Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Google
Assalamualaikum.
Entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa petikan dari rancangan 'Tanyalah Ustaz' pada pagi tadi yang bertajuk 'Luasnya Makna Sedekah'. Perkongsian ini telah disampaikan oleh salah seorang perunding motivasi iaitu Ustaz Asrul Nizam Abas.
Terdapat 2 ciri penting yang perlu kita lihat sebelum bersedekah.
1) Kemampuan kita
Sebanyak mana kita bersedekah adalah bergantung kepada sebanyak mana yang kita mampu. Sedekah tidak terhad hanya kepada wang ringgit semata-mata.
Jika kita mempunyai kepakaran tertentu dalam suatu bidang, dan kita berkongsi ilmu yang kita ada untuk membantu menambah nilai dalam hidup orang lain, ia juga dikira bersedekah.
Jika seseorang berada dalam kesusahan, kita membantu memberi cadangan cara untuk menyelesaikannya, ia juga dianggap sebagai sedekah.
Jika kita tidak mempunyai wang yang cukup untuk bersedekah, jangan rasa rendah diri atau bersedih. Kita juga boleh bersedekah dengan hanya memberikan senyuman dan layanan mesra yang membuatkan seseorang gembira bersama kita.
2) Keperluan penerima
Kadangkala ada orang susah yang datang kepada kita dengan niat untuk meminta cadangan atau pendapat dari kita.
Cara yang betul adalah cuba memahami keperluan orang tersebut. Usah terlalu cepat membuat keputusan untuk memberi sedekah dalam bentuk wang.
Boleh jadi, dia sebenarnya lebih suka berusaha sendiri untuk mendapatkan wang hasil titik peluh sendiri.
Boleh jadi, dia ingin belajar menambah kemahiran, jadi kita boleh bantu dengan mengajarnya atau memberi maklumat di mana dia boleh mendapatkan ilmu tersebut.
Boleh jadi juga, dia sudah ada kemahiran, cuma tidak mempunyai peralatan yang cukup, mungkin kita boleh bantu dengan memberi sedekah peralatan yang sesuai yang boleh membantu.
Luasnya makna sedekah. Jika kita betul-betul memahaminya, inshaAllah kita pasti sentiasa ada sesuatu untuk disedekahkan. InshaAllah.
Sekian dulu entri untuk kali ini. Jom sama-sama bersedekah. Moga Allah meluaskan lagi rezeki kita semua. Amin.
Monday, 4 May 2015
Entri 18 : Cerita Tentang Perancangan Kewangan
Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Google
Assalamualaikum.
Saya tertarik dengan salah satu dari petikan tip bisnes Dr Azizan Osman:
"Kita selalu risau tentang ekonomi dunia tetapi persoalannya, adakah kita tadbir ekonomi keluarga kita dengan betul dan berhemah?"
Persoalan yang ditimbulkan itu memang sangat wajar untuk kita renungkan dan fikirkan. Kerana ia berkait rapat dengan diri kita dan orang yang paling kita sayangi iaitu keluarga kita.
Jika tidak dirancang dengan sebaiknya, bukan setakat diri kita sahaja yang akan susah, ahli keluarga kita turut akan terasa tempiasnya.
