Monday 4 May 2015

Entri 18 : Cerita Tentang Perancangan Kewangan

Teks : Nuraida Mohd Harith
Foto : Google


Assalamualaikum.

Saya tertarik dengan salah satu dari petikan tip bisnes Dr Azizan Osman:
"Kita selalu risau tentang ekonomi dunia tetapi persoalannya, adakah kita tadbir ekonomi keluarga kita dengan betul dan berhemah?"

Persoalan yang ditimbulkan itu memang sangat wajar untuk kita renungkan dan fikirkan. Kerana ia berkait rapat dengan diri kita dan orang yang paling kita sayangi iaitu keluarga kita.

Jika tidak dirancang dengan sebaiknya, bukan setakat diri kita sahaja yang akan susah, ahli keluarga kita turut akan terasa tempiasnya.

Menurut penulis artikel bertajuk 'Perancangan Kewangan - Apa Patut Ada Sebelum 30', saudara Ariff Shah, menjelang umur 30 tahun, kita sepatutnya sudah boleh konsisten mewujudkan simpanan tetap setiap bulan. Boleh baca artikel penuh. Klik Sini

Menurut beliau, berikut merupakan 3 sebab utama mengapa seseorang itu gagal mewujudkan simpanan tetap setiap bulan :

1) Silap dalam perancangan kewangan

2) Boros berbelanja dan hidup di luar kemampuan

3)Terlalu banyak kebocoran dan benda tidak perlu dibelanjakan setiap bulan

Secara ringkasnya, antara kesilapan dalam perancangan kewangan yang sering berlaku adalah disebabkan oleh kelemahan dalam sistem rekod perbelanjaan. Antaranya:
  • Tidak mencatit duit keluar masuk dan memantau rekod perbelanjaan
  • Tiada sistem rekod yang lengkap dan sistematik 
  • Mempunyai hutang yang tidak dikawal
  • Tiada pengasingan yang jelas antara duit perbelanjaan untuk keluarga, modal bisnes, untung, simpanan dan sebagainya
  • Tidak menilai perbelanjaan menurut keutamaan dari segi keperluan dan kehendak
  • Tidak konsisten dalam pembayaran pinjaman atau saman yang mengakibatkan bayaran perlu dibayar lebih dari sepatutnya

Oleh itu, ilmu tentang perancangan kewangan merupakan ilmu yang penting untuk dipelajari oleh setiap individu bagi memastikan kedudukan kewangan kita dalam keadaan stabil.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah:
  • Mendaftarkan diri dalam seminar atau kursus berkaitan perancangan kewangan
  • Menambah ilmu dengan membaca artikel-artikel atau buku berkaitan
  • Mempraktikkan etika berbelanja yang sihat seperti membuat senarai barang keperluan yang perlu dan mengutamakan keperluan berbanding kehendak
  • Melatih diri berdisiplin dan tidak bertangguh ketika membuat pembayaran yang melibatkan pinjaman mengikut tarikh yang sepatutnya
  • Berdisiplin membuat simpanan setiap bulan
  • Mengambil peluang berjimat dengan membuat pembelian ketika promosi, membeli barang pada harga pukal dan mendaftar sebagai ahli bagi mendapat lebih kupon penjimatan
Sekian dahulu untuk entri kali ini. Semoga bermanfaat.

Sebarang komen atau maklumbalas amat dialu-alukan. Terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment