya menceritakan hal itu kepada ibu saya untuk mendengar maklumbalas beliau. Ibu ternyata tidak bersetuju dengan pendapat itu. Ibu katakan pada saya agar berdoa yang baik-baik. Lelaki itu bukan tuhan yang boleh tentukan takdir seseorang. Saya berasa lega. Tapi masih ada sedikit perasaan risau di hati.

Sejak hari itu, saya sering mencari maklumat mengenai bagaimana bentuk fizikal wanita mempengaruhi cara wanita itu bersalin.

Pada suatu hari, salah seorang dari rakan lama memuatturun statusnya yang baru sahaja selamat melahirkan anak. Saya berasa sangat teruja apabila terpandang gambar anak nya yang sihat dan comel itu. Tambahan pula fizikalnya juga kurus dan kecil seperti saya.

Perasaan ingin tahu yang meluap membuatkan saya terus menghubunginya. Setelah bertanya khabar dan mengucapkan tahniah, saya terus mengajukan soalan samada dia bersalin normal atau tidak.

Sebaik sahaja dia memaklumkan bahawa dia bersalin secara normal, saya terus mengucapkan syukur. Ternyata memang masih ada harapan. Saya percaya pasti pendapat rakan lelaki tadi itu adalah silap. Saya berasa sangat gembira dan hati berbunga-bunga. Timbul satu semangat baru dalam diri saya.

Sehingga tiba suatu masa, saya mendirikan rumahtangga dan disahkan hamil. Perkara ini masih menjadi hal yang menjadi tanda tanya bagi saya. Ketika membuat pemeriksaan di klinik kesihatan, sekali lagi saya mengajukan soalan kepada jururawat yang bertugas untuk mendapatkan kepastian. Adakah bentuk fizikal seperti saya ini berkemungkinan dibedah untuk melahirkan anak.

Jururawat tersenyum dan menafikan. Katanya saya mempunyai ketinggian yang cukup. Hanya mereka yang mempunyai ketinggian kurang dari 145cm mempunyai risiko untuk dibedah kerana kedudukan rahim yang agak rendah.

Alhamdulillah sekali lagi saya menarik nafas lega.

Walaubagaimanapun saya masih tidak berputus asa. Saya teruskan pembacaan untuk mencari ilmu. Saya ingin buktikan bahawa tanggapannya salah. Saya menjumpai beberapa tips agar mudah bersalin normal. Dari segi pemakanan, teknik pernafasan, urutan sehingga senaman, semuanya saya cuba praktikkan sebaik mungkin agar saya lebih bersedia untuk bersalin normal.

Akhir sekali, saya berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Alhamdulillah kini saya telah pun selamat bergelar ibu kepada dua orang cahayamata. Dan misi saya berjaya. Saya melahirkan anak secara normal untuk kedua-dua anak saya. Terasa satu kepuasan dalam diri kerana terbukti tanggapan rakan lelaki tadi adalah salah.

Bak kata pepatah 'Tidak hidup dek pujian dan tidak mati dek kejian". Hikmah dari kejian itu, saya lebih peka pada ilmu berkaitan kelahiran dan lebih menjaga kesihatan.

Pesan saya pada yang turut mengalami situasi berdepan kejian mengenai fizikal, pedulikan kejian itu. Tidak kira fizikal anda tidak sempurna, apa yang lebih penting adalah anda berada dalam keadaan sihat walafiat.

Jadikan kejian itu sebagai pemangkin untuk anda berjaya. Tukarkan menjadi energi positif dan bersyukur. InsyaAllah pasti anda akan nampak hikmah disebaliknya.

Sekian dahulu perkongsian untuk kali ini. Wassalam.




Wednesday 30 September 2015

Baju Muslimah Menyusu Murah : RM39 SAHAJA

Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Aqeela

Assalamualaikum w.b.t.

Salah satu dari faktor yang memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan sesuatu matlamat ialah membuat persediaan secukupnya.

Sebagai salah seorang ibu yang menyusu, matlamat saya ialah untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Antara persediaan yang saya lakukan bagi memastikan proses penyusuan ini menjadi lebih mudah adalah memakai baju yang mesra penyusuan. Ini kerana, baju ini dapat membantu saya menyusukan bayi dalam keadaan selesa dan aurat masih terjaga walaupun tidak berada di bilik penyusuan.

Seperti wanita lain, keadaan ekonomi yang tidak menentu membuatkan kita membuat perkiraan sebelum membeli sesuatu barang. Jadi antara langkah yang diambil ialah membeli baju menyusu yang murah iaitu membuat pembelian ketika harga sedang promosi. :)

Antara baju menyusu murah yang menjadi pilihan saya adalah baju menyusu keluaran Aqeela. Antara kelebihan baju ini adalah seperti berikut:

  • Bukaan mudah, hanya perlu selak
  • Ada pelapik sebagai nursing cover
  • Kain selesa dan sejuk
  • Mudah jaga, tak perlu gosok
  • Ada poket untuk simpan barang
  • Design menarik
  • Cutting A-shape lindungi bentuk pinggul

Jika kita mempunyai pilihan untuk mendapatkan barang dengan kualiti yang baik pada harga yang lebih rendah, mengapa kita haruskan lepaskan peluang ini. Betul tak?

Jadi, berdasarkan pengalaman menyusukan yang lalu, Alhamdulillah. Ia dapat membantu saya mencapai matlamat saya itu.

Selain itu, saya juga berhasrat untuk membantu ibu-ibu lain untuk sama-sama beroleh manfaat ini.

Bagi yang ingin mendapatkan baju menyusu pada harga murah, jangan segan untuk hubungi saya:

♡ WhatsApp 012-7960904 ♡
Nuraida Mohd Harith

InshaAllah saya akan cuba bantu anda membuat pilihan desain baju menyusu murah yang sesuai untuk anda.





Friday 25 September 2015

Salam AidilAdha : Kembali berblogging

Teks : Nuraida Binti Mohd Harith
Foto : Google


Assalamualaikum w.b.t.

Salam AidilAdha buat semua pembaca.

Wah lama sungguh menyepikan diri dari menulis di blog. Bukan merajuk. Tapi lebih kepada memberi diri ini ruang untuk bertenang. Saspennya. Tempoh bertenang dari apa tu. Hehe. Tempoh bertenang untuk membuat persiapan menyambut kelahiran cahayamata yang kedua. :)

Alhamdulillah saya telah pun selamat melahirkan cahayamata yang kedua pada 8 Ogos lepas.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa lama sangat tempoh bertenang tu. Sebabnya saya perlu membuat persediaan secukupnya dari awal kerana saya akan menghadapi saat genting dalam hidup sebagai seorang ibu di tempat yang agak asing bagi saya. Amboi ayat! Haha.

Sungguhpun ini pengalaman buat kali yang kedua, tetapi pengalamannya agak berbeza. InshaAllah saya akan cuba coretkan pengalaman ini satu persatu.