Menurut penulis artikel bertajuk 'Perancangan Kewangan - Apa Patut Ada Sebelum 30', saudara Ariff Shah, menjelang umur 30 tahun, kita sepatutnya sudah boleh konsisten mewujudkan simpanan tetap setiap bulan. Boleh baca artikel penuh. Klik Sini
Menurut beliau, berikut merupakan 3 sebab utama mengapa seseorang itu gagal mewujudkan simpanan tetap setiap bulan :
1) Silap dalam perancangan kewangan
2) Boros berbelanja dan hidup di luar kemampuan
3)Terlalu banyak kebocoran dan benda tidak perlu dibelanjakan setiap bulan
Secara ringkasnya, antara kesilapan dalam perancangan kewangan yang sering berlaku adalah disebabkan oleh kelemahan dalam sistem rekod perbelanjaan. Antaranya:
Oleh itu, ilmu tentang perancangan kewangan merupakan ilmu yang penting untuk dipelajari oleh setiap individu bagi memastikan kedudukan kewangan kita dalam keadaan stabil.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah:
Sebarang komen atau maklumbalas amat dialu-alukan. Terima kasih. :)

- Tidak mencatit duit keluar masuk dan memantau rekod perbelanjaan
- Tiada sistem rekod yang lengkap dan sistematik
- Mempunyai hutang yang tidak dikawal
- Tiada pengasingan yang jelas antara duit perbelanjaan untuk keluarga, modal bisnes, untung, simpanan dan sebagainya
- Tidak menilai perbelanjaan menurut keutamaan dari segi keperluan dan kehendak
- Tidak konsisten dalam pembayaran pinjaman atau saman yang mengakibatkan bayaran perlu dibayar lebih dari sepatutnya
Oleh itu, ilmu tentang perancangan kewangan merupakan ilmu yang penting untuk dipelajari oleh setiap individu bagi memastikan kedudukan kewangan kita dalam keadaan stabil.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah:
- Mendaftarkan diri dalam seminar atau kursus berkaitan perancangan kewangan
- Menambah ilmu dengan membaca artikel-artikel atau buku berkaitan
- Mempraktikkan etika berbelanja yang sihat seperti membuat senarai barang keperluan yang perlu dan mengutamakan keperluan berbanding kehendak
- Melatih diri berdisiplin dan tidak bertangguh ketika membuat pembayaran yang melibatkan pinjaman mengikut tarikh yang sepatutnya
- Berdisiplin membuat simpanan setiap bulan
- Mengambil peluang berjimat dengan membuat pembelian ketika promosi, membeli barang pada harga pukal dan mendaftar sebagai ahli bagi mendapat lebih kupon penjimatan
Sebarang komen atau maklumbalas amat dialu-alukan. Terima kasih. :)
Saturday, 2 May 2015
Entri 17 : Hadiah Terbaik Dari Suami Buat Isteri - Menjaga Isteri Dalam 3 Waktu
Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Google
Assalamualaikum.
Apa agaknya hadiah terbaik dari sang suami buat isteri tercinta.
Percayalah. Majoriti para isteri akan bersetuju dengan pernyataan ini.
Hadiah terbaik yang diharapkan oleh isteri tidak memerlukan wang yang banyak, jauh sekali dari harta kemewahan yang melimpah ruah.
Apa yang diharapkan hanyalah kasih sayang dan perhatian dari suami selaku orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya sebaik mungkin sebaik sahaja akad nikah dilafazkan.
Jika benar sayang, buktikan dengan memberikan sepenuh perhatian dan berkorban menjaganya sepenuh hati ketika dia berada dalam saat-saat genting dan paling penting dalam hidupnya.
3 waktu itu ialah ketika isteri mengandung, melahirkan anak dan ketika dalam pantang. Ini kerana pada 3 waktu inilah isteri berada dalam keadaan sangat lemah, tidak berdaya, kesakitan, keletihan dan pelbagai lagi cabaran dan dugaan. Ketika inilah isteri sangat memerlukan bantuan dan sokongan suami untuk bangkit semula.
Bukan mudah untuk melakukannya. Ia menuntut pengorbanan dan kesabaran yang tinggi untuk merealisasikannya. Ia merupakan hadiah terbaik kerana tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Bagaimana untuk merealisasikan ia sebagai hadiah terbaik. Saya senaraikan beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh suami yang pasti akan membuatkan isteri anda berasa sangat bertuah memiliki anda sebagai suami.
Ketika Mengandung
Ketika melahirkan anak
Ketika menjalani proses berpantang
Apa kebaikan yang akan diperolehi oleh suami apabila isteri mendapat hadiah terbaik ini?