Ketika coretan ini ditulis, saya telah pun selesai 44 hari berpantang. Untuk anak kedua ini, saya berpantang di rumah mertua saya di Terengganu. Rutin berpantang di Johor dan Terengganu agak berbeza. Terdapat juga persamaan seperti mandi daun serum atau mandi herba, bertungku, berbarut dan berurut. Tapi yang paling asing bagi saya ialah rutin 'bersandar' atau 'menyalai'.

Walaupun beberapa rutin pernah saya lakukan ketika berpantang anak sulung sebelum ini, tetapi kali ini saya berpantang dalam suasana yang berbeza. Saya berpantang jauh dari keluarga di Johor dan berpantang di rumah mertua di Terengganu. Ini bermakna, ketika dalam pantang kali ini, selain suami, ibu mertua dan kakak ipar lah yang akan membantu apabila saya memerlukan apa-apa pertolongan. Oh segannya. Itulah yang paling mendebarkan bagi saya. Tu yang kena buat persiapan lebih sikit dari sebelum ni. Hehe

Saya sebenarnya masih belum berkesempatan untuk melihat sendiri wanita berpantang melakukan rutin menyalai. Ini kerana keluarga belah mertua saya sudah tidak mempraktikkan lagi rutin ini.

Walaubagaimanapun, saya difahamkan situasinya adalah lebih kurang begini. Bayangkan katil 'single' yang mempunyai rangka yang diperbuat dari kayu. Permukaan untuk berbaring terdiri dari kayu yang disusun mempunyai jarak atau ruang di antara satu sama lain. Api diletakkan di bawahnya untuk mengeluarkan haba panas. Pada waktu awal pagi sekitar 5pagi, wanita berpantang akan berbaring di katil itu. Pada zaman moden kini, alternatifnya ialah melakukan sauna di SPA. :)

Saya sempat berbual dengan salah seorang yang pernah melakukan rutin menyalai ini. Dari maklumbalas beliau, aktiviti menyalai akan membuatkan wanita berpantang berpeluh. Manfaatnya ialah badan akan terasa segar dan ringan.

Saya percaya rutin menyalai ketika berpantang ini amat popular di Terengganu. Ini kerana, hampir setiap kali tetamu yang hadir untuk melawat saya dan bayi ketika dalam tempoh berpantang, akan bertanya sama ada saya menyalai atau tidak. Oh tiba-tiba terasa rugi pula terlepas rutin ni.

Tak apalah. Mana tahu ada rezeki lagi selepas ini untuk beroleh cahayamata dan berpantang di sini. Saya akan pertimbangkan untuk buat permintaan istimewa dari suami untuk membina tempat bagi saya menjalankan aktiviti menyalai ini. :)

Saya rasa rutin menyalai ini agak menarik juga untuk dikupas. Kerana ia merupakan rutin berpantang tradisional yang masih dipraktikkan di kampung. Mungkin saya akan membuat sedikit kajian mengenai aktiviti ini dan membuat satu entri khas mengenainya pada masa akan datang. InshaAllah.

Ok sekian dahulu perkongsian untuk kali ini.

Salam Aidiladha buat semua pembaca.


Wednesday 3 June 2015

Entri 44 : Bergurau Dengan Anak - Lebih Kerap Ketawa Atau Menangis?

Teks : Nuraida Mohd Hadith

Assalamualaikum w.b.t.

Salah satu dari cita-cita saya dalam mendidik anak sendiri adalah menjadikan dia seorang anak yang gembira. 'Happy Baby' itulah yang sering saya pegang.

Saya percaya untuk mencapai cita-cita itu, saya perlu mulakan dari awal. Ini kerana 2 tahun terawal dalam hidup seorang anak itu akan mempengaruhi perkembangannya ketika dewasa. Ini kerana ketika umurnya yang masih kecil inilah, sel-sel otaknya sedang berkembang dengan pesat. Salah satu perkembangan yang penting adalah dari segi perkembangan emosi.

Anak yang dibesarkan dalam suasana gembira dan penuh kasih sayang lazimnya akan menghasilkan seorang dewasa yang mempunyai sikap yang positif seperti penyayang, berbudi bahasa, yakin diri dan hormat pada orang lain.

Oleh itu, salah satu faktor yang perlu diberi perhatian terhadap anak ialah cara kita berkomunikasi dan bergurau senda dengan anak.

Ada segelintir orang dewasa yang gemar mengusik atau menyakat anak-anak sebagai salah 1 cara untuk bergurau. Bergurau itu memang tidak salah. Cuma cara bergurau yang betul amat perlu dititikberatkan bagi memastikan gurauan itu tidak menjejaskan emosi anak tersebut.

Saya kurang bersetuju dengan cara mengusik atau menyakat sehingga menbuatkan anak menangis. Ini kerana pada usia yang kecil, anak biasanya masih belum mahir untuk mengawal emosi.

Usikan keterlaluan boleh menyebabkan emosi anak menjadi tidak stabil. Jika dibiarkan berlarutan, dikhuatiri anak itu akan membesar menjadi seorang yang kuat memberontak.

Antara cara bergurau yang perlu dielakkan adalah seperti :

  • Memanggil anak dengan nama yang boleh memalukan atau yang tidak disukai
  • Sengaja merampas barang atau permainan dari anak 
  • Menakutkan anak dengan membawanya dekat kepada benda yang ditakuti 
  • Menakutkan anak dengan meninggalkan anak keseorangan 
  • melakukan aksi yang boleh menimbulkan rasa rimas seperti mencubit pipi, menarik baju dan sebagainya 
Sebaliknya kita boleh memilih cara bergurau yang boleh membuatkan anak berasa teruja dan gembira sehingga ketawa. Antaranya ialah :
  • Bermain sembunyi-sembunyi dan 'cak'
  • Main kejar-kejar 
  • Buat ekspresi muka yang pelbagai 
  • Menggeletek bagi membuatkan anak rasa geli 
  • Mendukung, menghayun, menimang yang tidak keterlaluan 
Anak yang gembira akan lebih mudah belajar dan lebih cepat perkembangannya. 

Jom kita sama-sama cuba praktikkan. 

Entri 43 : Catatan Pengalaman Mangsa Vandalisme

Teks : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Kisah ini berlaku pada sekitar tahun
 2004. Ketika itu saya baru selesai menamatkan pengajian untuk semester ke 2 di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Saya masih ingat lagi ketika membuat persiapan sebelum bercuti. Semua barang-barang yang ingin dibawa balik pulang ke kampung, telah saya asingkan.

Terdapat 1 bilik khas yang disediakan untuk para pelajar menempatkan barang-barang untuk disimpan semasa cuti semester. Jadi seperti biasa, selesai mengemas semua barang-barang, bilik mesti dipastikan berada dalam keadaan kemas dan bersih sebelum dibenarkan 'check out' untuk pulang bercuti.

Di atas meja tulis, saya masih tinggalkan barang-barang seperti kotak tisu, bingkai gambar keluarga, pewangi bilik dan juga sekotak bekas untuk mengisi brooch.