Sekian dahulu perkongsian kali ini. Moga bermanfaat. :)

- Sentiasa bersedia membantu isteri supaya isteri tidak perlu melakukan kerja berat yang boleh membahayakan diri dan kandungan seperti mengangkat barang berat, memanjat
- Mengurut isteri jika isteri letih
- Menyediakan keperluan bagi keselesaan isteri seperti pakaian khas untuk ibu hamil, bantal untuk keselesaan posisi tidur
- Menyediakan makanan dan minuman berkhasiat dan peka kepada selera isteri terutama ketika alahan semasa mengandung
- Mengusap perut isteri dan mendoakan isteri agar dipermudahkan semasa bersalin
- Tidak mudah merungut atau bercakap kasar dengan isteri
- Menjadi pendengar setia, mendengar luahan isteri dengan penuh perhatian
- Membawa isteri berjalan-jalan, beriadah supaya dapat menenangkan fikiran
- Sama-sama merancang dan menyediakan keperluan untuk persediaan menyambut kelahiran
Ketika melahirkan anak
- Mencari hospital atau tempat bersalin yang terbaik untuk isteri
- Menemani isteri ketika bersalin
- Memberi kata-kata peransang ketika isteri bertarung nyawa melahirkan anak
- Peka kepada keperluan isteri supaya isteri dapat bersalin dalam suasana tenang dan selamat
Ketika menjalani proses berpantang
- Sama-sama menjaga anak yang lebih besar, sanggup bangun malam untuk membuat susu atau menukar lampin anak, memandikan, memberi makan, menemani anak bermain
- Berikan ruang kepada isteri untuk mendapat tidur dan rehat yang cukup
- Melayani isteri dengan penuh sabar, mesra, memandang dengan pandangan penuh kasih sayang
- Menyediakan air mandian rebusan daun-daun untuk isteri
- Mencari tukang urut terbaik
- Mencari menu berkhasiat dan memasak untuk isteri ketika berpantang
- Sama-sama bangun malam untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan
- Berkorban mengambil cuti bekerja semata ingin menjaga isteri
- Memberi sokongan sepenuhnya untuk penyusuan susu ibu
- Pastikan isteri sentiasa dalam keadaan gembira dan selesa ketika berpantang
Apa kebaikan yang akan diperolehi oleh suami apabila isteri mendapat hadiah terbaik ini?
- Isteri yang dijaga dengan baik ketika 3 waktu genting ini akan kembali pulih dan sihat seperti asal dengan cepat. Isteri yang sihat akan kelihatan lebih awet muda dan berseri
- Perasaan gembira akan menghiasi rumahtangga yang diuruskan oleh isteri yang ceria dan bahagia. Hasilnya urusan rumahtangga akan dapat diuruskan dengan lebih cekap
- Hubungan suami isteri akan bertambah erat kerana berasa benar-benar dihargai
- Isteri yang sihat dan bahagia akan menimbulkan keyakinan diri yang tinggi dan penuh bersemangat untuk menjadi ibu yang hebat buat anak-anak
Sekian dahulu perkongsian kali ini. Moga bermanfaat. :)
Friday, 1 May 2015
Entri 16 : Berbaik Sangka Pada Mereka Yang Kerap Melihat Telefon Bimbit
Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Google
Assalamualaikum.
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari.
Tajuk yang saya pilih kali ini agak kontroversi sedikit. Sekadar pandangan sendiri. Lain orang mungkin lain pendapatnya. Setiap orang kan mempunyai cara berfikir yang berbeza. Betul tak?
Kita sering mendengar orang memberi komen yang kurang enak apabila terlihat seseorang terlalu asyik melihat telefon bimbit. Sangkaan kita antaranya ialah:
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa sebab yang mungkin tidak kita sedari, sebenarnya memerlukan seseorang itu untuk banyak menggunakan telefon bimbit dalam kegiatan sehariannya.
Berikut adalah antara senarai yang mungkin menjadi sebab mengapa kita harus berbaik sangka dan mengubah persepsi kita ke arah yang lebih positif.
1) Duduk berjauhan dengan keluarga
Saya merupakan salah seorang dari golongan ini. Saya hanya berpeluang untuk balik ke kampung halaman 2 bulan sekali. Biasanya saya akan memperuntukkan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk telefon ibu dan ahli keluarga yang lain. Untuk mengetahui perkembangan lain pula, Whatsapp Group khas untuk keluarga lah yang akan sentiasa menjadi penghubung. Di situ lah kami akan berbalas info, gambar, video dan lain-lain.
2) Minat membaca
Minat membaca membolehkan saya melayari internet dalam masa yang agak lama. Jika dahulu, kebanyakan sumber bacaan saya terdiri daripada buku, majalah dan surat khabar. Kini, artikel, blog, forum, kumpulan sokongan fesbuk dan e-book kerap menjadi pilihan.
3) Mempunyai bisnes online
Mereka yang mempunyai bisnes online menggunakan telefon bimbit sebagai salah satu cara utama untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Selain itu, dengan adanya pelbagai aplikasi yang tersedia secara percuma, telefon bimbit juga berfungsi sebagai medium untuk mengemaskini gambar untuk promosi bisnes dan lain-lain. Bagi mereka yang mempunyai blog, mereka perlu untuk sentiasa mengemaskini entri terbaru bagi memastikan aliran trafik yang tinggi ke blog.
4) Mencari maklumat
Semuanya di hujung jari. Kini terdapat pelbagai agensi mempunyai laman web rasmi sebagai rujukan yang menawarkan perkhidmatan secara online. Jadi pengguna telefon bimbit dapat mengakses pelbagai maklumat hanya dengan melayari laman web yang disediakan. Bil utiliti, pembayaran pinjaman dan pelbagai urusan lain dapat diselesaikan dengan mudah hanya melalui telefon bimbit.
5) Membeli barang secara online
Lambakan produk yang kini boleh didapati secara online membuatkan ramai beralih kepada pembelian secara alam maya ini. Kini barang dapur juga boleh dibeli secara online. Selain itu, perkhidmatan yang disediakan oleh pihak bank juga memudahkan urusan pemindahan wang dilakukan secara atas talian dan memudahkan urusan jualbeli.
6) Pelbagai kemudahan aplikasi
Aplikasi seperti kalkulator, kalendar, planner dapat membantu seseorang menyelesaikan urusan hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Saya sendiri merupakan pengguna aplikasi 'Notepad' di mana ia berfungsi sebagai 'To-do-list' seharian yang akan menjadi rujukan bagi mengingatkan saya pada senarai atau perkara penting yang perlu dilakukan.
Walaubagaimanapun, memang terdapat beberapa situasi yang kurang digalakkan untuk kita terlalu asyik dengan telefon bimbit. Ini kerana ia akan mengganggu masa berkualiti bersama keluarga dan juga mungkin melanggar adab-adab yang sepatutnya. Antara situasi yang perlu dielakkan ialah:
Sekian dahulu perkongsian untuk kali ini. Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan.
Wassalam.

- Dia telah hanyut dalam dunia sendiri, tidak mahu bergaul dengan masyarakat
- Dia membuang masa dengan membuat aktiviti tidak berfaedah
- Dia malas sehingga tidak mahu melakukan sebarang aktiviti

- Ketika makan
- Ketika masuk bilik air
- Ketika menghadiri majlis atau urusan rasmi
- Ketika ada tetamu
- Ketika memandu
- Ketika menjaga anak kecil dan lain-lain
Sekian dahulu perkongsian untuk kali ini. Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan.
Wassalam.
Thursday, 30 April 2015
Entri 15 : Kisah Afi Si Peminat Kenderaan
Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Simpanan Peribadi
Assalamualaikum.
Bila dah bergelar seorang ibu ni, memang banyak perubahan yang berlaku pada diri kita.
Antara yang menjadi daya penarik dan pembangkit semangat setiap hari adalah apabila dapat memerhatikan perkembangan anak-anak membesar di depan mata. Kadang-kadang tergelak sendiri melihat keletahnya yang pelbagai. .