Beberapa helaian pakaian di dalam 'locker', saya kunci kemas dengan menggunakan mangga. Barang-barang lain yang tidak muat disimpan di dalam locker, saya simpan di dalam beg yang bermangga dan juga kotak yang disalotip kemas. Saya meninggalkan barang-barang itu di sebuah bilik setor khas tanpa rasa curiga kerana itulah yang biasa dilakukan setiap kali pulang bercuti. Sangka saya semuanya dalam keadaan selamat. Kerana bilik itu juga akan dikunci.

Tiba pada pagi pendaftaran untuk semester baru, ketika sampai ke asrama untuk penempatan bilik untuk semester baru, saya dikejutkan dengan bunyi riuh rendah.

Perkara pertama yang saya dapat lihat ialah saya dapat cam kain baju kurung saya telah berada berselerakan bersama baju-baju lain di depan pintu lif. Kelihatan di sana sini pakaian berlonggokan di sana sini.

Tergamam tidak terkata. Saya terus pergi ke bilik setor tempat saya tinggalkan barang-barang semasa cuti semester. Astaghfirullah hala'zim. Suatu pemandangan yang amat mengejutkan. Berbaur perasaan antara terkejut, sedih, buntu dan berbagai lagi.

Pemandangan yang dapat dilihat ketika itu ialah seumpama pemandangan suatu kawasan yang baru ditimpa bencana. Barang-barang bersepah, berlonggokan di mana-mana. Keadaannya sudah tidak sempurna. Ada pakaian yang kotor, ada buku yang koyak, ada barang yang pecah. Semua bercampur menjadi satu longgokan besar. Terdapat pelajar yang sedang mengais-ngais longgokan untuk mencari sisa barang yang boleh diselamatkan. Terdapat pelajar yang menangis.

Sungguh dugaan yang tidak dapat saya lupakan. Apa sebenarnya yang telah terjadi?

Semasa cuti semester itu, terdapat program yang melibatkan pelajar PLKN dan mereka telah diberi peluang untuk menginap dan menggunakan kemudahan di Unversiti. Tujuannya adalah untuk memberi mereka pengalaman agar dapat membangkitkan semangat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh agar berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti.

Tujuan asalnya memang baik. Layanan istimewa diberikan. Kolej yang paling baru disediakan untuk penempatan peserta PLKN. Tapi sayang, peluang yang diberikan tidak dihargai. Malah mereka telah membuat kerosakan pula pada harta benda awam. Di anggarkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak universiti melibatkan jutaan ringgit. Itu belum termasuk kerugian individu dan kesan terhadap emosi pelajar yang terlibat.

Saya yang juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam peristiwa ini masih lagi terasa kesannya sehingga ke hari ini. Ini kerana saya telah kehilangan beberapa dokumen penting yang disimpan dalam 1 fail khas berisi sijil asal dan dokumen perjanjian pinjaman. Selain itu, terdapat juga beberapa buku rujukan yang hilang dan terpaksa dibeli semula. Beg pakaian pemberian ayah saya yang telah dimangga juga telah koyak ditoreh.

Antara kesan kerosakan material yang boleh dilihat adalah seperti buku yang hilang, rosak, koyak. Pakaian yang kotor, hilang, diconteng. Peralatan elektrik yang dicuri. Tilam yang dikoyakkan, dinding yang diconteng, butang lif yang dicungkil, almari yang dipecahkan, kipas yang diketuk sehingga melengkung berbentuk seperti kelopak bunga dan bermacam lagi.

Terdapat juga dinding dan pakaian yang diconteng dengan perkataan tak senonoh dan juga buku yang basah dan berbau hancing. Daripada peristiwa-peristiwa ini, dapat disimpulkan betapa kritikalnya tahap akhlak remaja kita pada hari ini.

Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana terdapat beberapa dokumen penting kepunyaan saya yang masih dapat diselamatkan. Antaranya transkrip semasa diploma, tafsir Al-Quran dan beberapa barangan elektrik.

Dikhabarkan bahawa sebelum peserta PLKN dibenarkan pulang, 1 semakan mengejut telah dilakukan ke atas barang-barang mereka. Hasil semakan mendapati terdapat beberapa pelajar yang cuba mencuri dan menyeludup keluar barang elektrik pelajar uitm.

Begitulah sebahagian dari pengalaman yang sempat saya coretkan di sini. Ia mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan menghargai dokumen penting dan barang berharga. Selain itu, pengalaman mengajar erti insaf di kala diuji dengan kehilangan dan kerosakan harta benda.

Ia juga mengajar sikap sabar dan bekerjasama ketika mengutip, mengasingkan, mengumpul dan membersihkan barang yang masih boleh diselamatkan.

Bak kata pepatah 'Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Kerana beberapa peserta PLKN membuat angkara, kini mereka tidak lagi berpeluang merasai latihan dalam kampus.

Saya doakan moga peserta yang terlibat insaf dan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.




Monday 1 June 2015

Entri 42 : Inspirasi Dari Mama dan Papa Di Kala Berjauhan Dari Keluarga

Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Nuraida Mohd Harith (Koleksi Peribadi)

Assalamualaikum w.b.t.

Walaupun pernah mempunyai pengalaman berjauhan dengan keluarga ketika melanjutkan pelajaran selepas tamat SPM dahulu, pengalaman berada berjauhan dari keluarga kali ini kerana berpindah mengikut suami tetap memberikan pengalaman dan rasa yang berbeza. Saya pasti ramai yang akan mengakui hakikat ini.

Saya berasal dari Johor Bahru. Berpindah ke Kuala Terengganu sejak bulan Julai tahun lepas. Pejam celik hampir setahun bermastautin menjadi penduduk negeri Terengganu Darul Iman ini.

Jika dulu masa masih belajar, setiap kali cuti semester, kita akan berpeluang untuk balik ke kampung dan meluangkan masa bersama keluarga. Selain itu, kita juga sudah mempunyai tarikh yang tetap dan boleh mengira-ngira bila akan tamat belajar dan pulang ke kampung masing-masing.

Berlainan dengan berpindah mengikut suami, ditambah pula dengan jarak perjalanan yang agak jauh, mengambil masa hampir 9 jam masa perjalanan, masa yang dapat diluangkan bersama keluarga di kampung semakin terhad.

Jika dulu, masih bujang, masih belum membabitkan banyak komitmen. Barang yang perlu dikemas dan dibawa pun tak banyak. Bersiap-siap sendiri, beli tiket bas, dan terus boleh bergerak untuk balik ke kampung.

Tapi sekarang, segalanya perlu diatur sebaik mungkin. Perlu mencari masa yang sesuai untuk balik ke kampung. Mujur suami bekerja sendiri, jadi masa boleh dikatakan agak fleksibel juga. Cumanya masih perlu menyusun masa agar dapat menepati target masa yang ditetapkan agar perkhidmatan bersama pelanggan dapat dijaga sebaik mungkin.