Setiap ibu pasti mengimpikan yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun saya tidak berkerjaya sebagai seorang guru, saya akan cuba untuk menjadi pendidik dan guru yang terbaik untuk anak sendiri.
Muhammad Afi. Itulah nama yang dipilih oleh kami suami isteri. Sekarang Afi sudah pun berumur 1 tahun 10 bulan. Sudah boleh bertutur beberapa perkataan dan memahami arahan-arahan mudah.
Antara perkataan terawal yang boleh disebut olehnya ialah 'Oyi'. Bermaksud Lori. Ketika itu umurnya 1 tahun 2 bulan. Ya dia masih agak pelat untuk menyebut beberapa perkataan. Antara target saya ketika ini ialah mencuba untuk melatihnya bercakap dengan bunyi yang betul dan tidak pelat. :)
Minatnya terhadap kenderaan memang tidak dapat disangkal lagi. Mungkin antara sebabnya ialah buku pertama yang saya belikan untuknya adalah buku bergambar mengenai jenis-jenis kenderaan. Memang banyak koleksi permainan Afi yang majoritinya bertemakan kenderaan yang terlibat dalam pembinaan seperti pelbagai jenis lori, kren, bulldozer dan sebagainya.
Jika rakan sebaya kebanyakannya begitu meminati watak superhero dan kartun seperti Ultraman, Upin Ipin, Doraemon dan Boboiboy, Afi lebih cenderung kepada kenderaan dan haiwan.
Buktinya daripada buku, permainan, rancangan tv, sehingga lah kepada pakaian, apabila ada kenderaan dan haiwan yang dia nampak, dia akan sebut dengan nada teruja.
Antara kenderaan yang sering menjadi sebutan di bibirnya adalah seperti lori, bas, motor, kereta, kapal terbang, helikopter, basikal, bot dan juga van. Kenderaan yang paling diminati pula ialah lori hantu atau lebih dikenali sebagai 'Lori Congek' dalam bahasa Terengganu.
Ketika perjalanan jauh, antara aktiviti yang dapat membantunya dari merasa bosan berada lama dalam kenderaan ialah memerhatikan kenderaan yang lalu di sepanjang perjalanan. Sememangnya berkesan membuatkan dia leka dan tidak meragam dalam kereta. :)
Setiap petang, saya akan cuba meluangkan masa untuk menemaninya bermain lori congek dan pasir di halaman rumah.
Oleh kerana ayahnya bekerja sebagai subkontraktor dan turut terlibat dalam projek membina rumah di kawasan sekitar, dia kerap berpeluang melihat aksi lori congek ketika menurunkan barang muatan. Memang teruja habis. Macam menonton aksi bola oleh pemain yang diminati sahaja lagaknya.
Setiap petang selepas balik dari kerja, ayahnya pula akan membawanya pusing kampung untuk melihat kawasan sekitar. Kadangkala akan berhenti singgah di rumah bapa saudara suami yang juga bekerja sebagai kontraktor. Semata-mata ingin melihat lori dan 'Bulldozer' yang diletakkan di kawasan rumah. Apabila dapat menyentuh dan melihat dari jarak dekat, seakan satu kepuasan bagi dirinya.
Jika rancangan di televisyen pula, rancangan kegemarannya ketika ini ialah 'Robocar Poli'. Memang tak berganjak. Setiap kali nampak kenderaan seperti lori, helikopter, kapal terbang atau apa sahaja kenderaan yang dikenali, dia akan menyebut sambil menunjukkannya kepada saya dengan nada teruja.
Begitulah antara aktiviti seharian saya bersama Afi. Moga dia menjadi anak yang soleh. Siapa tahu mungkin dia juga akan mewarisi bidang yang sama dari ibu dan ayahnya iaitu bidang yang melibatkan kejuruteraan awam. InshaAllah.
Sekian dahulu perkongsian kali ini. Wassalam.