Selepas berkahwin dan mempunyai anak, komitmen juga semakin bertambah. Mujur anak masih kecil, jadi masih belum terikat dengan waktu persekolahan. Pun begitu, persediaan yang secukupnya amat penting agar perjalanan dapat diteruskan dengan lancar dan sampai dengan selamat.

Lumrah kehidupan, ada masa kita diuji dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan. Dan ada ketika, kita rasakan bahawa hanya keluarga kita yang paling memahami situasi dan keadaan kita.

Untuk mengembalikan semangat, gambar-gambar kenangan akan dibelek semula. Video lama ditayangkan berulang kali untuk melepaskan rindu. Mujur juga sekarang, ada telefon bimbit, mudah untuk dihubungi pada bila-bila masa. Mendengar suara di telefon, sekadar berborak-borak bertukar cerita dan mengetahui perkembangan pun sudah dapat melegakan hati. Bahagian paling saya suka ialah, setiap kali sebelum meletak telefon, saya akan mendengar pesanan-pesanan yang menyejukkan hati dan menaikkan semangat.

Tetapi ada lagi kenangan yang memberikan nilai sentimental yang tinggi buat diri saya di kala berjauhan dari keluarga. Iaitu gambar sekeluarga ketika hari raya. Sebab itu, setiap kali hari raya, apabila semua ada berkumpul, kami pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama, lengkap tanpa terkecuali walau seorang pun. Walaupun ada giliran untuk balik ke kampung belah mertua, kami pasti akan cuba menetapkan masa untuk berkumpul dan bergambar bersama walaupun bukan pada hari raya pertama.

Gambar keluarga merupakan salah satu pembakar semangat saya juga semasa zaman menjadi pelajar dahulu. Saya akan mencuci sekeping gambar keluarga dan meletakkannya di bingkai dan diletakkan di atas meja belajar. Setiap kali nak belajar, apabila terpandang gambar itu, pasti akan rasa sentiasa bersemangat.

Sebelum saya mengikut suami berpindah ke Kuala Terengganu, saya juga ada membuat persediaan untuk menyediakan sesuatu yang dapat memberikan inspirasi buat saya iaitu nota inspirasi dan doa dari mama dan papa. Inilah yang akan saya bawa ke Terengganu untuk melepaskan rindu pada mereka dan sebagai penaik semangat saya. Kenangan dari mama ialah sebuah buku berisi pelbagai doa untuk rujukan saya. Kenangan dari papa pula ialah sebuah buku hasil tulisan beliau sendiri, buku motivasi dan panduan dalam kehidupan. Saya rasa ia sangat berkesan buat saya. InshaAllah saya juga akan cuba praktikkan untuk anak saya nanti.

Sekian dahulu catatan pengalaman untuk kali ini. Saya akhiri dengan gambar nota inspirasi dan doa yang saya maksudkan. :)





Sunday 31 May 2015

Entri 41 : Tip Penting Agar Mendapat Rezeki Yang Diredhai Allah

Teks : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak kita terdetik di hati mengapa rezeki seakan banyak yang masuk tapi sering juga tak cukup atau tidak tahu pergi ke mana. Atau mungkin beroleh rezeki yang banyak tetapi hati tidak tenang seakan ada sesuatu yang tidak kena. Jika ada, mungkin kita boleh semak dari segi keredhaan dan keberkatan rezeki tersebut.

Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa tip sebagai panduan bagi kita dalam mencari rezeki agar rezeki yang diperolehi mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.

Terdapat 5 syarat yang perlu dipenuhi agar sumber rezeki yang dicari mencapai matlamat untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan diiktiraf sebagai ibadah.

1) Niat untuk mendapat keredhaan Allah

Niat yang baik. Setiap amalan kita akan dinilai bergantung kepada niat. Pastikan walau apa jua tujuan kita mencari rezeki sama ada untuk menyara keluarga atau membantu memakmurkan ummah, ia masih dalam rangka mencapai keredhaan Allah. Kita juga boleh mengamalkan adab-adab untuk mendapatkan hasil yang terbaik seperti berdoa di saat susah dan senang, bersyukur dan bermuhasabah diri.

2) Pastikan kerja mematuhi hukum Allah

Ia merupakan salah satu etika yang penting agar sumber rezeki yang diperolehi adalah halal dan tidak mengandungi sebarang unsur syubhah yang boleh menjejaskan keberkatan rezeki kita. Pastikan rezeki yang diperolehi tidak melibatkan sebarang benda dilarang, riba' dan unsur penipuan.

3) Menjaga akhlak yang mulia

 Pastikan semasa kita melakukan kerja, kita tidak melakukan sebarang perkara yang ditegah oleh Allah seperti rasuah, pecah amanah, mencaci dan apa-apa perkara yang boleh mengakibatkan kerugian. Akhlak yang mulia sangat penting kerana ia dapat menjaga kemuliaan peribadi orang yang melakukannya, menaikkan wibawa serta prestasi syarikat. Akhlak yang mulia dapat menjaga nama baik seorang muslim dan nama baik agama Islam.

4) Prestasi terpuji

Yang dimaksudkan sebagai prestasi terpuji ialah kerja yang teliti, bersungguh-sungguh dan penuh tumpuan. Seorang Muslim yang mempunyai prestasi yang terpuji akan bersikap lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar kerja yang terhasil adalah yang berkualiti dan cemerlang. Sikap ini sangat dituntut dalam Islam agar tidak berlaku pembaziran, kerugian dan juga  agar keselamatan ummah lebih terjamin.

5) Tidak lalai dari ibadah khusus

Walau bagaimana sibuk dan berat pekerjaan kita, kita tetap wajib menjaga ibadah khusus seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan sebagainya. Perlu kita tekadkan dalam hati bahawa, tanggungjawab kita sebagai hamba Allah adalah lebih penting dan perlu diutamakan berbanding yang lain-lain.

Moga dengan mengamalkan tip-tip ini, rezeki kita mendapat keberkatan dan ganjaran kebaikan bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat. Amin. Semoga bermanfaat.

Sumber Asal : Buku 'Halal Living'
Terbitan : Kemilau Publika Sdn Bhd
Penulis : Mohd Harith Mahmud

Saturday 30 May 2015

Entri 40 : Mengapa Saya Pilih Untuk Menjadikan Baju Muslimah Menyusu Sebagai Koleksi

Teks : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Setiap ibu pasti mengimpikan yang terbaik untuk anak. Saya percaya memang terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang ibu itu dalam menempuh perjalanan penyusuan sehingga tempoh 2 tahun.

Antara faktor yang memainkan peranan yang penting dalam membuat persediaan adalah faktor persediaan ilmu penyusuan dan juga aksesori yang membantu memudahkan proses penyusuan.

Untuk entri kali ini, saya ingin fokuskan mengenai baju mesra penyusuan.

Berdasarkan pengalaman sendiri ketika membuat persiapan untuk anak pertama, saya pernah menemui beberapa orang yang kurang menyokong untuk membeli baju khas yang memudahkan untuk menyusukan bayi. Katanya ia suatu pembaziran. Mereka berpendapat bahawa tidak perlu untuk memiliki baju menyusu kerana apabila hendak menyusu, hanya perlu pergi masuk ke dalam bilik, selak dan tidak ada orang yang akan nampak. Mereka juga berpendapat itu yang terbaik dan tidak perlu untuk menyusu di hadapan orang lain kerana tidak manis dipandang.

Apa yang saya boleh katakan di sini, ia sebenarnya bergantung pada kesungguhan dan keyakinan ibu itu sendiri. Terpulang pada pendapat masing-masing. Tetapi saya percaya, ibu yang benar-benar ingin memaksimumkan pemberian susu ibu kepada anaknya pasti mempunyai pendapat yang berbeza.

Saya memilih untuk menjadikan koleksi baju menyusu sebagai salah satu dari pelaburan yang memberikan saya suatu kepuasan yang tidak ternilai. Ia benar-benar memberikan saya pengalaman sebagai ibu yang menyusu yang lebih baik dan membantu memudahkan perjalanan penyusuan saya.

Berikut adalah antara kelebihan memiliki baju muslimah menyusu:

1) Memiliki design yang sopan, labuh dan tidak jarang. 

Saya merupakan salah seorang penggemar baju muslimah. Walaupun perbezaannya adalah baju ini mempunyai bukaan khas untuk menyusu, ia masih sesuai dipakai sebagai baju muslimah biasa kerana jika mengenakan tudung, bukaan itu akan terlindung di bawah tudung. Orang pasti tidak menyangka ianya adalah baju menyusu.

2) Berbentuk A-shape kembang di bahagian bawah

Ia bersifat longgar di bahagian bawah dan melindungi dari menampakkan bentuk pinggul. Ia juga memberikan kesan yang selesa ketika berjalan. 

3) Bukaan selak yang mempunyai pelapik

Ia dapat membantu memelihara aurat ketika menyusu walaupun tidak mengenakan 'nursing cover'. Bahagian dada yang terdedah dapat dilindungi oleh pelapik kain yang melindungi di bahagian atas dan tepi. Pasti membuatkan ibu berasa lebih selesa dan yakin untuk menyusukan bayi walaupun berada di tempat awam.

4) Memudahkan memberi bayi menyusu dengan kadar segera dalam apa jua situasi

Saya lebih gemar memilih baju menyusu yang mempunyai design bukaan secara selak. Kadangkala baju menyusu yang menggunakan kaedah zip atau butang mengambil masa untuk dibuka. Ia pasti menimbulkan rasa kurang senang jika bayi menangis di tempat awam dan anda pula mengambil masa untuk membuka zip atau butang apabila tiada kemudahan bilik menyusu di kawasan berdekatan.

Selain itu, zip atau butang juga membuatkan ruang untuk diselak ketika ingin menyusukan bayi agak terhad. Kadangkala zip atau butang juga akan meninggalkan bekas kepada bayi jika terkena bahagian muka ketika menyusu dalam keadaan yang lama.

5) Jimat masa menggosok

Kadangkala menjadi ibu baru membuatkan jadual rutin anda banyak berubah. Terdapat bayi yang sentiasa ingin berada berdekatan dengan ibu sehingga menyukarkan ibu untuk menumpukan perhatian membuat kerja-kerja rumah. Memiliki baju yang diperbuat dari kain yang tidak perlu digosok amat membantu ibu tampil bersiap dalam masa yang singkat dan ringkas

6) Kain yang sejuk dan ringan

Situasi yang selesa juga amat membantu ibu menyusu memberikan hasil yang lebih banyak. Kain yang sejuk dan ringan dapat memberikan ibu dan bayi keadaan yang selesa semasa proses penyusuan.

7) Poket 

Ia membantu terutamanya ketika di rumah dari segi memudahkan ibu membawa barang penting tanpa perlu sentiasa membawa beg ke mana-mana. Hanya perlu simpan di dalam poket.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ia membantu saya dalam banyak situasi.
  • Ketika saya dalam perjalanan yang jauh, perjalanan dari Jb ke Terengganu, saya hanya perlu menyelak dan terus menyusukan bayi tanpa perlu risau aurat terdedah ketika kereta lalu atau berhenti di sepanjang perjalanan. 
  • Begitu juga ketika di rumah. Anak saya semasa di awal kelahirannya merupakan bayi yang kerap ingin menyusu dalam tempoh yang lama. Dengan mengenakan baju menyusu, saya tidak perlu berada dalam bilik terlalu lama. Saya boleh menyusukannya di bahagian ruang depan walaupun ketika itu ada ahli keluarga yang lain berada bersama. Sambil menyusu, boleh tengok tv atau berbual sesama ahli keluarga.
  • Ketika sambutan hari raya, saya pernah meminta izin untuk menumpang di bilik salah seorang ahli keluarga untuk menyusukan bayi. Ada suatu ketika, tiba-tiba ada anak kepada tuan rumah tanpa sengaja telah masuk ke bilik itu. Mujur saya mengenakan baju menyusu, jadi aurat tetap terpelihara ketika menyusukan dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Syukur alhamdulillah.

Terdapat pelbagai design yang boleh dipilih. Antaranya baju menyusu yang juga sesuai dipakai ketika mengandung. Saya juga mempunyai koleksi baju design ini. Baju yang boleh dipakai dari mengandung hingga sudah melahirkan anak. Bila pakaian yang sama boleh dipakai dalam masa yang lama, ia membantu saya berjimat. :)

Sekian dahulu perkongsian kali ini.

Ingin melihat pelbagai design koleksi baju muslimah menyusu?
Ingin tahu harga promosi yang sedang berlangsung?
Ingin mendapatkan rundingan untuk membuat pilihan yang terbaik?
Boleh hubungi:

Nuraida
SMS/Whatsapp : 012-7960804
FB Fanpage : Baju Muslimah Menyusu

Friday 29 May 2015

Entri 39 : 15 Tabiat Yang Perlu Diubah Untuk Menjadi Ibu Yang Lebih Bahagia

Teks : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Entri kali ini saya terjemah dan olah dari artikel asal bertajuk '15 Bad Habits of Unhappy Moms' hasil tulisan Krishann Brisco

1) Terlalu mengharap kesempurnaan

Kita harus belajar menerima bahawa melalui pengalaman yang menyeronokkan dalam melakukan sesuatu perkara itu adalah jauh lebih penting dari mempunyai pengakhiran yang sempurna.

2) Mengharap sesuatu atau seseorang untuk melengkapkan kekurangan

Faktor luaran tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang berpunca dari dalam diri kita. Kita lah yang perlu mengubahnya sendiri

3) Gemar membuat perbandingan

Kita tidak akan berasa bahagia jika kita menghabiskan masa membuat perbandingan dan cuba menyesuaikan diri dalam perjalanan hidup orang lain. Fokuslah pada perjalanan diri sendiri.