Wednesday, 29 April 2015
Entri 14 : Penjagaan Mesra Ibu Untuk Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya
Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Google
Assalamualaikum.
Semasa saya membuat temujanji pemeriksaan untuk ibu mengandung di salah sebuah klinik kerajaan, saya telah diberikan taklimat dan dibekalkan sebuah pamplet berkenaan 'Panduan Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya'.
Semasa menyelak info di setiap helaian, saya begitu tertarik dengan salah satu dari tajuk yang terkandung dalam pamplet tersebut. Ia adalah mengenai 'Amalan Kelahiran dan Penjagaan Mesra Ibu'.
Jadi entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa info yang saya perolehi berkaitan amalan yang dapat membantu seorang ibu memberi penyusuan awal sejurus selepas bersalin.
1) Peneman sepanjang kelahiran
Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan. Majoriti hospital kerajaan mengehadkan hanya seorang peneman dibenarkan. Suami merupakan peneman yang terbaik bagi isteri. Antara kebaikan yang diperolehi :
2) Makanan / Minuman Ringan
Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah).
3) Kaedah penahan sakit bukan ubatan
Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut
4) Bergerak aktif
Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu
5) Elakkan campurtangan sewaktu kelahiran dan melahirkan
Elakkan campurtangan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan bayi dan ibu mengantuk. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasive seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomi, peransang mempercepatkan kelahiran (induction of labour), pembedahan caesarean atau kelahiran secara bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu.
Pengeluaran oksitoksin boleh terganggu buat sementara dalam keadaan ibu mengalami kesakitan akibat jahitan kelahiran atau perasaan bimbang.
Jadi bagaimana ia dapat dikaitkan dengan penyusuan susu ibu yang berjaya ya?
Amalan-amalan ini dapat membantu seorang ibu untuk merasa berkebolehan, berkeyakinan, berkeupayaan menguasai diri, disokong dan bersedia untuk berinteraksi dengan bayi yang cergas.
Apabila ibu berasa yakin, emosi ibu akan berasa lebih tenang. Perasaan tenang dan gembira dapat merangsang rembesan hormon positif seperti hormon prolaktin dan oksitoksin yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu.
Pengeluaran susu ibu seawal yang mungkin amat penting bagi meransang proses penghasilan dan pengaliran susu yang cepat dan berterusan.
Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini. Moga bermanfaat.

- Dapat membantu menguruskan isteri dari segi persiapan dari awal pendaftaran sehingga keluar hospital
- Mengazan dan iqamah bayi yang dilahirkan
- Menjaga aurat isteri
- Supaya timbul keinsafan dan lebih menghargai isteri
2) Makanan / Minuman Ringan
Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah).
- Cadangan terbaik adalah buah kurma dan air zam zam. Kurma dapat membantu membekalkan tenaga dengan cepat dan mudah dihadam. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk proses tahnik bayi
3) Kaedah penahan sakit bukan ubatan
Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut
- Alternatif bagi penahan sakit bukan ubatan ialah teknik pernafasan (hypnobirthing) dan urutan
- Selain itu, peneman juga boleh memainkan peranan dengan memberikan sokongan kata-kata positif dan doa
4) Bergerak aktif
Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu
- Ibu yang bergerak aktif dengan berjalan dan bergerak sebelum melahirkan dapat membantu mempercepatkan bukaan rahim dan didapati mengalami proses kelahiran yang lebih mudah
5) Elakkan campurtangan sewaktu kelahiran dan melahirkan
Elakkan campurtangan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan bayi dan ibu mengantuk. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasive seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomi, peransang mempercepatkan kelahiran (induction of labour), pembedahan caesarean atau kelahiran secara bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu.
Pengeluaran oksitoksin boleh terganggu buat sementara dalam keadaan ibu mengalami kesakitan akibat jahitan kelahiran atau perasaan bimbang.
Jadi bagaimana ia dapat dikaitkan dengan penyusuan susu ibu yang berjaya ya?