4) Harapan yang tidak realistik

Berhenti untuk cuba mengubah seseorang menjadi orang yang berlainan dan belajar untuk terima kekurangan dan kelebihan pada pasangan dan juga anak seadanya.

5) Mengatakan 'Ya' terlalu kerap

Belajar untuk mengatakan 'Tidak'. Mengatakan 'Tidak' akan membebaskan diri kita untuk mengatakan 'Ya' kepada perkara yang bermakna buat diri anda.

6) Tidak mempedulikan gerak hati

Percaya pada diri sendiri bermakna kita hidup dalam keadaan yang kita sudah ketahui kebenarannya. Mendengar gerak hati bukan sesuatu yang mudah tapi ia adalah sesuatu yang berbaloi untuk dilakukan.

7) Bertahan dalam terpaksa

Kita perlu belajar untuk melabur masa dan tenaga ke tempat dan orang yang akan memberikan pulangan yang terbaik. Tahu di mana untuk menggunakan tenaga dan masa adalah sesuatu yang sangat penting.

8) Meremehkan keperluan rohani

Wang, manusia dan harta tidak dapat menyalurkan rasa seronok dan gembira. Keperluan rohani untuk mendapatkan kebahagiaan hanya akan diperolehi apabila kita kembali pada Sang Pencipta. Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan.

9) Sukar memaafkan

Belajar untuk mudah memaafkan supaya hati lebih tenang. Ia juga termasuk belajar untuk memaafkan diri sendiri.

10) Mengabaikan diri sendiri

Bila kita menjaga diri sendiri dengan baik, kita juga boleh menjaga keluarga kita dengan lebih baik.

11) Rasa bersalah

Kita perlu sentiasa ingatkan diri bahawa kita sudah melakukan yang terbaik. Kita perlu berhenti dari memberi orang lain atau situasi mempengaruhi kita lebih dari yang sepatutnya. Kita juga perlu mengubah cara kita memberi respon kepada perkara lain supaya tidak tenggelam dalam perasaan bersalah yang keterlaluan.

12) Cuba memperbaiki orang lain

Kita boleh membantu orang lain tetapi kita bukan seorang penyelamat. Mungkin kita boleh berbuat sesuatu tetapi kita tak boleh melakukan semuanya sendiri.

13) Gagal mengambil tanggungjawab untuk kebahagiaan diri sendiri

Kita yang bertanggungjawab untuk kebahagiaan diri sendiri, bukan anak kita atau pasangan kita. Kita tidak mahu mereka terpaksa memikul beban untuk cuba membuat atau memastikan kita gembira dan bahagia.

14) Tidak mengiktiraf had dan batasan diri

Kita semua mempunyai had. Jadi hormatinya dan teruskan kehidupan.

15) Tidak mempunyai sempadan

Kita memerlukan sempadan supaya lebih terarah dan terkawal. Ia tidak salah. Ia sememangnya perlu untuk kehidupan yang lebih baik.

Jadilah ibu yang lebih bahagia.

Semoga beroleh manfaat.

Thursday 28 May 2015

Entri 38 : Didik Anak Berdikari Semenjak Dari Kecil

Teks : Nuraida Mohd Harith

Assalamualaikum w.b.t.

Berdikari yang dimaksudkan secara umum di sini ialah sikap tahu tanggungjawab, boleh lakukan kerja tanpa perlu disuruh, tidak bersikap lepas tangan serta tidak terlalu bergantung kepada bantuan orang lain.

Antara kelebihan mendidik anak berdikari semenjak dari kecil ialah anak akan lebih mudah belajar dan mempraktikkannya. Ini kerana terbukti minda anak-anak lebih mudah menyerap apa yang dipelajari semasa usianya masih kecil.

Bak kata pepatah 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kelebihan lain pula ialah anak yang berdikari akan lebih mudah diurus, lebih matang dan lebih bertanggungjawab dalam kehidupan.

Kelak ia memberi kelebihan buat ibubapa dan juga pasangan apabila berkahwin nanti kerana mereka yang berdikari akan turut sama menguruskan apa-apa urusan bersama-sama.

Antara sikap yang dimiliki oleh mereka yang berdikari adalah :

  • bangun pagi tanpa perlu dikejut
  • urus pakaian sendiri, basuh, sidai, angkat dan lipat
  • basuh pinggan dan cawan sendiri
  • Boleh menyediakan makanan ringkas seperti masak nasi, goreng telur atau ikan
Point utama adalah sikap berdikari di atas perlu dididik kepada anak tidak kira lelaki atau wanita. 

Kelebihan tambahan yang dapat membantu apabila memasuki dunia pekerjaan pula seperti :

  • mempunyai kemahiran menjahit, bercucuk tanam, memasak atau membuat kek serta menjahit bagi wanita
  • kemahiran bertukang, membaiki peralatan bagi lelaki 
  • mempunyai lesen untuk memandu kenderaan 

Buat permulaan, kita boleh mendidik anak-anak dengan menimbulkan minat anak untuk turut serta bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Sekiranya anak menawarkan diri untuk membantu, kita benarkan dengan cara memberi arahan yang mudah dan dalam pantauan ibubapa. Sekiranya kita halang, ditakuti ia akan membantutkan minatnya yang sedang dalam proses ingin belajar dan meneroka perkara baru.

Untuk anak yang masih kecil, kita boleh mulakan dengan contoh seperti berikut:

1) buang sampah dalam tong sampah
2) campak baju kotor dalam bakul
3) letak duit syiling dalam tabung
4) membantu mengangkat barang yang ringan
5) letak pinggan/cawan kotor dalam sink
6) basuh tangan sebelum dan selepas makan

Alhamdulillah, dari pengalaman saya sendiri, saya dapat lihat beberapa perkembangan anak saya yang berumur hampir 2 tahun. Antaranya :

1) apabila ada sampah, dia akan pergi ke tong sampah untuk membuangnya
2) apabila baju dan seluarnya ditanggalkan sebelum mandi, dia akan mengambilnya dan mencampakkannya ke dalam bakul baju kotor
3) jika terjumpa syiling, dia akan mengambilnya dan meminta untuk memasukkan ke dalam tabung
4) setiap kali balik dari beli barang keperluan, dia akan turut sama ingin membantu mengambil plastik untuk dibawa masuk ke dalam rumah
5) baju yang dimasukkan dalam bakul, dia akan tolong tolak masuk ke bilik

Dia juga sudah mula suka mengikut apa yang saya lakukan. Jika ada makanan yang tumpah, dia akan turut sama mengutip, ambil kain untuk lap dan juga ambil penyapu untuk sapu. Apa yang saya lakukan adalah memberinya peluang untuk melakukannya untuk sementara, mengajarnya cara yang betul, memberi galakan semasa dia melakukannya, memberi pujian jika dia dapat melakukannya, kemudian baru lah saya selesaikan sehingga sempurna.

Reaksinya apabila diberi peluang untuk mencuba untuk melakukan sesuatu sudah pasti rasa teruja. Apabila dipuji, dia akan tersenyum gembira. Saya dapat lihat peningkatan dalam perkembangannya dari masa ke semasa setiap kali ianya dilakukan walaupun melakukan aktiviti yang sama. Saya berpendapat ia juga merupakan salah satu inisiatif yang baik untuk meningkatkan tahap keyakinan diri untuk anak.

Sekian dahulu perkongsian kali ini. Moga beroleh manfaat.

Wednesday 27 May 2015

Entri 37 : Pengalaman Menyediakan Stok Susu Ibu Di Tempat Kerja

Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Google

Assalamualaikum w.b.t.

Berikut adalah pengalaman saya sendiri ketika bergelar sebagai suri bekerjaya.

Saya percaya susu ibu juga merupakan satu dari cabang rezeki yang Allah s.w.t. kurniakan. Jadi sebagai langkah permulaan, sebelum saya mula bekerja semula setelah cuti bersalin selama 2 bulan, saya memaklumkan kepada majikan, permintaan untuk mendapat pelepasan masa ketika bekerja untuk mengepam susu ibu. Ia sebagai salah satu usaha saya untuk mendapatkan keberkatan dalam rezeki yang diberikan.

Saya menghubungi beliau dan memaklumkan bahawa saya memerlukan masa lebih kurang 1 jam sehari bagi memperuntukkan masa khas untuk mengepam susu. Saya juga memaklumkan yang saya ingin meminta kebenaran untuk pelepasan ini dan bersedia untuk ditolak sejumlah wang dari elaun sebagai ganti. Tapi majikan saya memberikan respon yang menyejukkan hati. Dia memberi kebenaran dan tidak akan menolak sebarang elaun bagi tujuan itu. Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga. Sehingga hari ini saya masih lagi terasa terhutang budi kepada majikan saya itu. Moga-moga perniagaan beliau terus maju dan berjaya.

Antara aksesori yang digunakan oleh saya untuk menjayakan sesi mengepam di tempat kerja ialah :

1) Pam elektrik (Double)
Pam yang boleh berfungsi serentak sangat membantu untuk menjimatkan masa. Pastikan anda juga menyediakan peralatan untuk membersih seperti berus dan sabun. Setiap kali selesai guna, anda perlu membersihkan bahagian pam kecuali motor dan simpan di dalam satu bekas. Sebaiknya dianginkan semua peralatan.
* Tip : Selesai membilas, saya akan merenjiskan peralatan supaya lebih cepat kering. Bagi pejabat yang mempunyai mesin yang boleh membekalkan air sejuk atau panas, anda boleh membilas botol dan peralatan menggunakan air panas bagi tujuan basmikuman

2) Ice Pack (3 bungkus)
Bagi membantu mengekalkan suhu yang sejuk. Bagi pejabat yang mempunyai peti sejuk, ini merupakan satu kelebihan buat anda. Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk. Kebetulan peti sejuk di tempat kerja saya rosak, jadi saya hanya menggunakan 'ice pack' dan 'cooler bag'. Ia berkesan untuk menyejukkan susu selama lebih kurang 10 jam. Rutin saya ialah, saya akan menyimpan ice pack di bahagian sejuk beku. Setiap pagi sebelum pergi ke tempat kerja, saya akan memasukkan ice pack itu ke dalam cooler bag. Setiap kali balik dari kerja pula, sampai sahaja di rumah, saya akan simpan susu dan ice pack ke dalam peti sejuk.

3) Cooler Bag
Saya hanya menggunakan cooler bag yang kecil. Muat untuk mengisi ice pack dan botol berisi susu yang telah diperah. Terdapat juga pilihan cooler bag yang bersaiz lebih besar dan muat untuk mengisi aksesori pam.

4) Nursing Cover
Sebaiknya yang labuh dan tidak jarang.

5) Handsfree bra dan Baju Menyusu
Memberi kelebihan kepada anda dari segi fleksibiliti ketika mengepam. Anda boleh pam sambil melakukan kerja lain.

6) Bekas untuk menyimpan susu
Kadangkala kita terlupa untuk membawa bekas untuk menyimpan susu yang telah diperah. Antara alternatif yang boleh dilakukan ialah membeli bekas plastik. Setelah isi susu, ikat dengan kemas dan simpan dalam cooler bag. Atau beli air dalam botol seperti 'Bliss' di kedai berhampiran. Setelah minum air tersebut, boleh basuh dan simpan susu di dalamnya.

7) Telefon Bimbit
Saya menggunakan telefon bimbit untuk mencipta suasana tenang dengan melihat gambar anak saya. Ternyata berkesan untuk melepaskan rasa rindu kepada anak dan juga meningkatkan hormon yang membantu penghasilan susu untuk keluar dengan lebih mudah dan banyak.

Saya menggunakan bilik pantri sebagai tempat untuk saya melakukan aktiviti mengepam. Dalam sehari saya memperuntukkan 2 kali sesi untuk membuat stok. Setiap kali sesi pam dijalankan, saya akan mengunci bilik pantri.

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan memesan kepada rakan sebilik supaya jika ada sesiapa mencari, dia dapat memaklumkan situasi saya.

Setelah agak selesa, saya juga cuba mempraktikkan pam sambil buat kerja. Oleh kerana kerja saya kadangkala melibatkan kerja yang hanya perlu disiapkan menggunakan komputer, saya akan menyusun sebaiknya supaya saya dapat menghabiskan kerja dengan effisien.

Antara tips yang saya amalkan sebelum mempraktikkan pam di tempat sendiri ialah:
  • Pastikan memilih pam yang mempunyai bunyi yang kurang bising supaya tidak mengganggu pekerja yang lain
  • Sediakan bantal untuk menutup motor pam bagi meminimumkan bunyi
  • Pakai siap-siap semua aksesori dan cuba dahulu hidupkan pam di bilik lain bagi mendapatkan posisi yang paling selesa
  • Maklumkan rakan sekerja yang paling hampir supaya dia faham dan tidak perlu banyak bertanya
  • Selepas memakai 'nursing cover', pakai tudung yang labuh untuk kesan yang lebih selesa
  • Proses memakai dan menanggalkan pam boleh dilakukan di tempat lain
  • Pastikan plug untuk memasang 'adaptor' berada dalam jarak yang berdekatan. Jika tidak, gunakan power bank atau bateri
  • Untuk mendapatkan hasil yang memberansangkan, pastikan pam dalam keadaan selesa, tidak tergesa-gesa, dan konsentrasi ketika membuat kerja. Ini sangat membantu untuk menghasilkan 'Let Down Refleks' yang berkali-kali
Sekian dahulu perkongsian unttuk kali ini. Moga bermanfaat.



Tuesday 26 May 2015

Entri 36 : Kaitan Solat Dengan Ciri-ciri Orang Yang Berjaya

Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Google


Assalamualaikum w.b.t.

Muslim yang berjaya adalah muslim yang dapat menunaikan solat dengan sempurna.