Amalan-amalan ini dapat membantu seorang ibu untuk merasa berkebolehan, berkeyakinan, berkeupayaan menguasai diri, disokong dan bersedia untuk berinteraksi dengan bayi yang cergas.
Apabila ibu berasa yakin, emosi ibu akan berasa lebih tenang. Perasaan tenang dan gembira dapat merangsang rembesan hormon positif seperti hormon prolaktin dan oksitoksin yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu.
Pengeluaran susu ibu seawal yang mungkin amat penting bagi meransang proses penghasilan dan pengaliran susu yang cepat dan berterusan.
Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini. Moga bermanfaat.
Tuesday, 28 April 2015
Entri 13 : Bekalan Elektrik Terputus - 3 Peralatan Yang Membantu Anda
Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Simpanan Peribadi
Assalamualaikum sahabat semua.
Bila berlaku kejadian bekalan elektrik terputus, situasi yang biasa akan berlaku adalah seperti di bawah ni.
Situasi :
Kita bergegas mencari lilin, mancis atau lighter. Cari bekas untuk letak lilin. Disebabkan keadaan gelap, tak jumpa barang yang dicari. Anak pula sibuk nak ikut kerana takut gelap. Anak kecil menangis kerana tak selesa. Kelam kabut dan stress. Selesai pasang lilin atau pelita, kita mencari tempat tinggi dan selamat supaya tak dapat dicapai oleh anak. Tempat pula perlu lapang dan jauh dari barang untuk elak dari api menyambar. Biasa tak dengan situasi ini?
Tapi dengan adanya persediaan menggunakan 3 peralatan ni, InshaAllah ia dapat membantu memudahkan kita ketika menghadapi bekalan elektrik terputus.
1) Lampu kecemasan
Ia merupakan satu pelaburan yang berbaloi dilakukan oleh setiap rumah bagi tujuan keselamatan. Ini kerana, apabila bekalan elektrik terputus, secara otomatik, lampu kecemasan ini akan menyala. Lokasi yang agak strategik untuk memasang lampu kecemasan ini adalah di bahagian hadapan rumah dan juga di bahagian dapur. Ini dapat membantu kita mencari pintu keluar dengan mudah, melihat keadaan dalam rumah atau mencari barang yang diperlukan.
2) Kipas kecil menggunakan kuasa bateri
Saya beli kipas ini di kedai Mr DIY. Ia berfungsi seperti kipas duduk cuma bersaiz lebih kecil. Mereka yang mempunyai anak kecil kebiasaannya menghadapi kesukaran untuk menidurkan anak ketika bekalan elektrik terputus. Suasana yang panas menyebabkan anak mudah berpeluh dan rasa tidak selesa. Saya hanya menggunakan kipas kecil ini untuk memberikan rasa sejuk ketika menidurkan anak. Ternyata ia berkesan. Kini dah tak lenguh lagi mengipas. Saiznya yang kecil juga memudahkannya untuk dibawa ke mana-mana.
3) Lampu suluh/picit yang kecil
Kebiasaannya ramai akan memilih lilin atau pelita untuk membekalkan cahaya ke sesuatu tempat. Tapi peralatan yang melibatkan penggunaan api agak berisiko untuk terjadinya kebakaran jika tidak diawasi atau berlaku kecuaian. Selain itu, ia juga mendatangkan rasa panas dan cepat habis digunakan. Saya lebih suka memilih lampu suluh bersaiz kecil yang menggunakan bateri sebagai alternatif. Hanya perlu tekan suis ketika hendak digunakan, dan tekan suis semula ketika selesai. Tidak membazir. Selain itu, ia juga tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana.
Sekian dahulu perkongsian untuk kali ini. Moga lepas ni, situasi kita akan lebih tenang ketika berlaku lagi kejadian elektrik terputus. Dah ada persediaan alternatif la katakan. InshaAllah.
Selamat mencuba dan moga bermanfaat.

Subscribe to:
Posts (Atom)