Antara ciri-ciri solat yang sempurna adalah seperti berikut:

1) Fokus

Solat yang khusyuk dapat melatih seseorang untuk fokus dalam menjayakan sesuatu. Fokus hanya dapat dicapai jika kita tahu apa tujuan kita bersolat, apa hikmah yang ingin dicapai, dan sedaya upaya mendapatkan mutu solat yang berkualiti. Antara ciri yang perlu ada adalah faham maksud setiap perkataan, menghayati sepenuhnya bacaan dalam solat, ikhlas dalam menjalankan ibadah solat dengan objektif mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Kaitannya dengan ciri orang yang berjaya ialah mereka yang berjaya mempunyai kadar fokus yang tinggi dan mempunyai matlamat yang jelas dalam mencapai sesuatu objektif. Mereka melakukan sesuatu dengan persediaan yang cukup, sempurna dan sungguh-sungguh.

2) Penuh Etika

Solat yang sempurna dilakukan dengan penuh tertib, tenang dan tidak tergesa-gesa. Ini termasuk menjaga posisi supaya dapat memberikan impak kepada kesihatan fizikal yang optimum. Selain itu, mereka yang mementingkan solat yang sempurna juga bukan hanya menekankan perkara-perkara wajib dalam solat tetapi juga perkara-perkara sunat supaya solat yang terhasil dapat dipersembahkan dalam bentuk yang terbaik.

Kaitannya dengan ciri orang yang berjaya ialah mereka yang berjaya mempunyai sikap sentiasa memberikan yang terbaik apabila melakukan sesuatu kerja. Mereka sangat menjaga adab-adab supaya hasil kerja mereka berkualiti dan mempunyai kelas yang tersendiri. Mereka juga sering menambah ilmu dan melakukan penambahbaikan untuk lebih berjaya.

3) Pantas Bertindak

Orang yang berjaya lazimnya mempunyai rutin melakukan ibadah solat pada awal waktu dan tidak bertangguh-tangguh. Yang paling terbaik ialah sudah bersiap sedia dari sebelum masuk waktu dan menunggu waktu azan untuk solat berjemaah di masjid. Selain itu, solat wajib yang dikerjakan diawali atau diakhiri dengan solat sunat sebagai pelengkap.

Kaitannya dengan orang yang berjaya ialah orang yang berjaya adalah orang yang pantas bertindak. Mereka mengambil peluang untuk menjadi orang yang terawal dalam menyelesaikan sesuatu tanggungjawab.

4) Mementingkan Imej Yang Baik

Orang yang benar-benar menjaga solat juga sangat menjaga penampilannya dengan cara mengenakan pakaian yang bersih, menutup aurat dan menjaga setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka.

Orang yang berjaya juga sangat mementingkan mutu perkhidmatan. Ini memberi kesan dalam penjenamaan diri sebagai muslim dan dalam masa yang sama dapat berdakwah melalui akhlak yang baik dan menunjukkan contoh yang baik.

5) Pengaruhi Kesan Positif

Kesan dari solat yang sempurna dapat dilihat apabila ia dapat mencegah seseorang muslim itu dari melakukan perkara yang keji dan mungkar.

Orang yang berjaya hidupnya dikelilingi dengan kesan-kesan yang positif. Akhlak yang baik akan menyebabkan seseorang itu memperolehi hidup yang lebih diberkati, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Sekian dahulu perkongsian pada kali ini. Jom kita perbaiki solat kita agar seiring dalam menuju kejayaan dan menjadi orang yang lebih berjaya.

Monday 25 May 2015

Entri 35 : Etika Yang Perlu Dipatuhi Semasa Menonton TV

Teks : Nuraida Binti Mohd Harith
Foto : Google


Assalamualaikum w.b.t.

Entri ringkas kali ini mengenai beberapa perkara yang boleh diambilkira ketika melakukan aktiviti menonton tv. Antaranya:

1) Suasana terang yang mencukupi

Ada segelintir mereka yang gemar menonton tv dalam keadaan gelap. Terdapat berbagai tujuan mengapa ia dilakukan, antaranya ialah bagi mendapatkan fokus cahaya yang lebih, malas membuka lampu atau menjimatkan elektrik. Walaubagaimanapaun tindakan ini dikhuatiri boleh mengakibatkan masalah rabun pada mata. Selain itu, ia juga dapat menimbulkan masalah silau kepada mata yang mengakibatkan mata menjadi sangat sensitif kepada cahaya terang. Oleh itu, pastikan kita berada di tempat yang terang atau membuka lampu pada waktu malam bagi melakukan aktiviti ini.

2) Melihat dalam jarak yang dibenarkan

Kadangkala anak-anak kecil gemar menonton tv dalam jarak yang dekat. Mungkin mereka berasa teruja ketika melihat rancangan kegemaran atau jarak penglihatan mereka kurang dari orang dewasa. Walaubagaimanapun, ibubapa digalakkan mendidik anak semenjak dari kecil bagi mengelakkan anak mengalami rabun mata di awal usia dan terpaksa menggunakan kacamata pada usia yang masih muda. Kita perlu memantau dan menasihatkannya untuk mengelakkannya dari menjadi tabiat sehingga dewasa.

3) Posisi yang betul

Posisi sebaiknya adalah duduk tegak dan bersandar dalam keadaan selesa. Berada dalam posisi yang tidak betul dalam masa yang lama boleh mengakibatkan sakit belakang dan memberi kesan jangka masa panjang dari sudut kesihatan. Selain itu, posisi berbaring juga boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi malas untuk bangun dan menyebabkan tempoh menonton tv menjadi lebih lama.

4) Tidak menonton TV sambil makan

Tabiat menonton tv sambil makan boleh mengakibatkan seseorang terdedah kepada risiko obesiti tanpa disedari. Ini kerana tabiat ini akan menyebabkan seseorang itu terus menyuap dan mengunyah makanan tanpa menyedari kuantiti yang diambil. Keasyikan menonton tv dapat mengalih perhatian seseorang dari menumpukan perhatian pada aktiviti makan yang sihat. Ini boleh menyebabkan berlakunya kunyahan yang tidak sempurna yang boleh mengakibatkan seseorang tersedak atau makanan tidak dihadam sepenuhnya.

5) Tidak terlalu lama

Setiap aktiviti yang tidak melibatkan gerakan anggota dalam masa yang lama adalah tidak baik untuk kesihatan. Apabila berada dalam keadaan duduk, kita digalakkan untuk bangun berjalan sekurangnya setiap setengah jam bagi memastikan aliran darah berjalan dengan lancar. Kita juga perlu untuk mengalihkan perhatian mata pada tempat lain bagi tujuan mengurangkan daya tumpuan mata pada sesuatu tempat yang sama dalam tempoh yang lama. Ini bagi memberi peluang kepada otot-otot mata berehat dan tidak mengalami tekanan berlebihan. Selain itu, kita juga perlu berdisiplin supaya hanya menonton tv untuk rancangan yang bermanfaat dan tidak menjadikan aktiviti menonton tv ini sekadar tabiat untuk menghabiskan masa lapang.

Sekian dahulu perkongsian. Moga bermanfaat.